Mju1050sw

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Hadiah hari jadi untuk diri sendiri?? Mju1050SW.. omg.. cun giler! :P


Jatuh cinta pada pandang pertama.. lalala~

Harga?? jgn tanya. Terima kasih banyak2 kepada JPA yer.. :D

Percaya

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Saya percaya, anda percaya. Percaya dan mengakui bahawa Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan saya beriman:
Beriman kepada Allah s.w.t
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada kitab
Beriman kepada Qada' dan Qadar
Beriman kepada Hari Kiamat

Dan saya mengakui wujudnya makhluk Allah selain daripada manusia. Saya akui dan percaya wujudnya jin dan syaitan. Cuma mereka berada di dunia yang berbeza. Luas dan jauh daripada fitrah manusia untuk melihat kewujudannya.

Dan ingatlah, tidak Allah menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu
Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56

kepercayaan dan kefahaman Iman hanyalah berlandaskan Allah semata2. Tiada mereka yang layak disembah selian Allah. Tiada mereka yang layak meng'grading' iman seseorang selain Allah. Dan tiada siapa yang layak diminta pertolongan selain Allah.

61. Dan ingatlah peristiwa tatkala Kami berfirman kepada malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam", maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata "Patutkah aku sujud kepada makhluk yang engkau jadikan daripada tanah?"

62. Ia berkata lagi :Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika engkau memberi tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing dan menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antara mereka)"

63. Allah berfirman (kepada Iblis); "pergilah engkau (lakukan rancanganmu)! kemudian siapa antara mereka yang menurutimu, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup"

Surah Al-Israa' ayat 61-63

Dan akhirnya, kembalilah kita kepada Allah. Sesusah mana kehidupan kita, Seperit mana perjalanan hidup kita, Sekuat mana cabaran dan rintangan kita, Selemah mana iman kita, Sekecil mana pengorbanan kita, seindah mana kemanisan hidup kita, sebesar mana nafsu amarah kita.. Semoga akhirnya kita kembali kepada Allah s.w.t semata2, tiada yang duanya...

Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah Dialah jua yang Maha Kaya, lagi sentiada dipuji
Surah Luqman ayat 26

"ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam." amin..

Tanggung dan Jawab

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua..

Adakah kita mengejar tanggungjawab atau tanggungjawab mengejar kita?!
~Fazrul Basir, Setiausaha PKPMI Jogja 09~

Setiap daripada kita ada tanggunjawab. Tak kiralah sebagai hamba, anak, pelajar, pengajar,pemerintah, pemulung dan sebagainya. Namun, persoalan yang sering ditujukan adalah sama ada kita yang yang mengejar tanggungjawab itu ataupun tanggungjawab itu sebenarnya yang mengejar kita. Dalam erti kata yang lain, kenapa perlu kita bertanggungjawab ke atas tiap2 perkara yang semestinya itu bukan kemahuan kita, dan kenapa ada segelintir yang sengaja mencari perkara untuk dipertanggungjawabkan sedangkan itu bukan tanggungjawab dia. Ada faham?

Manusia ialah hamba. Hamba ialah orang suruhan. Dalam kata erti yang lain, manusia ialah hamba kepada Maha Pencipta. Tiap2 hari seorang hamba akan bangun pagi2 untuk menyembah-Nya; dan beribadah kepada-Nya; dan bertawakal kepada-Nya; dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Emak ialah seorang isteri. Emak juga ialah seorang emak kepada anak2nya. Tiap2 hari emak akan bangun awal2 pagi untuk sediakan sarapan pagi; dan gosok baju abah; dan gosok baju adik; dan basuh baju; dan mengemas rumah; dan masak; dan sapu sampah. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pelajar ialah seorang yang menuntut ilmu. Tiap2 hari pelajar akan bangun awal2 pagi untuk ke sekolah; dan belajar; dan mengulangkaji; dan menghormati guru; dan menghormati kawan2; dan berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pemimpin ialah seorang yang dilantik untuk memimpin. Tiap2 hari pemimpin akan bangun awal2 pagi untuk bekerja; dan menghadiri mesyuarat; dan menjaga disiplin orang bawahan; dan mengkaji perkembangan dan isu semasa; dan berusaha untuk memantapkan strategi persatuan. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Dan tanggungjawab itu sebenarnya yang menjadikan arah tujuan kehidupan kita dan landasan untuk suatu matlamat. Dan matlamat itulah yang menjadikan setiap daripada kita berusaha semaksimal yang mungkin bagi menghasilkan yang terbaik.

Seorang hamba beriman dan mengakui keTUHANan Maha Agung dan mengimpikan Al-jannah sebagai balasan yang paling tinggi nilainya.

Seorang emak melakukan segala2nya bagi membina sebuah keluarga yang yang harmoni dan bahagia, anak2 yang berjaya dan kesenangan hidup di masa hadapan. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pelajar berusaha gigih bagi mencapai keputusan yang gemilang bagi mengecapi kejayaan dan beroleh kehidupan yang lebih bermakna. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pemimpin melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan saksama bagi memperoleh kepercayaan orang lain dan berusaha untuk meletakkan semuanya di tingkat yang terbaik. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Semoga tanggungjawab ini menjadikan aku lebih berani untuk menempuh hari2 mendatang. Sebab apa? sebab ini semua adalah amanah. Dan semoga amanah ini menjadikan aku untuk tidak lalai dan leka bahawa perjalanan hidup ini semuanya adalah berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.


* masih kecewa dengan kehadiran June*

Terima kasih atas anugerah ini

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Urm, minggu yang agak memenatkan. Banyak lecture start jam0700. Ditambah dengan Independent learning; skills lab untuk OSCE. Dan pagi tadi pula ada Klinik Sabtu Sehat. Fuhh.. cuak sehh.. Olok2 pesakit pertama dalam hidup la konon. haha' Tapi secara jujur, benda ni best juga tau. Comey2 je atuk2 ngan nenek2 tu. :)

Dan yang paling sengalnya bermula apabila gatal tangan nak baca blog Yon. Siot itu minah, ada ke patut dia tag aku suh buat ini kerja. Tapi disebabkan malam ni panas semacam, nak tidur pun tak boleh, jadi, aku buat la juga benda ni. Bukan senang aku nak kongsi cerita peribadi ni tau!

Untuk menjawab tag ini. anda perlu :

a) Copy badge “2009 Cute’s 3logPger Award” untuk diletakkan di blog anda.


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Ucapan ini ditujukan khas kepada saudari Khairul Izzati aka Yon, nasib kau baik. Aku ada terfikir nak letak tajuk "YON YANG SENGAL", tapi... aku kan baik.. =P

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag):

1. Kalau ada yang tak tahu, aku pelajar perubatan. kalau kat Indonesia, diorng panggil kedokteran umum. Tapi, yang peliknya, subjek yang paling aku benci masa sekolah dulu ialah BIOLOGI. *teetttt*

2. Masa kecik2 dulu, keluarga panggil Hafiz. Tapi masa tu, aku suka sangat nangis. Asyik nangissss je. Adalah kalau orang dulu2 cakap, mungkin nama tu tak sesuai kot. Jadi, diorng tukar la nama. Jadilah nama manjaku = udien.

3. Seorang yang suka duduk rumah kalau takda apa2 hal nak buat kat luar. Sorry la. Home Sweet Home. :)

4. Agak pelat dalam menyebut 2 perkataan/huruf. R dan rho'(jawi). Jadi, kepada yang bercakap dengan aku tu, jangan ingat aku saje je nak ikut slang Mat Salleh ok.. Ni asli punya Tok Janggut.

5. Sangat2 tidak suka kepada asap rokok. Tapi jangan salah faham. Bukan perokok. Dalam konteks yang lain, kalau nak hisap rokok tu, pergilah jauh2 dari aku. Kalau nak nyorok dalam lubang jamban semata2 nak hisap rokok pun aku tak kesah.

6. Agak tidak gemar menonton cerita yang berkaitan dengan alien, robot, kuasa halilintar dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab cerita yang agak tidak boleh diterima akal dan dipraktik dalam kehidupan seharian. Tapi suka tengok cerita Harry Potter :)

7. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Sebagai contoh, layan cerita korea. Haha' kadang2 benda tu datang bila ada nafsu nak tengok jer. Lepas tu, terus bolayan...

8. Peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza. Hah' yang ni aku tak bosan lagi. Kalau boleh nak tiap2 hari ada cerita pasal dia kat surat khabar. Tapi, buat masa ni baru ada 3 album dia termasuk 2 daripadanya adalah pemberian orang lain. Peace!

9. Antara kebolehan aku ialah main bola tampar dan alat muzik Clarinet. Bercita2 nak belajar main piano dan violin. Huh' rindu gileerrr nak main volley ngan orkestra! T_T

10. Last but not least, sekarang ni rindu sangat2 dengan mak,abah,kak ain, ima, ikah dan kimie. Nak balikkk!!! dan tak lupa juga kawan2 malay-college-bukan-gay-gay-school. Dah lama tak jumpa korang. Dah lah tak dapat nak join 20hbjune ni.. :'(


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya.
Dan mangsa2nya adalah:
1) Imran Azwan Ali (kuang3x)
2) Ain Zubaidah bukan-emak-betulku
3) malina Raihan Ramlan
4) mereka2 dari UGM
5) mereka2 dari MCKK
6) mereka2 yang dah baca dan view blog ni.. yeah~ anda semua.. lalala~

*benda ni bukan wajib pun, apatah lagi wajib fardu ain. Nak buat tak dosa, tak buat pun tak dapat dosa juga.. baik tak yah buat camtu! cis..

Dah3.. pergi la tidur. Esok pagi.. (esok ke??) ada aktiviti dengan Anak2 Yatim Panti Asuhan lagi (lupa nama panti apa). Fuhh, tak sempat basuh baju lagi la ni.. Daa~