Dilema: Nak balik ke tak?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam.

Hari ni dalam dilema lagi. Semua gara-gara semangat nak balik cuti. Walaupoon... tarikh cuti masih tak confirm lagi. Masih jugak khusyuk nak ngadap komputer kat IB. Tu la penangan cuti. haha' so funny.

Semua ni disebabkan promosi. Time promosi ni la semua dok check tiket balik Malaysia 24jam sehari. Bila la harga ni nak turun lagi. Paling common pun, at least harap-harap harga tak la naik lagi.

Kecewa masa lampau tak beli tiket awal-awal. Kalo tak, free-free boleh balik Rp260k jer [rm80++] pergi balik sekali. Tu tak kira kecewa kene tukar tiket 2-3 kali. Walaupoon... dapat beli masa harga promosi. Tapi dah macam boleh pergi Aussie. Masih tak serik-serik lagi?

Lumrah manusia nak harga murah tapi berkualiti.

Luahan rasa

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam dan selamat sejahtera.


Ada orang cakap, blog ni macam poyo jer @ syok sendiri.
Semua yang kita tulis ikut sesedap hati.
Tayang muka sendiri dan jaja cerita peribadi.
Bukannya orang popular, apatah lagi selebriti.
Ada betul juga kata ni.


tapi tu semua terpulang hak individu.
Dulu aku pun rasa camtu.
Tapi kadang-kadang kita perlu sesuatu.
Tak semua yang kita nak dia pun mahu.
Dan tak semua yang kita tahu dia pun tahu.


Tak kisahlah nak cerita apa.
Kalau nak dengar, boleh baca.
Tapi maaflah kalau ada yang terasa.
Bukan niat nak bagi luka.
Cuma ada masa mata kita.


Kita nak teman yang boleh buat borak.
Kita nak kawan yang boleh buat gelak.
Kita pun nak sahabat,
yang boleh nangis sama teresak-esak

suka-suka


$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$



salam semua. Di blog pertama ni, aku nak letak gambar-gambar family kat sini. haha' Sebenarnya tak tau nak letak apa. Orang lain ade blog, dia pun sibuk nak ada blog jugak. Ambik kau..! =P sukati aku la nak letak apa pun kan..




ni gambar mak abah, kimie, irfan dan danish.. happy family kan??





gambar poyo aku dan kak ain yang lagi poyo~ lalala~




ni gambar kami yg sengal..




erks.. apa-apa je la





dan ni gambar kami yg comel.. comel kan??
[baik korang cakap comel jugakk!!]


$

kredit to malina ramlan. [mal, i curi idea dari blog u. =) tq]


$

kepada mereka yg takde kerja, mai la cari kerja [photofunia]