Universal Studio Singapore

Salam.

Setiap orang mendambakan cuti yang panjang dengan pengalaman yang menakjubkan. Cewaah pembuka kata tak boleh blah. Sebab sangat skema, terus potong stim.

Dalam pada konfius nak balik Malaysia ke tak dengan bercuti ke Bali dengan 'kawan baik' selepas stase IKM, ternyata takdir telah menentukan untuk pergi ikut kata hati - pergi dua-dua skali. Maka, tiket kapal terbang pulang-pergi untuk kedua-dua destinasi pun di tempah. 

Cuba laa bayangkan, tiket last minutes balik Malaysia jer dekat Rp2 juta (~Rm700). Kalaulah dulu ikut kata hati beli jer tiket balik masa stase THT kat Banyumas dulu, mesti dah saving Rp1.3juta. Betul jugak kata mak kan, patutnya beli jer tiket tu. Tapi takpelah dah takde rezeki. Ini pun sebab plan last minutes jugak dengan Yon buat ayat sedih paksa aku balik sama dia. Akhirnya, memang tak jumpa dia pun (sebab tiket flight tak sama).

Lepas tu dalam pada sibuk nak balik Malaysia ni, nak pulak tiket pergi Bali cuma lebih kurang Rp800k jer. Ish ni memang tak boleh jadi, nak-nak duit JPA baru masuk masa tu. Walaupun dengan kesedihan ter-book jugak tiket tu, sebab duit JPA masuk untuk 2 bulan jer dengan potongan pajak sebanyak 10%, dah siap sedia yang balik Jogja mesti makan pasir.

Tapi pada akhirnya, semuanya berbaloi!

Bila semua orang nak pergi USS, aku pun sibuk jugak nak join sama. 

Menunggu suatu penyiksaan. Cuba bayangkan, bila semua orang janji nak berkumpul pukul 8, kitorang yang tepati janji ni 6.30 pagi dah kelam kabut keluar dari rumah sebab takut traffic jam. Dengan Ima yang nak pergi keerja lagi tapi terpaksa hantar kitorang dulu. Tapi ternyata, cikgu-cikgu ni tak boleh nak diharap sangat jugak laa. 9.30 baru laa semua orang tunjuk batang hidung. Bengang tak bengang laa kan.

Gambar ni Kimie yang ambil masa atas bas kat Tambak Johor. Menuju imigration Singapura. Dah laa jammed sebab orang nak pergi kerja, dengan bertolak lambat lagi kan. Panas.

AKhirnya sampai jugak USS pada pukul 12.30 tengah hari. Fulamak dah tengah hari kot.

Sebab nak cooling down, takpe kita lepak-lepak dulu.

Aku tak berapa nak sure sejak bila Kimie pandai poyo bila nak ambil gambar.

SHREK!

Kan. Nampak tak kepoyoan dia? 

Tapi Transformers memang best habis laa wa cakap lu. Memang the best ever laa. Effect 4D dia memang mantap, terasa macam jadi pelakon baru dia pulak *tetiba. Tapi disebabkan mungkin peak hour jugak ke hapa, dekat 40 minit jugak laa kena beratur nak main. Pergh, sanggup tak sanggup kan. Rasa macam pengemis beratur nak ambil bekalan air pun ada. What?

Tapi gua memang taubat beb. Sanggup tak naik Battalestar - Human vs Cyclon. Iaitu sejenis roller coster yang merah biru tu. OMG. Memang best tapi disebabkan badan terlampau lemah, daripada aku vertigo then muntah-muntah macam ibu hamil, lebih baik aku tak payah naik. Tapi rugi sangat tak naik. Tapi.. dah shut up!

Lepas semua drama sinetron yang berlaku sepanjang hari, akhirnya semua orang dah penat. Bila dah penat masing-masing macam muka macam mintak pelempang. Lepas tu semua orang dah tak larat nak naik MRT. Lepas tu semua orang 'eh jom naik bas express jer la balik JB'. Lepas tu macam 'Eh ada rupanya direct bas dari kastam ke USS ni. Rugi tak naik sebab cepat dan mudah'. Ok. Pengalaman baru.

Lepas tu, balik-balik JB macam orang kebulur tak cukup makan sebab bekalan roti dah habis. Dah laa bawak 5 bungkus jer. Terus Kimie 'Abg Udin, jom beli cheesy wedges. Adik nak 3'. Aku macam 'Eh kau kebulur ke apa?'. "Tak lah. Adik lapar. Ini cuma buat alas perut jer'. LIKE SERIOUSLY? 

Lepas tu kitorang semua makan di Benaffe. Jiwa Indon menebal. Ayam penyet juga yang dicari. Tsktsk.