Poyo itu Anam

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Anam, kau sangat poyo. Bukan saja poyo, malah sengal dan agak ... (ok, aku tak tau nak describe macam mana)

Thanks sangat2 sebab belanja makan, tumpang rumah dengan muka tak malunya, ambil crunchie sampai 3 (ke 4?) walaupun kawan kau offer sekali jer (ok, aku dah lupa nama dia. sorry), pinjamkan iPod main game sampai pecahkan record kau, bawak jalan2 sambil buat muka selenge sepanjang aku kt Aussie aritu.

thanks jugak sebab jadi Clarinetist yang berjaya dan Ahlulguild yang liberal lagi berwibawa. Haha' Dan thanks sebab ada bila masa susah dan senang aku, walaupun aku tau kau sangat malas nak layan,kan? :P

Ini bukan gambar scandal, ok!

Happy Birthday ke-21
29 oct 1988


Semoga segala impian dan cita2 kau tercapai. May Allah bless u~ :)

p/s: 4 nov nanti ada lagi mamat poyo nak keluar dalam blog aku pulak. Haish~ haha'

The More The Merrier

Dah semakin ramai member2 yang buat blog. Dan semakin bertambah jugak kawan2 lama yang dah mula pandai bermain facebook. Oh, alangkah majunya teknologi.

Alhamdulillah, Jogja dah lama kering kontang dan panas yang sungguh-amat-sangat. Malam ni hujan. Yeay~

30 saat selepas itu.

Seriously? Tadi rasa macam hujan lebat gilerrr.. berhenti dah?

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Ok, hujan rahmat tak semestinya kena lebat. Ok, adakah rahmat selepas 00:08:41 + 00:47:12 + 00:18:53 cakap dalam telefon?

Apa-apa aje..

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Pernah tak korang rasa, apa yang korang buat sekarang ni tak sesuai dengan apa yang korang sepatutnya buat?

Sebagai contoh:

i- Kerjaya yang korang pilih sekarang ialah doktor, tapi korang lagi suka baca majalah hiburan dan artis daripada baca buku Grey's Anatomy dan Physiology Guyton.

ii- Korang sepatutnya masuk kelas dan terlibat dalam kegiatan kuliah macam pergi Puskesmas (Primary Health Center) tapi korang lagi suka pergi main bola dan berjalan2.

iii- Korang sepatutnya lebih berminat nak amik kelas tuisyen Bahasa Inggeris tapi korang amik kelas piano.

iv- Hobi korang sepatutnya membaca buku tapi korang lebih suka menari.

v- Korang lebih berminat tengok cerita Project Runway, American Next Top Model dan Amazing Race daripada tengok cerita House, ER ataupun Grey's Anatomy.

vi- Korang lebih rela baca komen dan kritikan orang lain dekat facebook ataupun blog kawan2 daripada memberi komen masa tutorial.

vii- Korang yang dulunya segan2 dan tak nak bawa perempuan naik motor, tiba2 bila korang kira balik, dah tak cukup tangan nak kira korang dah bawak siapa.

viii- Tak minat dan tak kenal Lady Gaga, tapi tetiba korang terasa macam suka giler lagu Poker Face.

ix- Korang suka perempuan bertudung, tapi aleh2 korang back-up pulak perempuan yang tak pakai tudung.

x- Korang tak minat tengok cerita superhero ataupun kartun tapi korang terpanggil diri sendiri sebagai superman.

Omg, kelakar giler bila ada orang panggil aku 'SUPERMAN' sedangkan aku tak tengok pun cerita tu.

...............................

Ok. Macam ngok-ngek jer post aku kali ni. Tapi seriously, tengah 'blushing' sekarang ni. (*^o^*)

stop placing your expectations on good friends. u will be disappointed!


-the end-


Korang boo, ade aku kesah?!

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Okay, tajuk macam over gilerrr! tapi, ada aku kesah?! Haha'

UGM International Food and Cultural Festival 2009
(16 oct 2009)


Kami Anak Malaysia!

Tapi maaflah, untuk food bazaar takde gambar la. Sebab aku tak terlibat.

Sudien: Kita hebat kan Hema?
Hema: Senyap la Sudien. Aku tengah buat 'I'm the best dancer' pose ni.

Nicholas: Eh eh, jangan la tangkap gambar kami.
Ayuni: takpe2. Dah posing abis dah ni :)
Sudien: Thanx korang..

Performers. Ye sudah tentu kecuali Imran! lol


Siapa Paling cantik? Oh ya, ni untuk kelas lelaki-tak-lelaki-sangat tau. Siapa nak wakil Fakultas Kedokteran Umum tahun depan, sila angkat tangan! *eh Imran, turun tangan tu plzz..*

Dan kami lah juara! ( AJK) *tapi tak semua*

................................

we worked so hard for the slayer.. but in the end it was all worth and fun although it was very tiring...

~Hema~

Biodata saya =]

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

(: ǝʎ ɥɐʇunɯɹǝʇ ʞɐu uɐp ןɐnɯ ɐsɐɹ ɐןıs 'ıu ɐɔɐq ɥɐƃuǝʇ ƃuɐʎ ʞɐʍɐ ʞo ˙ɐzıןɐɥɹnu ıʇıs ɐʞns ʇɐƃuɐs ɐʎɐs ˙ǝʇou ɐɔɐq ʞɐu nɐdɐʞ ʇɐƃuɐs ɐʎɐs qɐqǝs ǝʇou ʇɐʞ ǝɔɐɟ sıןnʇ ɥısɐɯ ɐʎɐs ıdɐʇ ˙ʞɐƃnɾ ʇǝuıɹɐןɔ uıɐɯ ıɐpuɐd uɐp ʞıznɯ ɐʞns ʇɐƃuɐs ɐʎɐs 'ɐʎ ɥo ˙uıɐɯ ʞɐʇ ɐɯɐן ɥɐp ɐʎɐs undnɐןɐʍ ɹɐdɯɐʇ ɐןoq uıɐɯɹǝq ɐʞns ɐʎɐs ˙ɐʞǝɹǝɯ ʞɐuɐ ƃuɐɯǝɯ ɐʎɐs qɐqǝs ɐʎɐs ǝɯospuɐɥ ɐʞnɯ uɐp ɐʞǝɹǝɯ ɐʍɐɾ ɐɯɐu uɐƃuǝp snıɟuoʞ uɐƃuɐɾ ɐןıs ˙uɐɹıɐd ıʇuıq ɥɐpıɯsɐʞ ɥɐןɐı ɐʎɐs ʞɐɯǝ ɐɯɐu ˙uɐssɐʞ uıq ıuɐןıɐɾ ɥɐןɐı ɐʎɐs ɥɐqɐ ɐɯɐu ˙qɾ 'ɥɐuıɯɐ ɥɐuɐʇןns ןɐʇıdsoɥ ıp uɐʞɹıɥɐןıp ɐʎɐs ˙ıɹɐɥ 01 uɐןnq 6 unɥɐʇ 12 ɐʎɐs ɹnɯn ˙ıuɐןıɐɾ uıq uıppnzıɟɐɥ ɹnu ɐʎɐs ɐɯɐu

p/s: cool kan? nak jugek ke? ♫♪ ~na na na na na..~♫♪ ..bluek.. tak nak bagi ;)

Ok la. Ni...


"Surat tunjuk sebab kepada pemilik Toink!Toink!"

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

1. Minggu yang agak meletihkan. Sampai takde masa nak kuar 'dating' dengan kawan2.

2. Sedikit terkilan dengan seseorang. Dia ada 'lamar' saya untuk buat sesuatu. Tapi rupa2nya (ini anggapan saya) dia salah 'lamar' orang. Dan dia sebenarnya tak tau langsung yang dia dah 'lamar' saya.

3. Takut nak tengok persembahan tarian Junior 09' untuk International Cultural Night.

4. Sangat excited nak main volleyball kat Malang 6-8 Nov nanti.

5. Masih tak siapkan lagi proposal untuk research dan Biostatistik 6.



6. Nak tengok cerita ni sebelum tidur malam ni. Esok (takde) kelas Lecture Anatomy. It's not a big deal.

Surat Untuk SiTi

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Assalamualaikum wtb.

Kehadapan SiTiku yang tak berapa digemari dan disayangi. Aku tau surat yang diutuskan ini pasti akan menimbulkan rasa gelisah dan gundah gulana di hati kau, keluarga kau, sepupu sepapat kau dan segala nenek moyang keturunan turun temurun kau. Tapi apa yang pasti, aku puas!

Sejak pengenalan kita, kira2 21 tahun yang lalu, menimbulkan rasa kurang senang emak dan abah aku. Mungkin sebab meraka tau yang kau sebenarnya boleh memudaratkan keluarga kami. Oh ya, dan aku juga tau yang suara (najis) kau boleh menyebabkan keguguran dan impotensi janin. Nasib baik kau tak sempat menggugurkan aku dari rahin emakku, kalau tak, aku tuntut nyawa kau kat akhirat nanti. Sshh.. jangan la takut sangat. Cool je k.

Dan sejak beberapa tahun yang mendatang selepas aku membesar, aku tau yang kau sebenarnya berminat untuk bermain kejar2, mahupun sorok2. Tapi tolong lah, kau tu muka dah la hodoh, busuk pulak tu. Siapa lah nak main dengan kau kan. Aku rasa, mungkin sebab tu lah, kau tak senang tengok aku hidup bahagia kan?

Kau ingat tak? yang konon2 kau suka terkejutkan aku bila aku pergi dapur, masuk dalam bilik, dan bahkan tengah aku senyap2 tengok tv cerita CSI-Miami. Aku tak tau la sama ada kau memang takde kawan ataupun kau saje2 nak tarik perhatian aku. Dan buat pengetahuan kau, aku sangat benci bau dan suara kau tu. Baik kau blah senyap2 tanpa aku sedari, sebab aku takut kalau frequensi suara aku sangat tinggi dan boleh memecahkan gelas dan tingkap rumah aku. Adakah berbaloi nak ganti kaca2 yang pecah tu semata2 nak suruh halau kau berambus?

Dan sampai sekarang (aku di Indonesia), aku ingatkan kau akan lupakan aku selama2nya. Tapi aku sangat terkezzzut dan terkesima sebab rupa2nya kau dah keluarga kau memang telah membiak dengan sangat aktif. Subur sungguh bebek moyang kau kan? Dah la siap hantarkan sedara-mara kau kat rumah sini semata2 kau nak balas dendam dekat aku! Huh' plz la.. Matured la sikit wei.. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau hidup aku. fair and square!

Aku masih ingat lagi, bila kau suka menerjah masuk dalam bilik aku. Sampaikan aku terpaksa melompat2 atas katil dan pakai penyapu untuk halau keluarga kau keluar dari bilik! Fazrul dan Imran pun tak dapat nak membantu aku sebab kedegilan kau. Amir, Adi dan Nash lagi lah tak boleh harap. Diorang lagi suka tengok vocal cord aku pecah daripada badan kau pecah kene dengan penyapu. Fine~

Yang tu mungkin takpe lagi la. Aku boleh maafkan. Yang paling aku berdendam ialah bila korang beramai2 buat parti s** dalam bilik aku masa cuti bulan 7 yang lepas. Aku tak tau la berapa hari berapa malam kau bersuka ria kan. Tapi yang aku tau, abis semua makanan aku kau makan. Sampaikan roti aku yang dah berkulat pun kau licinkan jugak. Amboi, lapar sangat ke?

Yang paling aku marah tahap naruto-dah-keluar-ekor musang ialah bila kau rogol dan rabakkan teruna katil aku. Yang tu memang aku marah giler babeng. Dah la kau siap kecing berakkan lagi katil aku tu. Dah tu, siap kau tinggalkan kesan2 darah malam pertama kau atas bantal aku lagi. Ape? hina sangat ke katil aku tu sampai kau buat macam tu sekali? Mana sifat kemanusiaan dan 90% gene2 manusia yang kau ada tu? Memang betul la kau dasar binatang!

Kesian rabak kene tebuk tupah katil aku ni. T_T

Selepas kau sebat semua roti yang baru aku beli dan sempat makan 2 keping jer, akhirnya aku tau lorong Hj Taib mana kau selalu sembunyi2 hendap. Atas sebab itulah, aku terpaksa kepung jalan (tingkap) atas aku tu untuk beberapa bulan Dan aku kelemasan serta kepanasan yang amat sangat di bilik aku sendiri disebabkan tiada udara yang boleh meneutralkan udara bahang yang keluar dari badanku hasil proses hibernasi dan metabolism yang tinggi.

Dah macam penjara dah bilik kau -->Kata hanafiah.

Akhirnya, atas pakatan kami ( Chief of the mission: Sarjan Imran, Corporal : sudien dan prebet: Fazrul) telah menjalankan pakatan untuk menghapuskan kau dari memori kami selama2nya. Jadi, kami sudah siapkan teks ucapan, sekiranya kami gagal ujian Blok 3.1, (kerana tarikh keramat misi adalah pada 9 oktober 2009, jam 7.00malam) kau dan keturunan kau lah yang akan kami persalahkan! Ingat! kau & keturunan kau akan kami sumpah jadi tikus selama2nya! Muahahaha~ (gelak jahat giler)

we are the champion.. yeay~

Dan betullah kata pepatah, kerana nyamuk ( SiTi dalam konteks perbicaraan kita pada hari ini), rumah dibakar. Ya memang betul kami membakar rumah dan segala kertas2 lecture note blok2 yang lepas serta senjata yang paling penting ialah HIT bagi memarakkan dan memantapkan lagi strategi kami . Walaupun kau hanya seorang (seekor) dan badan kau hanya sebesar anak tikus, tapi, fulamak.. hebat giler kau menyembunyikan diri. Abis satu, satu port persembunyian kau sorok kan? Walaupun hampir sejam setengah, dengan betapa banyak peluh keringat tersembur keluar, suara2 sumbang Imran dan Fazrul menyalak (sudien takde ok <---sila fikir2 balik), gelak2 ketawa pak, ibu, mas dan mbak jiran sebelah, serta ayat2 tak supportive langsung dari Amir, nash dan Adi, akhirnya kau tersungkur jua.. YEs~
Ok. korang dah tau siapa paling kejam skg ni kan? haha'



Haha' senang hati bukan? Plan A untuk kau kami panggang hidup2 tidak kesampaian kerana kami bukanlah begitu kejam seperti kau. Akhirnya plan B juga kami pilih. Kau kan pandai berenang, kami tak sangka pulak kau lemas walaupun hanya beberapa minit kau kami rendam. Mungkin kau perlu memantapkan lagi strategi renang kau, mungkin kuak lentang ataupun gaya kupu2 sebab gaya katak berenang sudah tentu bukan cara yang terbaik. Oh ya, sila suruh keluarga anak pinak cucu cicit kau asah lagi gigi diorng k, sebab mungkin gigi sekarang tak cukup untuk tembus perangkap besi kami.


Walaupun kau banyak buat dosa dengan aku, tapi takpe lah, aku maafkan. Sebab kau tak lah sekejam sangat. maksud aku, spesis kau wahai SiTi kecil molek. Golongan albino kau telah pun sebenarnya membantu aku banyak perkara terutama ketika Pharmacology lab.

jangan ingat kau buat muke cute aku tergoda la.. bluek!

Jadi, di hari baik bulan baik ni, maaf bermaafan la kita ya. Tapi ingat, sekali kau jejak kawasan larangan tempat beraduan aku, dan juga kau main cak cak, ataupun kau makan roti segala makanan aku, kau akan tetap aku buru sampai ke lubang cacing. Muahahahaha~
........................................

ps1: Mohon maaf, kepada yang nak sangat aku post cepat2, 'Surat untuk SiTi' ini sila tenangkan hati dan tarik nafas panjang2. Saya tak cakap pun nak bagi surat kat Siti Nurhaliza. Ini SiTikus ok. *larriiiiiiii*

ps2: Team memburu SiTi adalah terinspirasi daripada cerita "geng pemburu cik menti" pogung baru blok E26D. Terima kasih korang.

ps3: SiTi, cik menti dan sekala ti ti adalah nama khas bagi tikus-bongok-yang-suka-memoodykan-hidup-orang lain. harap maklum.

Sekian, terima kasih :) peace..

Pakcik Tambal Ban

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Orang memberi kita merasa
orang berbudi kita berbahasa


Masa balik dari kampus dengan Imran semalam, dah terasa yang ada yang tak kena dengan motor ni. Jalan yang rata pun terasa berbonggol2. Tapi tak terniatlah nak berhenti tengok.

Malam tu pulak, kitorang ingat nak kuar pergi makan kat Jakal, tapi baru sedar yang tayar motor dah pancit. Tapi tak mungkin pancit, ni mesti bocor. Jadinya, terpaksa lah diorng pergi makan dulu. Nasib baik masa tu takde lah lapar sangat. Dengan rasa kecewanya, terpaksalah tolak motor sampai jumpa bengkel motor. Kat Indonesia banyak jer tempat nak betulkan tayar mereng camni.

Masa tengah sorong motor sorang2 ni lah teringat bila tayar motor Fazrul bocor kat Jakal masa nak pergi kedai betulkan cermin mata dia. Motor Fikri pun ada jugak. tapi nasib baik masa tu belum keluar rumah lagi, Ain yang terpaksa tolak motor dari rumah dia sampai Kedai Yamaha (walaupun bukan Ain yang tolak), Amir yang sengal tak nak isi bensin (minyak) sampai tangki kering dan semua motor2 yang ada kat Jogja ni memang tak sah kalau tak pernah jatuh.

Tapi, pokok pangkal cerita ni ialah bila terpaksa susah payah tolak motor sorang2 di tengah malam gelap gelita lagi kan.. Haha' hey hello, baru jam 7 la.. jangan nak berdrama pulak!

Kita akan mula menghargai sesuatu bila kita kehilangannya

Lagi kesian bila tengok pakcik tambal ban (tampal tiub tayar) tu buat kerja. Okay, secara am-nya, kat mana2 sure ada mekanik kan. Tapi ni jenis mekanik yang bukan mekanik sangat la. Kira kalau nak bezakan macam kedai My Mom's chicken rice Linda Onn dengan kedai goreng pisang Pak Abu kat tepi jalan tu.


Aku secara jujur dan tulusnya, memang tak tahu menahu langsung pasal motor. Apatah lagi kalau nak cakap pasal English Premier League (EPL) dan teknologi2 yang ada zaman sekarang ni. Kereta favorite pun yang jenis2 macam suzuki swift tu je. oh ye,Satria Neo pun cun jugak, tu pun lepas tengok kereta awek kawan aku. Yang penting, aku tak tau langsung nak repair2 motor sendiri, lagilah nak modify sampai cun melecun. Yang aku tau, pergi isi minyak kalau tangki dah kontang.

Pakcik tu cakap, tiub tu dah tak boleh nak tampal. Jadi, kena beli tiub yang baru. Apa boleh buat, tukar je la. Melayang la rp26k aku. Tu belom termasuk duit nak pergi dinner lagi. Elok2 tak lapar sangat, terus jadi lapar giler! Masa ni la aku terasa macam sangat2 berterima kasih dekat pakcik tu. Rasa terharu giler la (walaupun sebenarnya tu memang kerja dia). Sebab tu aku malas nak mintak kurang harga. Salah satu sebab, mungkin pakcik tu pun macam kat cerita 'Kun fayakun' yang kitorng tengok masa majlis UPIMI. dah lama dah, tak ingat bila.

Hujan emas di negara orang,
Hujan batu di negara sendiri.

Sekarang baru aku faham, kenapa lebih baik hujan batu.

Tapi betapa hujan emas itu sendiri, memberikan pengalaman dan pengajaran yang sangat berguna untuk masa depan kita. Dan kebanyakkannya kita tak kan dapat kat tempat sendiri.

Kalau pergi kat Jalan Pudu, Masjid Jamek ataupun kat traffic light kat mana2 jer yang ada kat Malaysia (berapa banyak kat lah!), selalu pandang serong kalau ada orang yang datang mintak duit (pengemis), tapi kalau kat sini (Indonesia), pandang serong la jugak, tapi nanti last2 hanya kita jer yang akan tarik muka seposen sambil buat2 tak tahu ada orang datang mintak sedekah, pengamen (penyanyi2 jalanan), ataupun waria2 (wanita pria/lelaki), sebab orang2 sini akan hulurkan jugak (bahkan diorng memang dah badget untuk bagi kat siapa2 je yang datang) walaupun rp500 jer. Kalau kita baik sikit, angkatlah tangan sambil dalam hati cakap 'talk to the hand'

Seteruk mana pekerjaan tu kat mata kita (orang yang terasa diri die lebih baik jer), tapi itu adalah realiti hidup. Betapa mencari sesuap nasi tu boleh dengan apa cara sekalipun. Setidak2nya secara halal dan bukan dengan cara yang mewah tapi tak pasti kehalalannya. Kan tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah!

Rasa sangat malu dengan diri sendiri. Suka sangat mengeluh. Kadang2 untuk sesuatu yang sangat tak munasabah!

Tepuk hati tanya sikap kemanusiaan kita.

p/s: terasa macam nak tulis surat untuk SiTi. Tunggu ya.. (",)

What's next after Drumline?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Untuk kesekian kalinya, penantian untuk menonton movie yang betul2 terkesan! AUGUST RUSH! one word, PERFECT! (see, merah dan bold lagi)


Ookayy.. aku tau yang aku akan ada exam esok pagi, dan sampai sekarang masih kat lecture note week 3.. *sigh*

Aku tak pandai nak komen dengan ayat yang begitu power. Tapi untuk mereka yang sukakan muzik, this is the best movie ever! Seriously, tak caye?? tengok ni..



The music is all around us,
All u have to do is, listen.


Buku Wajib

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Maaflah, menyibukkan diri ada banyak cara. Salah satunya dengan menganggap sekarang masih lagi cuti dan bermain dengan sepenuh hati tanpa mempedulikan apa itu exam. Alah, kimie yang darjah satu tu pun tau-ada apa dengan nombor kan? apa lah nak pening2 pikir antara dapat nombor 1 dengan nombor 22.

Masih lagi gagal untuk mengkiasukan diri.. orang lain dengan bangga dan bahagianya boleh melampau ( baca:over) tapi pointer tetap maintain 3.5. yang kita ni suka bermalas2an dan duk terperap tapi .... paham2 sendiri la ya..

Sekarang tengah hujan. Permulaan 2001 pun masa hujan, dan berakhir juga dengan hujan. Sesunggunhnya hujan itu rahmat dan berkat!

1. We never know what future brings, but as long as we have that trust, everything's going to be fine -cepe

2. First day kat koleq, dunia menangisi perpisahan kita dengan parents, tapi last day kita, dunia tangisi perpisahan kita dengan koleq dan isinya -nageb

3. Gambar kat page depan tu cute sgt.. duuhhh! -jimie

4. Rise to the occasion, may the band forever walk in the corridor of glory -piske, Press 03'

5. You will started to appreacite the others when you are losing them -khir

6. Sebelum tidur, baca doa, pikir positif, maafkan orang lain -dari dia, untuk saya dan untuk dia

7. May you pass with flying colours -ajiem

8. Every cloud has a silver lining -aizal

9. Kau tak dapat straight A1's pasal jambu, siap la kau, aku gelak! -ikrom

10. Perjuangan masih belum selesai -pelong

11. All the best to you. Take care -Miss Grace

12. Saya akan ingat abg sudien as antara f5 yang paling baik dengan saya -iss

13. Aku janji next year aku akan tebus tebus balik. Aku akan make sure koleq champ! -meno (dan dia kotakan janji dia)

14. Long ago, I shot a bow, where it fell I did not know, Much later I found it under a huge great oak, I picked it up still unbroke.. -baku

15. Walaupun hayat makin menyirna, tetapi kenangan makin mendatang. Tiada apa yang lebih berharga selain masa dan kenangan -raja

*hanya sebahagian sahaja

Semoga Engkau beri aku pedoman dan kekuatan, dengan doa dan harapan mereka.