Obstetrics & Gynecology

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.

Hampir 2 bulan jugak tak update post baru kan. Kalau dulu ada alasan takde internet nak update susah, sekarang nak buat alasan sebab hamil, mual muntah tak boleh update rasa macam sangat tak logik pulak kan.

Sekarang aku di Stase Obstetric & Gynecology. Tempat di mana ibu-ibu mengandung dirujuk dan dipujuk rayu untuk di vaginal touche (VT). Like apa? Yaa seperti itu lah nampak gayanya. "Ibu maaf bu, saya periksa va-jay-jay nya yaa. Ga pa pa yaa. Ga sakit koq, cuma rasa  kurang nyaman aja. Kalau ibu malu, saya panggil perawat perempuannya masuk aja. Atau ada keluarganya?". Haa lebih kurang macam tu laa gaya pujuk rayunya. Dan itu dalam skrip jer. Sebab aku belum pernah VT. APA???

Eh ga ding. Pernah lah sekali. Masa tu ada pasien di ICU. Hamil aterm dengan Oedema Pulmo, PEB (Pre-Eclamsia Berat). Aku yang sok sok rajin nak kena follow up ni, terpaksa laa follow up kan. Dan sebab masa tu takde orang, either perawat ataupun keluarga yang tunggu. Haa apa lagi, aku pun memulakan aksi memecahkan dara tanganku sendiri untuk VT. Dan dan, lepas tu aku pun tak sure aku periksa apa sebab dekat 5 minit jugak aku periksa, tapi tak jumpa pun serviks dia. "OMG apa yang aku dah buat dan harus aku lakukan lepas ini?" Bentak hati kecilku sambil meminta izin ibu tadi untuk mengundurkan diri.

Sejak dari hari pertama menjejakkan kaki ki Stase O&G ni, aku dah rasa yang dunia ini bukan dunia aku sebenarnya. Wah gittu. Sejak bile aku mampu beli dunia kan? *abaikan*.

Rasa macam tak sanggup nak tengok ibu-ibu ni menanggung kesakitan nak melahirkan. Cuba bayangkan lah kan, dah laa mengandung 9 bulan lebih, bawa baby seberat 3 kampit gula 1kg kehulu kehilir, lepas tu nak tanggung sakit yang yaa ampun sehari suntuk kot perut mules-mules. Macam bayangkan kau sakit perut sebab konstipasi/sembelit then tak boleh e'ek sehari apa rasa?

Lepas tu nak kena meneran sepenuh tenaga dan usaha untuk keluarkan bayi dari dalam uterus. Oh tak sanggup den kalau kena jadi perempuan kan. Kesian sangat tengok. Sebab tu lah Allah janjikan kalau meninggal sewaktu melahirkan di kira sebagai mati syahid. Wallahualam. Kalau salah tolong betulkan.

Ada beberapa kasus yang menarik jugak laa tapi sekarang ni aku just nak kongsi 2 kes jer.

Pertama: masa ni kat poli. Ada pasien 15 tahun datang di bawa makciknya untuk kontrol pregnancy. Pasien ini ada tertutup, dan belum menikah. Dia tak cerita secara detail tentang kisah dia. Mak dia bekerja di Malaysia, dia tinggal dengan bapak dan makcik dia. Tapi sepanjang yang makcik tu tau, dia sekarang hamil 5 bulan. Tak kenal siapa lelaki yang menghamilkan pun. Sebab pasien ni cakap, dia tak kenal langsung lelaki tu, kenal pun masa di GOR (gelanggang olahraga) sebab ada acara something masa tu.

Dan kesah kedua: di kamar bersalin tadi. Pasien, 13 tahun, datang ke IGD (emergency room) atas rujukan daripada bidan sebab hamil. Berdasarkan anamnesis, tak sure umur kehamilan dia berapa sebab pasien tu tak tau last mense dia bila. Pasien ni pun belum menikah, tapi dia hamil atas perbuatan bapak dia. Dia 3 beradik, dan paling sulung. Berdasarkan cerita, kalau dia tak ikut kata bapak dia, nanti dia kena ugut. Ugutan apa aku tak berapa nak sure, dan sekarang bapak dia lari somewhere bila tau anak dia hamil.

Bila renung balik cerita ni, teringat kat rumah. Adik-beradik sendiri ramai perempuan. Rasa sedih sangat kalau perkara macam ni berlaku dekat keluarga sendiri. Rasa macam nak balik rumah then protect adik-adik sendiri supaya perkara macam ni takkan berlaku. Dan rasanya sikit sangat yang aku buat untuk jaga adik-adik sendiri. Rasa macam belum pernah lagi aku jadi abang yang betul-betul jaga keluarga dan adik sendiri. Rasa macam useless sangat. Rasa macam arghhh. Dan hanya dapat berdoa dan berharapa semoga mereka semua dilindungi-Nya. Itu jer yang aku mampu sekarang.

Dan bila call mak dan cerita kat dia pasal kesian dekat ibu-ibu nak bersalin ni, mak pun cakap memang sakit pun. Mak pun ngeri dan sakit sangat masa nak lahirkan kitorang but still wonder macam mana mak yang penakut dan cepat menangis tu masih boleh lahirkan 5 orang anak dia yang chomel but nakal tu?. Mak kita hebat sangat kan? Mak awak pun hebat jugak! Tapi mak kita paling hebat lah!

Baiklah disini sahaja ngomel ga jelas aku buat masa ni. Seriously capek dekat O&G ni sebab kena tunggu ibu nak melahirkan tapi tak jelas bila, dan padahal dah seminggu tapi aku belum dapat partus sama sekali. Ayam sangat. Ibu-ibu ni sajer jer kontrol rahim sendiri biar takkan lahirkan kan? Ke sebab bila dia tengok aku, terus tenang dan lega rasa di hati sampai baby pun tak jadi keluar. Apekah?

3 Syawal 1433H

Assalamualaikum dan selamat Pagi.

Hari ni dah masuk hari ke -3 Syawal. Walaupun Syawal, tapi tak terasa pun nak beraya kan. Al-maklumlah orang bujang, isteri takde lagi, anak-anak apatah lagi kan (tetiba) padahal hidup beraya di perantauan dan satu kampung sunyi sepi. Giler sedih kan. Tapi takdelah sedih sangat. Sajer jer over.

Paling tak tahan haa bila makcik depan rumah sempat titipkan 'Om ga pulang om? Jaga rumah yaa?' walaupun gaya bahasa dia macam nak perli aku yang tak balik raya ni dan jaga rumah sendiri, tapi kenapa aku terasa macam dia cakap suruh jaga satu RT (kawasan perumahan --> pret). Sangat laa tetiba waham keluar kan.

Suasana Hari Raya kali ketiganya di Indonesia ni mengajar aku erti sebuah kehidupan. Haa mestilah berbeza bila dah 3 kali beraya sendiri dan jauh dari rumah berbanding dengan orang yang pertama kali beraya kat sini kan. Kira dah cool la kan, kira dah kering laa bila dengar takbir raya dah takde laa nak sobsob lagi. Giler macho tak?

Lepas tu suka jer nak tanya-tanya usik orang lain. Eh Fazrul sedih tak? Sedih tak dengar takbir? Alaa Malina jangan lah sedih? - padahal dia tengah flu ke apa. Hihi' Maaf Zahir Batin naa.

Tapi yang menarik Raya tahun ni masih boleh kumpul ramai-ramai Intermed walaupun tak semeriah tahun lepas. Boleh laa merasakan gelabahnya memasak seperti biasa kan sampai goreng kacang pun hangus. Balasan tak nak dengar kata orang goreng tak payah pakai minyak. Lol

Yang Tupperware kecik kat atas gambar tu bukan Bubur Pulut Hitam ye kawan-kawan - In-cased korang konfius kan.

Wahh excited sangat nak balik Malaysia ni. Urm, 2 minggu lagi nak suruh mak masak rendang banyak-banyak. Lepas tu kumpul duit raya walaupun aku tau takde siapa dah nak bagi duit raya kepada orang tua ini. Tsktsk :'(

Tiba-tiba teringat Stase Mata. Kenapa mesti kau muncul di kala aku baru nak rasa nikmatnya cuti?

Selamat Hari Raya AidilFitri 
Maaf Zahir & Batin. :)

Bagaimana dengan Impian Dan Cita-cita?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah yaa. Ayat pembukaan baca dah sejuk je suasana. Giteww. Hihi' apa khabar semua? Setelah sekian lama tak update blog. Dekat 2 bulan jugak laa kan. Salahkan stase anak. Dah la busy sentiasa takde masa nak update. Cewahh pandai je nak salahkan orang lain kan.

Ish sakit hati jugak laa update blog pakai Ipod ni #tetiba

Macam mana cita-cita dan impian angan-angan menjadi Paediatrician? Wahh sesuatu sangat. Setelah 10 minggu menjalani hidup sebagai seorang dokter muda (prett dokter muda) membuatkan aku lebih membuka mata, bermuhasabah diri menginsafi segala yang ditentukan. Ilahi itu ada perancangan sebaik-baiknya.

Haa start dah nak merepek setiap kali ada kesempatan. Haha' tapi secara jujur mulalah terasa apa yang kita suka tak semestinya terbaik buat kita, dan sesuatu yang kita tak suka tak semestinya yang buruk buat kita.

Stase anak bukan stase yang aku rasakan best. Best lagi stase bedah. Atau sebab bila kita terlalu berharap, bila ianya kurang dari expectation kita alan menjadi terlalu kevewa? Giler sedih post kali ni pasal patah hati. Kihkih.

Okay post yang sekian lama tak update ni kita lanjutkan dengan cerita suasana stase anak di Muntilan, stase luar kota yang Fikri Diva cakap best. Padahal stressor paling tinggi choi. Bila semua orang kat stase lain santai menyantai happy go lucky bersama baby chomel, kitorang semua berduka.

First impression pasal dr. J , wow sexy. Tinggi lampai rambut lurus bawah bahu, brunette, chinese lagi. Tapi bila dah lama kenal, perghh setiap perkataan yang di omong nya itu berbau bisa berduri yang mematahkan hati dan perasaan. Amboi.

Masa diskusi pertama kali dengan dia, aku mula rasa tertarik dengan cara dia berfikir. Lain daripada yang lain. Dia cuba mengajak kita untuk berfikir dengan cara yang logik, dan dengan basic yang kukuh pasti walau dengan setiap masalah dan scenario apa pun kita pasti boleh mengatasinya.

Dr.J begitu lantang bersuara. Itu yang membuatkan dia sama ada disukai atau dibenci. Namun bagi dia, oh tidak menjadi masalah.

Semakin hari semangat untuk belajar dan berusaha gigih menjadi semakin berat. Aku mula merasakan apa yang cuba ditonjolkan dan diinspirasikan oleh dr.J menjadi semakin tidak boleh diterima oleh akal dan minda aku. Proses pembelajaran menjadi semakin tertekan. Setiap kali menantikan waktu visite dia aku menjadi cemas. Setiap kali ada diskusi, aku merasakan semakin berat dan tertekan.

Bukan hanya kerana ilmu yang ada sangat sedikit untuk berdebat dengan dia, namun lebih kepada sikap ego dr.J yang aku rasakan begitu keras untuk aku hadam. Dia seolah-olah menjadikan aku takut untuk berpendapat dan takkan ada peluang untuk orang bodoh yang mahu berpendapat, akan dia ajar secukupnya.

Menjadi lebih stress bila kita tahu yang dia sudah mula pilih kasih.

Kita berusaha untuk lakukan setiap kegiatan sebaik mungkin. Refkas, presentasi even diskusi. Aku takdelah berkira kalau nilai aku sikit ke hape, tapi stress beb. Stress bila kau taip tulis semua refkas dan presentasi yang kau buat dapat nilai 8.8 tapi bila anak emas just tunjuk journal yang dia highlight lepas tu oh ini dok, oh itu dok dapat nilai 9.5, dan aku macam wtf?

Aku tak kesah sangat la kan dengan nilai ni, yang penting lulus. Tapi sakit hati dan kecewa bila minicex akhir kau dia tanya macam nak kena makan, siap dia tanya etiology, pathofisiology, masa inkubasi, tanda gejala, sign symptoms, treatment dan management yang diskusinya dekat 30 minit dapat 88, anak emas dia just tanya "kompetensi awak sampai brapa?" "oh hanya merujuk dok." "oh yaa usah kalau gitu" sambil gelak2 dapat 91 dan aku macam wtf?

Ish tak baik kan kutuk2 kat sini. Harap2 dia tak baca blog ni. Kalau tak mati. Tapi aku cool je laa. Takde laa seteruk yon. Kan yon kan? Hihi' nak cerita lebih pedas korang suruhlah dia update pulak. Ke dah? Ntah aku dah lama tak usha blog orang lain.

Okay sampai di sini saja. Penat tau mengutuk ni. Tak baik kan. Tak larat nak update dgn penuh perasaan sebab sekarang takde perasaan pun. Kan stase Jiwa. Cewahh.

Dah laa. Yon dah ajak balik. Jom laa kita menikmati hidup. Kita lupakan sejarah lama. Preeet!

Assalamualaikum.

Paediatric

Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas.Ikhlas. Ikhlas. dan Ikhlas.
Hanya itu yang boleh membuatkan aku menghargai dan menikmati hidup, takdir dan ketentuan Ilahi. 

Candid oleh Yon. Cieeee. Favorite picture la camni. :)