Kecewa?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah ayat-216

Kita hanya mampu membuat yang terbaik, menyukai yang terbaik dan mengagumi yang terbaik, tapi hanya yang paling-sungguh-amat-sangat Terbaik yang mampu mengiya dan menidakkan adakah itu yang teramat baik.

Jun dah datang

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Bulan enam dah masuk hari ke-7. Dah tak sanggup nak menghitung hari2 yang akan datang. Kalau boleh, biarlah ia berlalu tanpa tanggal 20,21,26,27 dan 28. Banyak betul hari yang akan aku tinggalkan, walaupun ia adalah masa depan. Dan tak mungkin kita akan tertinggal masa depan yang pasti! Kecuali kuasa Ilahi yang menidakkannya.

Kesemua tarikh2 tu adalah tarikh yang menggembirakan. Bersama orang yang pernah kita hidup bersama;sedih, gembira, terseksa, menangis,suka dan duka. Melakukan apa yang kita suka dan yang satu2nya kita boleh berbangga dengan diri sendiri; muzik satukan semuanya dan minat menjadikan semuanya realiti.

Semoga pengorbanan ini menjadikan aku ingat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Julai menjanjikan semula ceria.

Solo

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Minggu lepas, kami AJK Kelab UMNO Yogyakarta sessi 09/10 membuat lawatan ke Solo, Indonesia. Bukan nak cakap pasal politik, apatah lagi nak buat laporan aktiviti kat sana. Kalau nak tau lebih lanjut, kena tunggu laporan daripada AJK Multimedia kat Blog Rasmi UMNO Jogja.

Sekarang ni nak tunjuk gambar kami bersuka-ria kat Pendawa Water Park. Dan gambar2 kat
bawah ni lah sebagai bukti betapa jakunnya kami bermain air. Hihi' Enjoy~







































































*Gambar aku paling tak lawa sebab ambil sendiri. Diorang semua tengah khusyuk sangat mandi sampai lupa nak tolong ambilkan gambar.

*semua gambar yang dipaparkan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Harap maklum.

*gambar2 lain boleh usha kat sini