Sayang Rasulullah?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Selawat ke atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah yang tiada tolok bandingnya. Kecekalan dan kesabaran tertinggi dalam meluaskan empayar Islam, terus berkembang dan berkembang seantero dunia. Syukur ke hadrat Ilahi, kita dilahirkan dalam azalinya Islam, inherited daripada mereka yang beragama Islam, diberikan didikan agama teragung, Islam, dan moga2 kita terus dalam Islam dan matipun dalam keimanan Islam.

Hari ini, Isnin 9hb mac 2009, bersamaan dengan 12 rabiulawal 1430H. Hari kelahiran junjungan besar kita, manusia syumul dan teragung yang pernah diciptakan-Nya, Muhammad bin Abdullah bin Abdul-Muthalib bin Hasyim bin 'Abd al-Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'b.

Mungkin ramai yang sudah tahu sirah2 nabi serta sifat2 terpuji yang dimiliki baginda. Semalam, saya terbace blog Aznil Hj. Nawawi. di situ, disertakan sekali satu laman web mengenai sejarah Nabi s.a.w itu sendiri. [klik sini untuk maklumat lanjut]. Saya tertarik dengan pengakhiran riwayat nabi. Di mana, sewaktu kewafatan baginda, betapa sahabat Rasulullah terasa begitu kehilangan. Kehilangan besar yang begitu menruntum jiwa sehinggakan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Nasi sudah tiada. . Saya turut menitiskan air mata. Syahdu. Begitu mendalam kecintaan sahabat terhadap Rasullulah. Adakah kita juga begitu? Subhanallah..

Di sini petikan yang saya copy daripada web tersebut:

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'. Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144)

Sayangnya Rasullulah kepada Umatnya melebihi segala2nya. Sayangkah kita kepada Baginda?