Basah Lencun

Salam.

Panas sungguh malam ni. Dan malam2 sejak kebelakangan ini. Malah, bukan sahaja malam, pagi tengah hari dan petang apatah lagi. Dan bila panas macam ni, jangan bayangkan apa yang berlaku sewaktu aku tengah menaip post ini. Bilik yang dah macam sauna, berpeluh yang macam tengah ujian saraf dengan dr.P. Sekarang dah tak main laa berpeluh sebab main volley, kita main berpeluh sebab kena buli okay.

Al-kisah berpeluh seperti babi , ops maaf ini bukan ayat carutan mahupun makian, tapi sekadar menterjemahkan peribahasa omputih jer *mata nystagmus* sewaktu tengah ujian saraf. Ya ampun hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku takde la cuak sangat ke, tremor sangat ker, cuma saraf simpatetik ni jer yang terover stimulate. Malu i.

Masa dapat tahu penguji ujian ialah dr.P, memang hidup tak tenang lah. Dia takdelah scary sangat, garang sangat ke hape, cuma agak skema dan urm.. skema? Yelah, kenangan buat thesis dulu dengan dia pun macam takkan luput dari ingatan. Cewah. Kalah kenangan Futurisme aku kan. Okay, abaikan, kita teruskan tajuk utama.

Sehari sebelum exam, kononnya kenalah menghadap penguji untuk tunjuk muka yang sayalah yang bakal diayamkan dr untuk hari esok.

Aku: Doc, kami yang ujian sama dokter besok.
Doc: Oh yaa. Besok kan? Sekitar jam 9an lah.
Aku: Terus, pasiennya yang pasien bangsal ya doc?
Doc: Oh iya. Di bangsal aja.
Aku: Terus, pasiennya kami yang cari duluan atau doc yang tentuin.
Doc: Ya tentu saya dong!
Aku: *dalam hati nak je menjerit*

Terasa la jugak dalam hati macam terasa-rasa je yang dr.P tu nak pakai pasien aku sendiri. Pasien yang konon-konon patutnya adik minggu yang follow-up tapi aku rampas sebab nak kiasu. So hasilnya, seminggu la kena follow-up pasien tu. Diagnosis dia Gullian-Barre Syndrome (GBS). Okay, kalau agak2 dah seminggu follow-up mestilah dah haslak kan? Dah dihujung jari gittew.

Tapi u know, sejak bila la pulak selama ini aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghafal semua pathogenesis, types, treatment, classification etc etc tu kan. Ya memang ada baca, tapi sekadar baca secara langsung tetapi yang terhafal hanyalah step TheBoys pulak. Apa kes?

Hasilnya, instinct aku betul. Hari ujian tu, memang dr.P tu masuk je bangsal terus die pergi kamar 9 bed tengah di sebelah kiri. Damn it. Mula laa terasa menyesal tak sudah kenapalah aku tak belajar GBS malam tadi.

Dalam keadaan Jogja yang sememangnya panas, jam pulak masa tu lebih kurang 9.30 pagi, nak pulak masa pasien semua tengah segar bugar dan keluarga pasien ramai yang macam menanti di setiap katil nak tunggu kalau-kalau ada koas, koas dan koas yang datang nak periksa pasien, memang bertambah panas la suasana ujian tersebut.

Kamu periksanya 20 minit dari mula sampai edukasi. Apa? Mana cukup doc 20 minit. *sambil buat muka manikom*

Selamat pagi pak. Saya dokter muda hafiz dan ini dosen pembimbing saya. sebelum itu, nama bapak siapa? Umurnya berapa? bla bla bla. Dalam hati, mesti bapak ni macam menyumpah-nyumpah padahal dah seminggu kau follow-up dia, takkan la sekarang masih nak tau nama siapa umur berapa. Takpe, aku kena buat muka tebal je demi ujian yang sedang aku tempuhi.

Memang sewaktu itu, entah tetiba anak bapak ni yang tak pernah jumpa, ada pulak datang join sama. Dah la dr.P sebagai penguji tu amik kerusi terus duduk tepi sambil silang kaki. Amboi, ni pressure ni, pressure! Takpe Judin, you can do it *sambil mengeluarkan kopi, teh dan tembakau dari dalam kotak ajaib*

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa saraf hidu bapak. Ini bau teh, ini bau kopi bla bla bla. Dalam pada aku nak periksa segala pemeriksaan yang perlu dan harus untuk membuktikan kekompetenan aku, mulalah peluh ni terasa macam mencurah-curah. Ish tak boleh jadi ni, ada jugak yang menitis dan mengganggu konsentrasi serta sikap profesional aku nanti. Satu dua titis peluh dikesat.

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa refleks tangan sama kaki bapak. Tangannya dilemasin ya. Okay, yang kanan boleh la macam biasa, time nak buat yang kiri dan terpaksa membongkokkan diri, terasa macam alamak, berapa banyak titis peluh ni nak menitis. Satu dua titis terjatuh ke pasien. -.- Ya ampun.. Memang tak boleh fokus laa, aku tak kira profesional ke amature ke, aku kesat jugak peluh di dahi menggunakan kedua tangan semacam baru habis menyangkul ubi dibelakang rumah.

Fuh fuh, baju memang jangan cakap lah, basah lencun. Dalam aku kelam kabut nak siapkan semua pemeriksaan cepat-cepat, okay dah selesai. Tetiba dr.P boleh cakap kat pasien, pak ngga ada soalan? Ngga ada doc. Coba bapak tanya, sakitnya bisa sembuh ngga? Sebabnya kenapa? Obatnya apa aja?. Dalam hati *ada yang kena makan peluh aku ni karang*

Selesai tamat pemeriksaan bersama pasien, ujian dilanjutkan dengan sessi diskusi. Kebetulan koas yang ujian dengan dr.P ada 2 orang, jadi bila dia pulak yang pergi bermandi peluh, aku kat luar kena tunggu sambil membuat status lengkap pasien tadi.

Omg omg, yon, aku dapat Bapak GBS, apa nak buat ni? Boleh sembuh tak? Apa obat dia? Apa sebab dia? Mengadu domba dengan yon sambil tangan kanan tulis status, tangan kiri kipas kipas diri yang lencun tadi. Tu la kau, aku suruh study GBS semalam taknak, nah kau copy je status lengkap aku ni. Pastu kau hafal bla bla bla sebab semalam dr tu tanya benda ni. Memang takkan sempat lah nak menghafal kan. Jadi, segalanya bergantung kepada muka tebal dan keyakinan diri yang tinggi kalau dokter tu tanya, jawab je lupa dengan yakinnya.

Bila kawan yang sorang tu dah selesai, masa untuk berdiskusi @ diayamkan pula. Awak tunggu diluar, dan awak masuk duluan. Cis, skemanya dokter ni. Apa salahnya diskusi dua-dua masuk sekali. Boleh la jugak tolong back up kan kalau tak tau jawab. Langkah dihayunkan masuk ke bilik diskusi. Awak tunggu sekejap ya. Urm, mau kopi ngga? Eh eh, skema skema pun baik hati jugak. Eh takpe doc, ngga usah. Dengan harapan kalau tak dapat kopi, dia takdelah nak tanya-tanya sangat. Huh, you wish!

Apa yang awak buat sebulan di department saraf? Ni kalau ada pasien GBS, awak masih ngga boleh nak rawat ni.

Sedih memang sedih. Kalau nak kata sedih sebab markah dapat 83.9 jer lepas buat bersungguh-sungguh compared dengan budak lain yang cuma maju status, gebang-gebang sikit terus dapat 100 markah, sedih lagi kawan aku yang sorang tu sebab dia dah la sehari sebelum exam pergi periksa semua pasien kat bangsal sebab takut nanti tak tau kes, cuma dapat markah 78 jer.

Tapi lagi sedih sebab kecewa dengan diri sendiri sebab tak belajar betul-betul. Sampai sekarang kecewa kenapa tak study GBS walaupun sepatutnya senang je boleh dapat 100 kan? Urm, tipikal Judin. Menyesal dia sekejap jer, lepas tu buat lagi. Lepas kena perli dengan dokter interna Apa yang awak buat 11 minggu di interna? Kalau Diabetes mellitus (DM) pun awak ngga boleh rawat, Saya hantar kamu balik ke stase endokrin nanti. kena perli pulak dengan dokter saraf. Okay, besok masuk DV, kita tengok ujian nanti kena perli lagi ke tak?

:'(

Indikasi post terbaru?

Hari ini merupakan hari ke empat, di minggu yang ke dua aku berada di stase saraf. Atau bahasa keren dia, Neurology. Kalau dulu pernah terniat nak jadi Neurologist lepas tengok McDreamy dalam Grey's Anatomy yang cool dan hebat. Itu dulu laa. Sebelum belajar neuro.

Lepas belajar neuro, memang menarik. Menarik sangat bila kita dapat tahu bentuk otak, fungsi dia, macam mana dia bekerja, macam mana sekecil otak itu boleh memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Tu yang nak jadi neurologist tu. Tapi tu dulu la. Tu sebelum exam blok lagi masa tu.

Lepas exam, memang sah-sah la dapat merasakan betapa otak aku ni agak tidak dapat menerima segala input yang berkaitan dengan saraf. Kompleks sungguh otak ini bekerja, dengan segala macam saraf yang berada di anggota badan ni. Sampai tak tersebut aku ada saraf apa jer. Sebab otak pun memang tengah weng.

Dan lebih malang apabila bila dah minggu kedua di stase saraf, masih dalam keadaan blur dan penuh dengan ketidakjelasan. Yela, cuba kau fikir kalau dulu belajar 3.5 tahun pun masih tak faham, inikan pulak baru 2 minggu. Eh eh nak cari alasan la tu.

Okay nak cakap itu jer.

Minggu ujian

Salam.

Seperti masa2 lampau zaman purba dulu, zaman yang blog akan sentiasa aktif bila semakin dekat dengan masa ujian atau peperiksaan, atau lebih tepat sepatutnya masa untuk belajar dan pulun kepala hotak untuk menghafal dan mengingat, tapi biasalah zaman muda mudi mesti taknak belajar betul2kan. Masa tu lah segala pekerjaan lagha dan sia2 dirasakan sangat menggoda.

Masa tulah setiap perkara remeh temeh menjadi begitu penting dalam hidup. Macam masa tulah nak basuh baju, masa tulah nak potong kuku, masa tulah elok2 ngadap buku terus mengantuk tahap ayam. Dan ayam dalam kata lain, semua benda jadi lebih penting secara tiba2. Hebatkan kuasa ujian ni. Macam lebih hebat daripada biasanya.

Dan masa nak ujian tu lah FB Twitter dan Blog jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi jangan tanya kepada guna peribahasa tu, aku pun pakai petik je sebagai penyedap ayat.

So skg memang dah kantoi lah kenapa rajin nak update blog. Mesti tengah minggu ujian.kan?

Atau kalau nak tau dia dah habis ujian ke belum,kita tengok aktiviti mereka yang selalunya. Macam eh kau ni boleh tersenyum tengok tv pergi dinner dengan gembiranya,itu salah satu bukti yang dia dah habis ujian. Ceit, macamlah selama ni aku dok terperap je dalam bilik sampai taknak keluar makan tengok movie segala. Walaupun 90% ada kebenaran still taknak mengaku jugak.

Dah lah, tetiba je nak membebel. Barubaca past years 1-2muka surat dah terus melagha'. Memang bukti masa ujian lah semua benda terasa menarik :( damn you exam!

Dan tempat menarik nak study sambil cuci mata, mestilah di sini. Ayam. Masa ujian ni jugaklah duit mengalir macam pipis pesakit DM.

Post-Lebaran

Salam.

Last post mungkin sekitar sebulan yang lalu. Sebulan yang lalu tu macam hari ke 6 Ramadhan, dan sekarang dah masuk 14 Syawal dah. Oh, betapa sedar diri yang sememangnya masa berlalu dengan pantas sekali, tanpa sempat kita fikir nak tulis apa untuk post yang terbaru. Atau pun baru nak rasa yang kita macam tak sempat nak beraya, jadi nak tulis post baru apa pasal raya?

Mungkin tahun ni tahun ke-2 beraya tanpa keluarga. Cewahh nak buat ayat sedih konon. Tapi takdelah sedih sangat kalau nak banding dengan perempuan ni yang dah beraya 4 tahun di perantauan. Segan laa I kalau nak feeling-feeling mata berair konon-konon alasan potong bawang. Eh tolonglah.

Tapi yang lebih terasa ialah bila hari raya pertama, baru nak happy happy tangkap gambar, makan rendang kicap pulut kuning lembek, gelak gelak kumpul ramai-ramai tapi petang dah kena angkut barang balik Klaten. Buat pengetahuan, Klaten bukanlah Kelantan, dan Klaten ialah tempat di mana hidup kena diabdikan untuk bekerja sebagai doktor muda sepenuh masa, tanpa gaji, selama 4 minggu. Yang mana makanan dia tak best pun nak compare dengan rendang kicap I tadi tu. *selak rambut*

Bila dah melalui keadaan macam ni, barulah terasa macam mana orang bekerjaya yang cuti cuma sehari dua, nak balik kampung yang terpesorok kat selatan Malaysia, tapi gedik kerja nak kat KL jer. Lepas tu memang mak kat rumah feeling sedih laa anak balik raya sekejap jer. Oh, mungkin inilah perasaan yang akan kita hadapi untuk masa-masa akan datang nanti. Nak guna ayat kita jugak, sebab taknak terasa sorang-sorang.

Lepas tu, bila telefon nenek kat kampung, tetiba je nenek rasa sebak. Eh kenapa nek? Entah la udien, tetiba je nenek rasa nak nangis. Alololo~ jangan la nangis nek. InsyaAllah tahun depan udien balik yaa. Gentleman mana boleh nangis. Setakat tetiba hidung ni berair ok kot.

Sedih kan (atau tak)? Sekarang ni (mungkin) adalah cermin kehidupan kita yang akan datang.

Takpe laa. Yang penting kita mendoakan semua orang yang kita sayang (dan tak sayang) selamat, bahagia dunia akhirat. Mungkin doa je yang dapat mendekatkan kita sekarang ni. Dan telefon, YM, FB, twitter dan sebagainya. Alaah zaman dah moden. Tapi ye la kan, zaman je moden, Ulu Tiram still ulu lagi. Internet pun takde. Atau masih menggunakan pengangkutan air? Tsk tsk.

Dan yang penting, untuk tahun-tahun mendatang, sambutan raya kat rumah Abahjai dah semakin meriah sebab ada orang baru akan join keluarga besar. Cewahh. Tetiba ada orang tu senyum-senyum kenapa? Ececece~


Ececece~ Disebabkan baju raya tahun ni macam dejavu', jadi kenalah perasan yang konon-konon warna hijau ke, pink ke, kuning ke. Walaupun padahal tak memberikan kesan yang significant. -.-