Bila dia tanya macam ni..


.. kita perlu pikirkan strategi macam mana nak elakkan duit simpanan untuk kahwin daripada lebur.

Tong Hua

I'm just loving it.



Orang sakit

Hai, saya Judin Jelani. Masih ingat?


Ni merupakan cerita seorang teman saya. Namanya dirahsiakan sebab taknak la nanti tetiba ada peminat dia lari, ataupun bertambah peminat dia. Yelakan. Siapa tau..

Dalam 2 minggu lepas, dia masuk ward. Bukan sebab dia sakit dan perlu masuk ward, tapi sebab dia gedik tapi sakit dan tak perlu masuk ward tapi nak jugak masuk ward. 

Jadi, disebabkan kegedikkan dia, dia pun masuk ward. 

Dalam pada nak masuk ward tu, Ya Allah, gedik bukan main. Siap dah siap sedia dengan baju seluar tuala laptop bagai. Memang persediaan yang rapi macam nak pergi melancong. 

Bila perawat tu tanya, eh nak masuk ward ke? Sebab pelik nampak tak sakit, tak jumpa doktor pun alih2 ada surat kuasa suruh masuk ward. Dah la muka happy go lucky riang gembira gelak ketawa, huhahuha, memang macam sakit. Sakit mental.

Dah la pulak bantai makan makanan hospital macam makan kat hotel 5 bintang. Judin rasa la kan,dialah the only one patient yang boleh habiskan semua makanan. Licin dan berkilat pinggan tu. Bukan sahaja waktu dinner, malah lunch tea dan breakfast juga.

sebelum

selepas


Bukti budak pelahap.

Oh tapi kesian dia. Dapat bilik konon2 mewah tapi aircond rosak. Merasa la sauna di hotel 5 bintang kan?

Eh eh, tak baik pulak kita mengumpat orang tu kat sini. Sebenarnya teringat kisah silam tu lepas balik dari melawat kawan kat JIh tadi. Dan nak wish orang yang kat hospital tu semoga cepat sembuh. Rajin2lah makan nasi dan ubat. Ish. Sumbat mulut karang!

Fatin dan Ayunni, get well soon.

Terbang tinggi

..mengejar mimpi.


gif animator


gif animator

:')

Mak dan adik

Nak tau apa perbezaan antara mak dan adik?

Bila telefon mak, ayat mula2 sekali dia tanya ialah :
Sihat ke?
Tengah buat apa?


Bila telefon adik, ayat mula2 sekali dia tanya ialah:
Balik bila?
Balik nanti belikan game ek.
Kali ni jer.

Makanya, jangan terpedaya sangat kalau adik anda tanya bila nak balik. Jangan kembang sangat dan terasa touching terharu nak menangis air mata kegembiraan dulu. Mungkin ada udang disebalik mee. Sekian, terima kasih.

Kuat gosip!

Hanim: Siapa datang lambat kena berdiri kat depan. *muka serious*

Aku: Ha ha ha *muka selamba*
Doctor: Ya betul. Berdiri dengan satu kaki.
Kelas: Gelak
.....
Doctor: Baiklah, siapa nak jadi leader, dan scriber.
Kelas: senyap
Roopa: Takpelah. I jadi leader
Kelas: *bahagia*
Roopa: Okay, siapa nak jadi scriber?
Kelas: senyap
Ana: Angkat tangan satu tapak tangan dari aras meja sambil sengih kerang busuk
Roopa: Baiklah, Ana jadi book scriber. Siapa nak jadi board scriber?
Kelas: senyap
Aku: Menyerah kalah. Baiklah, I jadi board scriber
Doctor: akhirnya, kena juga berdiri kat depan.
Kelas: gelak
Aku: (-_-")
.....

Tutorial bukanlah aktiviti wajib yang digemari. Takde setitis air liur pun yang gembira dihabiskan masa tutorial, apatah dapat membahagiakan hidup. Group tutorial tu yang sebenarnya memberikan aku untuk bernafas lega. sambil ketawa dan buat lawak gila2. Tak kering gusi dibuatnya. 

Ceit. Ayat macam nak kena sekeh.

Diam tak diam, tinggal 3 kali tutorial jer, lebih kurang seminggu lagi nak habiskan masa bersama group 2 sekarang ni. Sob sob. Sedih jer rasanya bila terpaksa berpisah dengan group gossip merangkap menghabiskan masa baki tutorial, skillslab dan pratical session dengan gelak ketawa, kutuk mengutuk dan aktiviti interview sesama ahli. :'(

Jom la group outing korang! 



Kami awesome kan?

Impian dan Harapan

Bila masa ada banyak kerja la perasaan malas makin menjadi2. Kalau dulu takat youtube fb tu perkara biasa, tapi sekarang kerja utama ialah tekan butang anak panah clockwise sentiasa. Oh maksudnya tekan butang refresh la. Sebab mula la menggelabah Eh mana budak2 ni takde update status upload gambar main game WTF ke? Atau internet ni bongok sangat sampai memang kena refresh selalu?

Ye. Semua perasaan tu hadir di kala sepatutnya memang kena siapkan kerja report assignment segala. Fikiran negative mulalah nak meyumpah kawan sendiri, hoi pergi main game dan online sana boleh tak? Boring giler kot nak refresh sorang2. Padahal dalam hati takut diorang semua dah siap kerja, diri sendiri yang merana nanti.

Pernah dengar 'Be careful of what you wish for. Maybe you will get more than that'?

Konsep ini diaplikasikan di kehidupan seharian. Sebagai contoh, dulu gedik nak berazam solat fardhu tepat waktu, rajin baca Al-Quran, banyakkan amalan2 ibadah dan solat sunat. Tapi bila dah dapat peluang kena pergi kelas agama secara percuma setiap hari sabtu, mula dah nak lancarkan mogok taknak datang dan complaint suruh buat waktu kelas biasa. Tapi bila dah tukar setiap petang jam 3 sampai 5, lancar mogok jugak taknak datang sebab penat dan mengantuk, dan kelas tinggi sangat lantai 5 sebab lift boleh guna sampai lantai 4 jer.

Selalu jugak marah Kimie sebab dia suka sangat main game. Hari2 kerja dia nak main game jer. bangun pagi berebut siapa nak bangun dulu (padahal bangun pagi tak perlu berebut sebab mata ngantuk sendiri2) sebab nak take over tv. Jadi siapa yang rajin bangun lambat, memang bangun2 je terus dihidangkan dengan rancangan Ben10, chawder, Timmy and the fairy tooth segala la. Bukan dihidangkan sarapan pagi.

Kimie pun suka jugak tiap kali keluar pergi Jusco, mesti tarik tangan pergi Toys r Us. Apakah kan? Dah la semua mainan dia mahal2. Atau dia suka pergi kedai buku tapi nak beli buku Ben10 atau Doremon. Memang membazir. Selalu marah dia sebab pemalas nak baca buku dan buat ulangkaji, tapi rajin pulak baca buku merepek. Siap boleh baca dalam kereta lagi. Tapi bila satu hari dia ajak pergi kedai buku dan tarik buku Cerita Nabi, terpaksa lah belikan jugak walaupun bila tengok2 balik harga dia boleh dapat 3 buku Doremon -_-

Lepas tu berdoa semoga dapat A dalam exam pun macam nak rak. Tapi tak pernah nak bersungguh2 belajar cara nak dapat A. Nak dapat A-yoyo boleh laa. Tapi bila dosen bagi chance buat narrative writing boleh dapat 10% markah dan ada chance nak dapat A, ada kau buat?

Perkenalkan teman baru saya

Salam.

Twitter: berbaloikan menganaktirikan blog kehidupan  dengan blog kesihatan?

Dah lama tak merepek dan membebel. Lebih2 lagi kerja mengupdate dah diduakan dengan blog kesihatan yang 'eh, sihat ke?' tu. Kesian peminat I yang ternanti2kan sessi merepek kita ni. Eh ada peminat ke? Adaaaaa. cewahh.
_____________________________________________________________

Sejarah dan pengalaman hidup mengajar kita untuk menjadi lebih kuat. Menjadi manusia kita seadanya sekarang -baik atau buruk- di mana perjalanan yang dilalui menjadi semakin sukar dengan onak duri kehidupan. Seberapa besar kejayaan, tidak bergantung kepada berapa banyak pencapaian tetapi seberapa banyak kau menjadikannya pegangan.

_____________________________________________________________

Kawan2 FB ramai yang dah tukar gambar macho seksi dan perzen cun mereka kepada gambar kartun yang comel dan wahhh penuh kenangan itu. Dan aku tukar kepada gambar kartun yang baru semalam Nisa postkan dekat FB.

Dan beberapa orang tanya, eh sudien, tu kartun apa? zzz tak tau la nama dia apa. Tapi disebabkan kita serumpun, aku namakan Judin Jelani. So jawa kan? -_-

Perkenalkan teman baru anda:


Secara jujur, aku bukan peminat kartun - namakan jer apa kartun yang ada- takde satu pun jalan cerita dan watak yang aku boleh hafal semua, kecuali doremon je yang aku boleh ingat nama karakter diorang. Noob giler kan?

Oh, apakah yang aku buat masa zaman hingusan dulu. *mood menyesal*

I'll be back vs Hoot

Oh, aerobik untuk kurus dan sihatkan badan.


Nickhun comel. Ops.


Kpop best sebab selain lagu dia memang best, video dan choreographer mantap. Nak join!!