Hujan

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam...

Sekarang tengah hujan. Baru je ingat nak basuh motor tadi. Sejak die hidup ni, baru sekali je mandikan. Ish3.. kesian dia busuk.. Nasib la tuan dia sentiasa wangi kan..??

Dan, tengah syok2 baring waktu2 hujan ni, teringat pulak pasal ceramah tadi ada sebut pasal hujan. Dia cakap, selain manfaat air kepada kehidupan, hujan juga salah satu nikmat kebaikan dari ALLAH swt sebagai pelindung diri kita daripada jin dan syaitan. Baru aku tau... yang selama ni siapa2 yang takut guruh tu, kiranya syaitan lagi takut. Subhanallah!

Ingatlah ketika kamu diliputi perasaan mengantik sebagai satu pemberian aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan ingatlah ketika Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian kamu di medan perang.

Surah Al-Anfaal : ayat 11

so, lepas ni, jangan lah mengeluh lagi kalau hujan ye.. sebab semua ketetapan Allah itu adalah rahmat. Dan rahmat yang Dia berikan tu tiada tolok bandingnya. Kita akan untung kalau menerimanya dengan rasa bersyukur, dan rugi kalau mensia2kannya.. Dan ingat, Allah tak pernah rugi!

Renung2kan.. dan selamat beramal.. =)

Tunjukkan kepedulianmu

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam.

Tak banyak yang aku boleh buat untuk bumi.

Matikan lampu 60 minit jer pun..
bukan mati pun tak tgk tv sejam jer..
apatah lagi layan internet maen facebook..

STOP GLOBAL WARMING!


Kalaulah oksigen ni kene bayar...
Sampai bila2 pun tak cukup..


Terima Kasih Tuhan atas kurniaan...
Pinjaman hidup dan anugerah kehidupan..

Saya Sokong Earth Hour..
Anda bagaimana??

Bukan Siti Sifir oK!

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Malam ni tak boleh study sangat. Masa buat workplan Pathology Clinic tadi pun mcm tak senang duduk. Panas dan rimas. Sejak dua menjak ni, mmg panas kan Jogja? Sampai malam2 buta camni pun kene mandi dulu. Tak boleh nak tidur..

......................................................



Siti ni pun satu. Asyik usha aku je memanjang dari tadi. ish3.. tak baek betulkan isteri orang yg sorang ni.. Takpe lah.. nanti org tukar wallpaper desktop yang lain.. Tak kesah la orang nak cakap dia ni perampas suami orang ker, apa ke, ade aku kesah?? haha' Saje jer buat2 gosip waktu2 muram camni kan. Baru la 'HOT' sikit.

Dan mereka2 yg masih tak faham2 lagi kan, ape yang best sangat Siti Nurhaliza ni kan, hah' ape lagi.. merajinkanlah diri nak scroll mouse tu ek.. Amik kau! --> [agak2 Prathap bace tak blog ni ek??]

Malaysian Music Industry Awards (Anugerah Industri Muzik)
  • Best Pop Album (Hadiah Daripada Hati) 2008
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Hadiah Daripada Hati") 2008
  • Best Musical Arrangement in a Song (Malay) ("Cintamu") 2008
  • Best Album (Transkripsi) 2007
  • Best Pop Album (Transkripsi) 2007
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Siti Nurhaliza in Concert: Royal Albert Hall") 2006
  • Kembara (Explorer) Award 2005
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Prasasti Seni") 2005
  • Best Musical Arrangement in a Song ("Seindah Biasa") 2005
  • Best Album ("E.M.A.S") 2004
  • Best Pop Album ("E.M.A.S") 2004
  • Kembara (Explorer) Award 2004
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("E.M.A.S") 2004
  • Best Musical Arrangement in a Song ("Bukan Cinta Biasa") 2004
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sanggar Mustika") 2003
  • Best Musical Arrangement in a Song ("Merisik Khabar") 2003
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Konsert Mega Siti Nurhaliza") 2002
  • Best Ethnic Pop Album ("Sahmura") 2001
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sahmura") 2001
  • Kembara (Explorer) Award 2000
  • Best Album ("Seri Balas") 2000
  • Best Ethnic Pop Album ("Seri Balas") 2000
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Pancawarna") 2000
  • Best Album ("Adiwarna") 1999
  • Best Pop Album ("Adiwarna") 1999
  • Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Adiwarna") 1999
  • Best Song ("Jerat Percintaan") 1997
  • Best Newcomer (Female) 1997

Malaysian Song Champion Awards (Anugerah Juara Lagu)

  • Viewers Choice Song Champion ("Cindai") AJL 20
  • Best Performance ("Ku Milikmu") AJL 18
  • Best Performance ("Nirmala") AJL 17
  • Ethnic Pop Song Champion ("Nirmala") AJL 17
  • Best Performance ("Ya Maulai") 2001
  • Pop Rock Song Champion ("Engkau Bagaikan Permata") 2001
  • Ballad Song Champion ("Kau Kekasihku") 2000
  • Ethnic Pop Song Champion ("Balqis") 2000
  • Song Champion ("Balqis") 2000
  • Ballad Song Champion ("Purnama Merindu") 1999
  • Ethnic Pop Song Champion ("Hati Kama") 1999
  • Ethnic Pop Song Champion ("Cindai") 1998
  • Song Champion ("Cindai") 1998
  • Best Performance ("Aku Cinta Padamu") 1997
  • Ballad Song Champion ("Aku Cinta Padamu") 1997
  • Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996
  • Best Performance ("Jerat Percintaan") 1996
  • Ballad Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996

Malaysian Popular Stars Award (Anugerah Bintang Popular)

  • Popular Female Singer 2007
  • Popular Female Singer 2006
  • Popular Female Singer 2005
  • Most Popular Star 2004
  • Popular Female Singer 2004
  • Popular Female Singer 2003
  • Popular Female Singer 2002
  • Most Popular Star 2001
  • Popular Female Singer 2001
  • Most Popular Star 2000
  • Popular Female Singer 2000
  • Most Popular Star 1999
  • Popular Female Singer 1999
  • Most Popular Star 1998
  • Popular Female Singer 1998
  • Most Popular Star 1997
  • Popular Female Singer 1997
  • Popular TV Entertainer 1997
  • Most Popular new artist 1997

The Malaysia Book of Records

  • First Malaysian artiste to perform a solo concert at the prestigious Royal Albert Hall (2005)
  • Most Awards Won Artiste - 112 awards (2004)
  • Most Awards Won Artiste - 52 awards (2001)

Anugerah Planet Muzik (Planet Music Awards)

  • Most Popular Female Artiste 2008
  • Best Female Artiste 2007
  • Most Popular Female Artiste 2007
  • Best Song ("Biarlah Rahsia") 2007
  • Most Popular Female Artiste 2006
  • Most Popular Female Artiste 2005
  • Most Popular Song ("Lagu Rindu") 2005
  • Best Female Artiste 2004
  • Most Popular Female Artiste 2004
  • Best Song ("Bukan Cinta Biasa") 2004
  • Special Award 2003
  • Best Female Artiste 2003
  • Most Popular Female Artiste 2003
  • Best Female Artiste 2002
  • Most Popular Female Artiste 2002
  • Best Female Artiste 2001
  • Most Popular Female Artiste 2001
  • Most Popular Song ("Balqis") 2001

Anugerah ERA (ERA Awards)

  • Best Choice for Female Vocalist 2007
  • Best Choice for Female Vocalist 2006
  • Best Choice for Female Vocalist 2005
  • Best Choice Ethnic Song ("Badarsila") 2003
  • Best Choice Music Video ("Bukan Cinta Biasa") 2003
  • Best Choice for Female Vocalist 2002
  • Best Choice Ethnic Song ("Nirmala") 2002
  • Best Choice Music Video ("Nirmala") 2002
  • Best Choice for Female Vocalist 2001
  • Best Choice for Duo/Group Vocalist (with Tan Sri S.M. Salim) 2001
  • Best Choice Ethnic Song ("Pandang-pandang Jeling-jeling") 2001
  • Best Choice Pop Song ("Percayalah") 2001
  • Best Choice Music Video ("Percayalah") 2001

MTV Asia Awards

  • Favourite Artiste (Malaysia) 2004
  • Favourite Artiste (Malaysia) 2003
  • Favourite Artiste (Malaysia) 2002

Recognitions & honours

  • BIM Outstanding Professionals (Celebrity) Award (2008)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2006)
  • Anugerah Srikandi Seni (2005) - UMNO Bahagian Maran, Pahang
  • Setia Ahmad Shah (SAP) (2005)
  • Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) - Universiti Sains Malaysia
  • Nickoledeon Kid's Choice Awards (2005) - Wannabe Award
  • BestBrands Malaysian Personality of the Year Award (2005) - BestBrands Council
  • Nickoledeon Kid's Choice Awards (2004) - Wannabe Award
  • The Outstanding Young Malaysian Award 2003 (TOYM) - Cultural Achievement - Junior Chamber of Kuala Lumpur Mandarin
  • Johan Setia Mahkota (JSM) (2003) - SPB Yang DiPertuan Agong
  • Anugerah Jasamu Dikenang MAYC (2003)
  • Anugerah Puteri Remaja (2002) - Puteri UMNO
  • Bintang Universe of Corum (2002) - The Most Success Talent In Malaysia Music Industry
  • Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
  • Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) - Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang

Appointments

  • International Adviser of Performing Arts of Limkokwing University (2008)
  • Ambassador of Pantene (2007)
  • Ambassador of Suara Universiti (2007)
  • Ambassador of Elegance Tiara Collection (2006)
  • Ambassador of SHINE Pantene Pro-V (2006)
  • Ambassador of OLAY Total Effects (2006)
  • Ambassador of Maxis-Hotlink (2004)
  • Ambassador of Produk IT Samsung Malaysia (2004)
  • Ambassador of Minolta DiMAGE Malaysia (2003)
  • Ambassador of "With All Our Hearts’ Charity Fund" Jusco (2002-2006)
  • Ambassador of TM Net (2002)
  • Malaysia Stamp Princess
  • Model of Mitsubishi Trium
  • Model of BLEU and PEPSI (2002)
  • Model/Spokesperson of Maybelline New York
  • Model of Nippon Wiper Blade (NWB)
  • Ambassador of Muhibah PBSM

International awards

  • SCTV Music Awards Indonesia 2004 - Top Foreign Artist
  • Indonesian Music Awards 2003 - Malaysian Best Album (E.M.A.S)
  • Voice of Asia 2002 - Grand Prix Champion
  • Indonesian Music Awards 2001 - Most Lucrative Foreign Artist In Indonesia
  • South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Pop Winner/Top 40 Category International Song (We'll Be As One)
  • South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Best Female Vocal Performance (We'll Be As One)
  • Shanghai Music Festival 1999 - Gold Award in Singing Competition
  • Singapore Music Awards 1997 - Most Popular Newcomer Female & Most Popular Song ("Mawarku")
Dan jangan buat2 tak tahu, 2009 ni ada lagi pencalonan tuk ABPBH, AIM etc.. menang lagi ke? tak tau la kan.. tunggu je la.. =P

so camne?? Dah tau kenape??


Nasi lemak satu!

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Exam dah habis. Tapi enjoy tak jugak. Minggu lepas sangatlah penat. Fazrul ajak buka gerai masa Futsal Tournament. Agaklah excited mula2. Tapi bile dah tengah2 tu, rasa cam pressure jer. Kelam kabut gileerrr!. yela, nama pun abis exam terus prepare brg2 nak jualan.


Piqah, Alia ngan Iiffa dengan roti jala.
Aku, Fazrul n Fikri dengan nasi lemak.. Plus, seri muka ngan oreo shake..
Layan je la Labu..


Tapi biasalah kan.. adat berpasukan (mengalahkan team futsal plak).. ada yg tension, ada yg masam muka.. nak buat camne, terima jelah seadanya.. huhu' =P

Thanx kepada yang membeli.. Tak sedap lain cite lah yer.. Kami budak baru belajar.. suka2 jer =)

dah takda kerja lain ke?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Esok dah nak exam. Still ada la 4-5 lecture notes yang tak bace lagi. Bukan tak nak study, memang nak study pun tadi. Tapi hati ni rasa cam bersalah pulak. Sakit hati pun ada. So, blog ni lah tempat luahan perasaan kan. Siapa lagi la yang nak dengar rintihan hatiku ini. Chewahh!

After mandi, Amir@ Tiram ada masuk bilik. Kitorng borak2 kejap. Pastu dia tanya, ada ke aku bagitau siapa2 tentang benda yang dia cakap aritu.

.................................

Adalah satu hari ni dia cakap dengan aku pasal dia dengan awek dia. Alah, biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak manusia kan. Aku just ye kan je lah. Apa lagi lah yang aku boleh buatkan? Single pun lagi. =P [bukan promosi ok]

So, sampai la satu malam ni, budak2 Dalangan kuar pergi makan. So, aku yang baik ni adalah terlepas cakap pasal benda ni. Ops..! sengaja ke tak? tak tau lah. Tp yang pasti aku ingtkan Amir ada lah bagitau diorng jugak. So, dah terlepas cakap, terlajak perahu boleh di undur kan, terlajak kata, paham2 sendiri lah.

Tapi yang tu boleh lagi la kot. Lagipun aku takda lah cite semua kat diorng. Last2 aku cakap, Taktau lah. Tanya Amir sendiri.

..................................

Yang tak sedap hatinya, masa Amir jumpa aku tadi, dia tanya, ade ke aku bagitau siapa2? Aku cakap ada. Tapi budak2 rumah kita jer. Tu pun, bukan niat nak bagitau, tapi niat nak tahu jer. Sebab dia ingatkan aku ada cakap ngan budak2 pompuan yang lain. Ish3.. Takda keje la aku nak bergosip dengan diorng pasal rumah tangga orang lain kan. nak nak minggu exam ni. Pokoknya, awek dia yang kat Malaysia tu pun dah tau pasal cita ni. Haish~ cepatnya tersebar. Siapa reporter dia sebenarnya? Takkan budak2 rumah ni jugak?

so, just nak cakap kat sini lah kan. Jangan lah nak menyibuk urusan tepi kain orang lain. Jaga lah kain sendiri tu dulu. Dah basuh ke belum, koyak ke tak, jenama apa etc. Siapa yang buat cerita @ menyebarkan cerita tu, aku tak tau lah plak siapa kan. Siapa makan cabe, dia rasa pedasnya. Cukup2 lah tu yang selama ni MUNGKIN dia lah penyebar gosip @ mata2 Amir kat sini. Cam tau2 je siapa. tapi tak baiklah nak tuduh2 kan. Last2 Amir tu jugak yang kene. Ish3.. Insaf2 la ek.. Ni pun untuk aku skali jugak. lain kali, jangan gatal mulut. Cili karang!

.....................................

Lastly, for Intermed 07:

GOOD LUCK
exam Block 2.4...

Salah siapa?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Pagi ni ada exam Biochemistry. Takut la jugak sebab biochem ni kadang2 killer skit. Soalan2 dia pun cam pelik2. Kadang2 la. Harap2 sangat lulus, sbb taknak la kene remedi lab semata2 tak lepas exam. Buat bazir masa satu, bazir duit pun satu hal jugak. haish~

Tapi td masa nak kuar rumah pergi kampus, sekali jer ada bende yang mengejutkan berlaku. Nak tau apa? ada botol arak kat atas motor. Subhanallah! buat sakit hati jer. Botol arak tu kira boleh tahan lagi la, sekali jer ada percuma kondom skali kat mulut botol tu. Beli satu, dapat satu free! makin berkobar2 la hati. Punyalah tadi nak tenangkan hati nak jawab exam, skali jer panas jiwa membara. Sepanas "PANAS" jugak lah.. sampai Nash yang selalu tumpang motor pun tak jadi umpang. Dia naik dgn Fazrul. Takut HIV ker?? tak tau la kan.. haish~

ni la botol tu. ngok kan?

Fine! Memanglah baru je belajar tentang zaman2 remaja ni. Drug abuse, domestic violent, STI (sexual trasmitted infection), sexual orientation etc. Nasib la baru je dapat ilmu tentang bende2 ni semua. Kebetulan, exam Biochem hari ni pun ada kaitan dengan Alcohol screening.. Sabo jer la. Ade neurological disorder baru tau! biar dia tahu siapa lagi berkuasa. Urm, syukur la aku ni orang Islam. Belajar pulak pasal bende2 ni.Dapat juga berfikir secara rasional. Salah siapa? Salah ibu mengandung? atau salah bapak tak pakai kondom? haish~

Bende ni semua melibatkan bayak faktor. Semua terlibat. Orang yang tak bersalah pun terlibat jugak. Abis tu, takkan nak salahkan takdir pulak? Nak salahkan Tuhan sebab tak bagi petunjuk? Come on lah.. Sekarang dah tak pakai ayat2 dalam kelambu lagi. Bende ni semua kene dikecohkan. Perlu di buka fikiran2 kolot masyarakat kat luar sana tu. Mmg la Indonesia ni bukan negara aku, tapi sekurang2nya ada darah yang masih mengalir dalam jiwa orang2 yang kat sini. Dah, jangan nak buruk sangka ok!. darah2 seAGAMA lah! haish~

Kalau ye pun nak minum tunggang terbalik, janganlah nak melibatkan orang lain. Hello...! dah takda tempat lain ke nak buang botol haram tu? Tong sampah punyalah kat sebelah tu jer, motor aku jugak tempat ko letak sampah tu ek. huh' tak tau la nak cakap apa. Mudah2an Allah bagi la petunjuk kat orang tu sikit. Biar terbuka jiwa dan minda dia. yang sebenarnya bende2 tu semua la yang akan menghancurkan hidup mereka dan keluarga mereka. haish~

Dan yang penting, bertanggungjawablah atas segala tindakan yang telah kita lakukan. ok?

Exam.. Exam..

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Tinggal 2 hari je lagi nak exam. Fuhh..! penat woo nak study. Aku ni dah la malas nak study. Bukan macam Fikri. Apatah lagi Fitri. Jauh panggang dari api. Dengan lecture notes yang banyak gaban. haha' dah nasib taknak study awal2 kan.. bukan salah ibu mengandung. haish~


Time2 macam ni la teringat kat budak gonjeng ber-6 ni.. Kalau dulu dekat2 nak exam, abislah bilik bahasa arab tu riuh rendah, dengan bersoal jawab lain, dengan yang bergosip lain.. =P tapi yang paling best, sure akan ade sorang tu yang datang bulan waktu2 nak exam. Kalau sekarang, ayat dah mantap sikit, panggil PMS (premenstrual syndrome). Siapa lagi la kalau bukan si Lemi seorang. =) Haha'


Dan waktu2 camni la, makin ramai yang akan konfius. Penat2 hafal, alih2 terpesong dek ajaran sesat Ainan. Apatah lagi kalau Za'im yang bersuara, makin konfius jadinya. So, sampai tahap ni, nanti adalah yang bertekak siapa nak menang. Dan aku? macam biasa la. Diam seribu bahasa. nak lawan, tak cukup ilmu la katakan. *_*


Haish~ rindu giler korang semua. Harap2 plan kita bulan 7 nanti, jadilah yer. Tunggu kedatangan aku di sana di sana di sanaaa....

dah3.. jangan nak merepek lagi. Baik sambung study.. Daa~

Dan demi sesungguhnya, kalau kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata, "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". sesungguhnya ia (dengan kesenangan itu) riang gembira, lagi bermegah-megah kepada orang ramai. kecuali orang2 yang sabar dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar

Surah Hud : ayat 10-11

Sayang Rasulullah?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Selawat ke atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah yang tiada tolok bandingnya. Kecekalan dan kesabaran tertinggi dalam meluaskan empayar Islam, terus berkembang dan berkembang seantero dunia. Syukur ke hadrat Ilahi, kita dilahirkan dalam azalinya Islam, inherited daripada mereka yang beragama Islam, diberikan didikan agama teragung, Islam, dan moga2 kita terus dalam Islam dan matipun dalam keimanan Islam.

Hari ini, Isnin 9hb mac 2009, bersamaan dengan 12 rabiulawal 1430H. Hari kelahiran junjungan besar kita, manusia syumul dan teragung yang pernah diciptakan-Nya, Muhammad bin Abdullah bin Abdul-Muthalib bin Hasyim bin 'Abd al-Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'b.

Mungkin ramai yang sudah tahu sirah2 nabi serta sifat2 terpuji yang dimiliki baginda. Semalam, saya terbace blog Aznil Hj. Nawawi. di situ, disertakan sekali satu laman web mengenai sejarah Nabi s.a.w itu sendiri. [klik sini untuk maklumat lanjut]. Saya tertarik dengan pengakhiran riwayat nabi. Di mana, sewaktu kewafatan baginda, betapa sahabat Rasulullah terasa begitu kehilangan. Kehilangan besar yang begitu menruntum jiwa sehinggakan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Nasi sudah tiada. . Saya turut menitiskan air mata. Syahdu. Begitu mendalam kecintaan sahabat terhadap Rasullulah. Adakah kita juga begitu? Subhanallah..

Di sini petikan yang saya copy daripada web tersebut:

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'. Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144)

Sayangnya Rasullulah kepada Umatnya melebihi segala2nya. Sayangkah kita kepada Baginda?

Happy Birthday Mak~

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

salam.


Most of all the other beautiful things in life come by twos and threes by dozens and hundreds. Plenty of roses, stars, sunsets, rainbows, brothers, and sisters, aunts and cousins, but only one mother in the whole world.
~Kate Douglas Wiggin~



Kasmidah Binti Pairan
7 mac 1960


Mak,
terima kasih atas kegalanya;
didikan, kesabaran, kegigihan, kekuatan, kesedihan, kebahagiaan, dorongan, impian dan do'a yang tak pernah putus.

..................................

Oh ya, to this girl jugak. Happy belated birthday.

Nurul Ain Binti Jailani
5 mac 1986


Duit siapa ni?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam korang.

Duit siapa ni?? haha' cam pelik jer kan.. Tapi tu la realitinya. Bukan senang nak dapat durian runtuh. Alhamdulillah. Free je Allah nak bagi rezeki.

20 januari 2009:
Dah pokai. Duit JPA tak masuk lagi. Duit kat bank pun tinggal Rp43,353.67. Kedekut punye bank Niaga. Duit aku tinggal segitu pun die nak katok lagi bayar duit administrasi. Siot jer! =(

30 januari 2009:
alhamdulillah. penat ikat perut akhirnya berbalas jugak. Duit dah masuk. Berjuta2 jugak la. hihi' selesaikan apa2 yang patut dulu; bayar duit rumah, duit internet, hutang semua. Dan masa duit masuk ni jugaklah nak berjoli sakan. Dah fitrah.. nak buat camne kan..

4 februari 2009:

ada mutasi kredit rp1.5M kat dalam akaun. Duit siapa plak ni kan. Berbunga2 jiwa raga. Ingatkan mak ke abah ke yang masukkan duit. tp bila call diorng, kata takde plak. Haish~ camne plak ni.

18 februari 2009:
Ikhlas. dan kuatkan hati jugak nak pergi bank tanya duit siapa. Mbak Cantik tu cakap, aku ada kuarkan duit tapi duit tak keluar. Betul, memang ada. tapi tu tahun lepas. Dan juga, duit tu dah diganti balik. So, skg ni, ni bukan duit aku. KOT! Tapi mbak tu cakap takpe. Nnt die tanye orang atas. Aku cakap, ok jer.

21 februari 2009:
telefon mak. Sedih. Sebak jugak bile ckp yang aku dah report pasal duit tu. Tapi mak cakap, takpe la. jangan sedih2. Dah mmg bukan duit kita. Mana boleh ambil yang bukan hak. Tapi mana tahu kalau2 Allah mmg nak bagi kita. Mungkin bukan skg. Mungkin nanti. Mungkin bila orang tu dah dapat balik duit dia. Mungkin dia orang kaya. Mungkin nnt dia nak bagi aku duit. Mungkin sebab dia rasa terima kasih sgt2. Mungkin... Betul jugak. Memang niat aku nak pulangkan duit tu pun. Ikhlas. Aku taknak ambil yang bukan hak aku. So, aku kene betulkan niat ni balik. Thanx Ain atas nasihat. Semoga Allah merahmati!

6 mac 2009:
sampai skg Rp1.5M tu tak terusik kat bank. Tarik pun tak, tolak pun tak. Tanpa sangsi lagi, aku kuatkan jugak la niat nak pergi bank lagi. Tapi, mbak tu cakap. Memang betul tu duit aku. Aku ade kuarkan duit 1 februari 2008 tapi duit tu tak keluar. Data ada cakap. Dia cakap aku tak buat laporan pun pasal duit tu. Nasib baik diorng buat kemas kini akaun balik, dan pulangkan semula duit tu. Apa aku kata? Konfius!


Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain, (dalam rezeki pemberian kami itu), dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Surah Al-Israa' : ayat 21

...............................................

1 februari 2008:
Mutasi debet - Rp1.5M
4 februari 2008:
Mutasi kredit - Rp1.5M

..............................................

4 februari 2009:
Mutasi kredit - Rp1.5M

Antara tahu dan buat2 tahu, tak tahu dan buat2 tak tahu.


$..
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Sedang kami beramai menunggu makanan datang, ada seorang sahabat bertanyakan soalan, "Salah ke kalau kita tak tahu?". Maka, berperanglah kami menegakkan pendapat masing2. Tapi, disebabkan makanan pun dah sampai, perbincangan terhenti setakat di situ saja. takde kata putus. Namun, sesedap dan sesejuk manapun jus semangka tu, hati ni tetap jugak 'panas'.

Tapi ini pendapat aku:

scenario 1:
A : siapa nama budak tu?
B : tak tau

scenario 2:
C : Anak Pak Mat tu tinggal kat mana?
D : kat Felda Ulu Tebrau

.................................................................................................

scenario 1:
apa pendapat korang tentang jawapan yang diberikan oleh si B? Adakah sebab si B memang tak tahu nama budak tu ataupun dia sengaja buat2 tak tahu?

scenario 2:
bagaimana pula dengan scenario 2? adakah si D memang tahu anak Pak Mat tu tinggal kat Felda Ulu Tebrau ataupun dia sengaja buat2 tahu?

Mungkin dua soalan di atas ni, macam soalan budak tadika. Dah takde contoh lain ke? Ada... Banyak sangat. Tapi untuk menjadikan perkara ini lebih mudah difahami dan ketandusan idea yang lebih berbunga2, mungkin dua contoh di atas sesuai digunakan.

Tak salah kalau kita tak tahu, tapi yang salahnya ialah bila kita tahu tapi buat2 tak tahu.
Tak salah kalau kita tahu, tapi yang salahnya ialah bila kita tak tahu tapi buat2 tahu.

Masing2 ada pendapat sendiri. Kalau tak puas hati, buat blog sendiri! =P

Rasulullah s.a.w bersabda,
Tidak dinamakan seseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir dan tidak ada usaha yang dianggap bermanfaat melainkan berakhlak mulia.

(Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

p/s: jangan komen pasal tatabahasa.. sebab yang penting adalah cerita. Anda faham, saya pun faham.. (*^_^*)

Kritikan

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam.

Hidup ini penuh dengan kritikan.


suka warna hijau kena kritik.

rambut belah tengah kena kritik.

pakai baju 2 lapis kena kritik.

sarapan biskut Tago cecah milo kena kritik.

bertanggungjawab kena kritik.

minat siti nurhaliza kena kritik.

study pun kena kritik jugak.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Surah Al-Baqarah : ayat 216

Jazz dan Classical

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua.

Apabila Jazz dan Classical lebih menarik daripada Juvenile Delinquency dan homosexuality (baca: tutorial)




Bukannya minat sangat jazz + classical ni. Tak seobses Mibo dengan opera n symphony classis. Tapi mungkin sebab dah lama tak dengar Cikgu Rosman berjazzy dengan up-beat dia. Dan malam ini, semuanya seperti berulang kembali.

Kredit untuk Ray Robson atas Sonata in F minor, op 2, no. 1 Beethoven. Opening performance yang meremangkan bulu roma. Tak kisahlah kalau awak main banyak salah pun. Saya yang tahu muzik setakat baca note tulis F.A.C.E lagi, tak kan tu pun nak berkompromi? =)

Dan tentunya, lagu ni yang membuatkan semuanya sangat2 bernostalgia.

Seriously, rindu giler korang semua... T_T

0105 orchestra members
$ sudien $ anam $ syimir $ ikrom $ ridhu $ Q $ za'im $ lemi $ panda $ mibo $ syafiq M $ dino $ roko $ anis $ man $