Something wrong with me.

Pertama, mukadimah cakap bahasa penjajah. Lepas tu pikir banyak kali samaada ada grammatical error atau pun tak. Dan grammatical error pun nak eja pikir banyak kali.

Kedua, hari ni makan sehari sekali jer. Tu pun makan lunch pukul 4 petang, dan tak sangka menjadi makan malam juga. Lagi ajaib, perut tak mogok lapar seperti selalu. Seperti baru makan nasi 2 pinggan, 3 jam kemudian dah menggigil kelaparan.

Ketiga, rasa stress sebab banyak benda nak kena settle. Walaupun kebanyakkan exam dah selesai, tapi masih berlambak benda nak buat. Lebih2 lagi pasal batch dinner. Tapi rasa stress yang tak sakit kepala pun. Bukan distress, tapi eustress. Rasa macam hidup penuh kesibukkan tapi masih dapat menikmati ais krim pop pem-belanja-an Aisyah. Ecece.

Keempat, walaupun sibuk sampai tak sempat tidur petang seperti selalu, tak dapat nak refresh button FB dan twitter seperti selalu, tak dapat makan bersama teman2 serumah seperti selalu *tetiba sedih* tetapi masih lagi belum mengantuk seperti selalu.

Kelima, hari ni ada lagi 12 jam nak remed 2.5, satu hapak pun tak sentuh lagi. SATU HAPAK PUN! Tapi hidup masih lagi bahagia macam memang takde exam. Betul ke exam pukul 2 petang? Ingatkan pukul 10 pagi. Tension jer.

Keenam, dah elok2 tak distress macam yang ketiga tadi, lepas tulis yang kelima, dah start sakit kepala. Nak suruh orang tidur la tu. Padahal baru baca past year questions soalan nombor 4, dah boleh update blog. Pastu bila baca soalan nombor 5, baru terasa nak tidur. Ceit.

Ketujuh, something is wrong with me *Lepas pergi google lagu apekebenda ntah*

Lawak ayam

Salam.

Wahh, malam ni sungguh panas sekali. Bukan malam ni sahaja, sejak dua menjak ni Jogja memang panas. Keluar rumah naik motor, balik rumah dah bertambah kegelapan kulit sebanyak 1 kala. Oh, 1 kala tu bersamaan dengan 1 kala pengukur kulit Garnier. Ceit, mentang2 Lisa Surihani tu duta Garnier, kau pun nak promote jugak.

Jadi disebabkan kepanasan itu, ditambah kepanasan dan kehangatan suasana peperiksaan dan peperangan dalaman macam mana nak jawab periksa tanpa perlu susah payah, maka setiap hari kerja nak mandi jer. Kiranya masa peruktukan untuk mandi lebih lama daripada mengadap buku. Macam hidup untuk mandi semata2. Amboi, melampau sungguh ayat pujangga itu kan? Kau tak rasa panas neraka lagi. Ops, panas sungguh ayat panas itu kan? Haha'

Ni dah lama tak update blog, takkan sekali update je nak cakap pasal cuaca. Kau ingat ni weather forecast nak predict esok panas ke tak?

Jangan lah emo, kita gurau2 jer.
Gurau korok mu!

.................

Hye semua, dah lama tak jumpa kan. Maafkan atas konflik dalaman di atas. Entah anak siapa la yang pinjam akaun aku ni kan. *lagi konflik dalaman* Ni memang terpaksa mengaku, update blog sebab ada peminat setia sanggup acu pistol kat kepala sambil berkata 'baik kau update, kalau tak aku tembak'. Nak taknak, terpaksa la update jugak kan memikirkan exam sudah dekat dan tak sanggup berkorban nyawa sebab nak exam. Pffft.

Kalau nak tau atau memang dah tau, update blog pun kena ada feeling tau. Contoh nak buat ayat sedih, mestilah masa tu tengah sedih. Nak buat lawak pun, mestilah time tu tengah tahan kencing sebab gelak. Jadi, rasa2 time aku tulis post ni aku tengah apa?

Alhamdulillah, dah habis satu ujian dan beban. Tadi pendadaran memang menakutkan. Kena bentang hasil kerja, cakap sorang2 dalam bahasa penjajah, lidah tergulung terlipat, memang bukan favorite. Kalau boleh nak pakai mesin masa, 'ting' dah keluar result kan. Tapi apakan daya, manusia biasa. Cewahh.

So sekarang, kena berjuang untuk Osce pulak. kalau tak tau, Osce tu sejenis lauk ayam, makin kita bubuh perancah, asam jawa sikit, limau purut sikit, garam secukup rasa, rempah ratus khas dari India, fulamak, memang sedap gua cakap lu. Jadi, untuk mendapatkan hasil Osce atau lauk ayam tadi sedap dan lazat sehingga menjilat piring, jadi kenalah persiapkan segala bahan dan ramuan secukupnya sekarang juga. Sebab kalau tak lengkap, macam mana nak sedap kan?

Amboi kau, aku report Dr Mora kau cakap Osce macam sejenis lauk ayam! *pergi cari nombor telefon*

Dah lah Kimie tanya akak dia, 'Kak Ima, umur berapa kita boleh bercinta ek?'. Amboi budak zaman sekarang, kau tu sunat pun belum, dah tanya bile boleh bercinta. *Padahal dulu diri sendiri darjah 2 dah pandai* Fine. Fine. Fine. kena lebih cepat cari awek ni, kalau tak, malu kalah dengan budak 9 tahun. *tiba2 tak menyambung dari perenggan ayam*

Oh maaflah, nak cuba buat lawak, tapi tak terasa nak terkencing pulak. So nilah jadinya. *buat2 faham lawak murah ni*

Ok bye.

Dulu, aku pernah berlari. Membiarkan kaki mengorak langkah tanpa henti. Membiarkan angin bertiup tanpa peduli. Mengiyakan kata hati tanpa membenarkan segala unsur merobek diri.

Dan kini, aku berhenti. Entah bila akan bertatih lagi?.