Best Friend



Untuk mereka yang merasakan Best Friend antara lelaki dan perempuan hanya sekadar hubungan baik sebatas kawan lelaki dan perempuan, percayalah tiada sesuatu pun yang mustahil. Tekad pada jiwa, percaya pada hati, fikir sedalam-dalamnya dengan setiap pertimbangan yang ada. 

Kalau ada pertengkaran dan perkelahian yang dirasakan tiada kesudahan, selami kembali kemana perginya saat indah cinta bersemi. Kemana perginya saat kita merasakan 'Oh saat ini biarkan ianya kekal abadi, tiada akhirnya, tiada penghujugnya'. Percayalah, sedangkan lidah lagi tergigit.

Ingatlah, untuk semuanya berlaku dengan sempurna, ianya memerlukan dua insan, dua hati bergandingan menyokong antara satu sama lain, saling mendukung antara satu sama lain, saling pencetus semangat antara satu sama lain. Seperti mana dua perkataan 'AKU CINTA KAMU', hanya terlahir apabila dua insan bersatu, kerana AKU dan KAMU adalah satu.

*muntah darah

Siapa hensem/cantik, Dia dapat

Salam.

Aku selalu terfikir nak buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Sangat berbeza dengan kebiasaan yang pernah aku buat sebelum ini. Saja, untuk menikmati hidup dengan cara yang berbeza, disamping cuba untuk mempengaruhi kehidupan orang lain juga. Sebab kadang-kadang aku merasakan hidup itu terlalu bosan untuk dinikmati sendiri.

Pagi ni aku bangun awal dengan tekad nak re-new STNK, semacam road-tax yang ada dekat Malaysia. Kat sini pun kena perbaharui setiap setahun sekali. Benda yang kadang-kadang malas nak ambil tahu, tapi terpaksa buat jugak sebab taknak lah dapat masalah kemudian hari nanti. Tapi topik utama kita bukanlah pasal itu.

Lepas habis berurusan nak buat STNK tu, memang berniatkan diri nak pergi Malioboro Mall. Saje je isi masa lapang yang memang tak tahu nak buat apa waktu cuti ni. Sambil cuci mata, boleh jugak cuci sisa-sisa duit yang ada kat dalam akaun bank sendiri. Oh aku dah beritahu belum yang sebenarnya skg aku tengah cuti seminggu. Yaa, cuti. Tapi cita-cita dan impian untuk memberikan sebuah paket percutian kepada diri sendiri masih sebagai kenangan. T.T

Ok, nak dipendekkan cerita. Matahari ada mengadakan promo sekarang ini. Dengan setiap pembelian sebanyak rp150k (~rm60) ke atas, anda akan mendapatkan voucher belanja sebanyak rp50k (~rm25). Promosi yang nampak menarik dan menjimatkan bukan?.

Memang kebetulan nak cari baju kemeja untuk tambah koleksi baju koas. Sedih je sebab ada beberapa orang tegur yang aku asyik pakai baju yang sama je. Pedas betul ayat. Jadi untuk stase Bedah yang akan dihadapi minggu depan, kenalah ada semangat baru sikit, baju pun kena baru sebab nak jumpa dokter baru juga. Ops.

Lepas dah berbelanja sehelai baju yang berkenan dikalbu (walaupun harga dia memang tak berkenan langsung), maka dapatlah juga aku voucher rp50k itu tadi. Urm, tapi yang menjadi permasalahan ini sekarang ialah syarat dia yang ketat lebih ketat daripada syarat ujian Interna. Voucher hanya boleh digunakan untuk barang yang bertanda warna biru dan tertulis 'setiap belanja rp150k, gratis voucher rp50k', DAN hanya berlaku hari ini sahaja. DAN yang paling ayam ialah kena belanja minimal rp100k dulu.

Kurang asam punya Matahari. Dah la baju yang ada tanda biru tu semua buruk, nak pulak minimal rp100k. Jadi terpaksa la aku masuk dalam kamar persalinan dan meninggalkan seluar dalam yang aku dah masukkan dalam kantong beg belanja tadi yang berharga rp79k sebab terasa tertipu dengan promosi yang ada. *Menangis*

Ish kita tak boleh tertipu dengan tektik penjualan mereka yang saje je nak suruh kita belanja lebih banyak itu. Mana sifat-sifat tidak suka membazir amalan syaitan itu? Nasib baik aku bijak dan dapat kawal nafsu. Cewah.

Maka untuk mengelakkan pembaziran, aku terfikir untuk memberikan voucher itu kepada sesiapa sahaja yang ada kat dalam matahari tu dengan harapan takde la terbazir macam tu je kan. Tapi dengan syarat; orang itu haruslah lelaki hensem/perempuan cantik, single/bukan tengah couple/suami/isteri orang lain. Amboi, syarat tak boleh blah.

Patutnya bagi mamat hensem ni je tadi. Tapi dia jual mahal. Please laa.

Dengan itu, terjadilah proses pemilihan secara teliti di dalam Matahari tersebut. Dari lantai 2, ke lantai 3, ke lantai 4, hampir sejam jugak aku mundar mandir kat dalam itu. Macam orang bongok pun ada. Tapi hampir kecewa sebab hello takde ke mamat hensem/perempuan cantik kat Jogja ni? Ke sebab diorang semua pergi kat Executive/Guess/Polo jer? -.-

Kecewa ni, kecewa. Tapi taknak bazir punya pasal, aku tekad jugak. Lama jugak kat dalam tu. Sampai terfikir, takyah buat benda bodoh, baik aku msg je siapa-siapa tanya diorang nak ke tak. Tapi XL buat hal. Semua msg aku tak delivered. Ayam betul. Jadi maaflah siapa yang sepatutnya dapat voucher tu tapi sebab XL, korang tak dapat. lol

Baiklah, ini pusingan terakhir, dah tekad dah, tak kesah la hensem ke tak, cantik ke tak, single ke tak, aku nak bagi jugak.

Akhirnya ada laa 2 orang cewek ni tengah tengok-tengok baju yang bertanda biru promo tadi tu. Takde la cantik, tapi tapi arghh tak kira, aku nak balik ni. Lepas tu, aku pun bagi diorang voucher tu. Tak tau boleh guna ke tak, tapi diorang happy! :')

Diorang happy, aku pun happy. Semacam dah buat sesuatu yang besar untuk dunia. Macam dah mengurangi satu musuh antara Indonesia dan Malaysia. Poyo. Aku mampu tersenyum sorang-sorang je keluar dari Matahari tu.

Okay, lepas ni boleh cuba try bagi tiket movie pulak, lepas tu tengok sama-sama.

Nikmati hari ini kerana esok belum pasti

5.00 petang - Balik rumah dari hospital, terus dinner. Al-maklumlah kena jaga bangsal DV yang ngga jelas itu, maka hari dibazirkan dengan sia-sia menjadi pak jaga tukang tunjuk arah. Lepas dinner, balik rumah terus mandi dan siap-siap solat maghrib. Lepas solat, selang 10 minit macam tu terus azan Isyak. Ikutkan hati memang penat giler, tapi takpe laa solat je dulu. Lepas tu boleh laa lepak-lepak. 

7.00 malam - Dapat sms daripada kawan kelompok koas. Jam 8.oo dinner di waroeng steak ya. Fix. Urm, ni memang dah janjian sejak minggu pertama DV, tapi disebabkan semua orang busy, jadinya masa yang sesuai sekarang je laa. Terus sms Yon. Eh kau nak join diorang tak? Dah laa kenyang baru lepas dinner, Mengantuk pulak tu. Dan itulah perkara terakhir yang aku ingat. Terus tak ingat dunia. Selain perasan ntah bila masa berapa lama Hanafiah masuk bilik main game ke buat hape ntah, tapi buat tak tau jer. kalau dia rogol aku pun, tak sedar kot. -.- 

3.00 pagi - Aku terjaga dari lena yang panjang. Ya Ampun. Memang terkejut gajah laa kan terbangun pagi-pagi buta ni. Memang ikutkan hati nak je sambung tidur lagi walaupun kira-kira balik dalam 8 jam jugak aku tidur. Dasar pemalas. Tapi disebabkan homeworks belum siap, ku gagahkan jua. Sempatlah solat sunat 2 rakaat (biar betik?) terus perasan sms berlambak dari groupmates sendiri. Oh, maafkan daku. Tsktsk.

5.45 pagi - Walaupun dah tidur 8 jam, masih tak puas hati tengok katil sendiri yang gebu semacam. Sempat la tidur 30 minit, dan dapat sms dari Yon, hari ni tak payah awal-awal sangat. Ceit. Nak perli aku la tu semalam belom jam 6.00 aku dah datang rumah dia. Alih-alih,sampai bangsal, satu batang hidung pun tak nampak. Ayam betul diorang. Takpe, hari ni kita ambil peluang berlambat-lambatan pulak. 

6.15 pagi - Bergegas ke rumah Yon. *apesal ayat skema?* Tetiba perasan meter motor sendiri yang sangat cun. Kau tahu, macam tiba-tiba tak perasan tanpa dijangka! *over* Terus ambil gambar.  

101010
Oh, mungkin ini hari yang baik. Kita berfikiran positif sedikit. 

10.00 pagi - Oh, hari ni ada janjian Refleksi kasus dengan Dosen Pembimbing Klinik (DPK) secara tiba-tiba. Punyalah kelam kabut siapkan 1 kasus, nasib baik pernah bincang dan belajar sebelum ni, jadi pakai hentam pun tapi berilmu la jugak sikit kan. Dalam pada sibuk berbincang dan bertambah ilmu (konon), tetiba terkecoh la sebentar residen DV borak-borak pasal saraf, stroke, dr. Arief. Oh, maksudnya macam semua department dah tau ke yang dr. Arief kena stroke.

dr. Arief tu dokter bangsal aku masa kat stase Saraf bulan lepas. Dia baik, jenis yang suka mengajar. Walaupun masa minggu pertama kat bangsal saraf tu, rasa macam lame giler. Hari ke-2 dah kena marah dengan dia sebab lambat follow-up pasien, lambat siapkan status. Padahal dah datang jam 6.00 kot. Tapi ye laa, baru hari pertama nak follow-up, dengan ntah pemeriksaan apa pun masih blur, maka huru hara la jadinya.

Takpe lah, dokter marah pun sebab salah kita jugak. Mundar-mandir bangsal nak cari pasien, lepas tu tak tau nak buat apa. Tapi tu hari pertama jer, lepas-lepas tu memang bersemangat waja laa. Tapi disebabkan dr. Arief residen tinggi, maka masa tu pasien dia yang kena follow up sikit jer. Macam, 3-4 orang. Sempat jugak takde pasien langsung, jadi happy la kitorang yang nak follow up ni. Datang lambat sikit pun takpe. Teehee.

So lepas minggu pertama, minggu kedua dan balik dari luar kota minggu keempat di bangsal saraf, mula la terasa saraf ni best. Residen dia baik-baik, dr. Arief baik. Jadi bila mana tak faham, senang je boleh tanya dia, dia jawabkan. Dia terangkan itu ini, sampai kadangkadang perasan dia asyik mundar mandir je kat nurse station tu. Mungkin dia nak suruh kita tanya dia soalan kot. 

Tapi kebetulan masa minggu keempat tu, ada adik minggu. Nak kata pemalas, takde la jugak, nak kata rajin jauh sekali, cuma mungkin diorang memang malas sikit. datang pun jam 7, memang tak sempat laa nak follow up pasien, isi status semua. Mana tak naik darah dr. Arief tu kan. Dah la ber-3 orang, pasien sikit pun tak boleh nak handle. Tapi padahal masa tu pasien tu boleh pulak banyak kan. 5-6 orang. Curse ke hape? -.-

Disebabkan kakak minggu korang ni baik, kitorang pun ikut la follow up sekali. Kitorang pun isikanlah status bangsal sekali. Sampai yang wajib buat 2 jer, aku buat sampai 5. Tu pun sepatutnya 6 kot. Semua orang macam, woi, baskom giler kau! Cuba bayangkan ayat bold itu buktinya kena perli  begitu dasyat sekali. dr. Arief tersenyum jer. Dia cakap haa, ini maksudnya nanti kalau kamu tanya dia apa-apa penyakit pun, dia bisa jawab.

4.00 petang - Kebetulan jatah aku jaga bangsal DV hari ni sampai jam 5.00 petang. Tapi sempat curi masa pergi ICU tengok dr. Arief. Dia terpasang ventilator, diorang cakap dr. Arief kena hemorrhagic stroke. prognosis dilakukan operasi mahupun tidak sama jer, peluang dia sangat rendah. Keluarga dia pun dan sign form DNR (do not resuscitate) Dia pun dah brain death. Tunggu masa untuk dicabut ventilator jer. Jumpa dr. Nunuk kat sana, dia cakap awak masuk laa. Bacakan doa untuk beliau. 

5.35 petang
5.36 petang


6.21 petang - Balik je daripada hospital, lepak-lepak gosip sambil tengok badminton suka SEA, dapat sms daripada groupmate koas. Hafiz, dr. Arief meninggal kurang lebih 20 minit lalu. Innalillah. 

Mati itu pasti. Bila itu yang belum tentu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat atau mungkin 5 minit nanti. Dokter bukan dewa untuk menghalang kematian, memunggah doa dan hajat dijadikan realiti, menghidupkan kembali insan yang dijanjikan alam abadi. Mereka ialah manusia biasa yang merasakan juga peritnya siksaan mati, dihitung berat ringannya amalan, dihakimi besar kecilnya kesalahan. Hanya di atas sana yang Maha Mengetahui.

Terima kasih dokter atas segala nasihat dan tunjuk ajarnya. :'( 
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 

Pengorbanan

Salam.

Hari ni merupakan hari pertama di minggu ketiga aku berada di stase DV (dermatovenerology/ Kulit& Kelamin). Haa, jangan ada yang nak fikiran blue sangat. Bukan Kulit kelamin okay. Tapi memang pun ada kaitan dengan kulit kelamin, cuma dia takde la kulit kelamin tok. Kulit & Kelamin. Tengok tu, Introduction DV pun dah panjang lebar padahal orang lain still tak faham -.-

Konon cerita pengorbanan kat sini sejajar dengan Kalender Islam yang kebetulan jatuh tanggal 11 Dzulhijjah. Kan semalam Hari Raya Aidiladha, so topik perbualan mestilah yang berkaitan dengan berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam 2 minggu ini, kerana tuntutan koas yang memang komplikated, aku banyak pulang pergi dari Jogja ke luar kota. Luar kota minggu lepas ke Wates, yang lebih kurang jarak perjalanan selama 45 minit untuk lebih kurang 40km. Dan minggu ini, tuntutan kena pulak pergi Wonosari, yang jarak dia aku tak berapa nak ukur sangat, tapi tempoh perjalanan tadi adalah lebih kurang 1-1.5 jam macam tu.

Alkisah alarm berbunyi jam 5 pagi. Memang pemalas giler la kalau nak ikutkan untuk bergalih dari tempat tidur, kebetulan diluar masih hujan. Oh, mungkin bermakna hujan dari semalam pagi masih berlum berhenti sempurna. Dengan suasana yang tidur kat villa beranginkan pendingin hawa, memang sedap laa nak tarik balik selimut. Tetapi memikirkan hari ini perjalanan jauh yang akan ditempuh, takpe laa. Dalam beratnya, kena la juga bangun mandi dan solat.

Jam dah pukul 6.15 pagi. Hujan masih belum reda. Haish, ni memang tak boleh jadi. Nak tak nak, kena redah jugak kalau tidak memang lambat sampai ke destinasi. Nak nak pulak janjian dengan gemeli nak pergi kost dia by 6.30pagi nak bertolak sama. Takpe laa, kan baju hujan ada.

Jadi bertolak lah kami ke Wonosari, di Gunung Kidul. Gunung yang bermakna gunung, dan Kidul yang bermakna selatan, kalau digabungin bermakna Gunung Selatan. Jadi kalau dah definisi Gunung, bermakna kami akan mendaki gunung untuk sampai ke Wonosari.

Dengan hujan yang masih lebat, seluar dilipat ke paras lutut, berbaju hujan lagi, kami pun bertolak ke RSUD Wonosari menaiki motor yang dibonceng gemeli ku itu. Dia awal-awal dah cakap taknak aku bawak. So fikir2kanlah sama ada dia baik hati atau dia busuk hati. Hopefully bukan yang kedua. Haha' . Naik gunung, turun gunung jarak yang ditempuhi memang mencabar, dah la kedinginan yang hampir membeku deh hujan itu.

Dalam keadaan hujan dan suasana feeling lebih ditiup angin itu, sempat jugak aku terfikir Ish, sanggupnya nak jalan jauh2 semata-mata koas ni kan. Dah mula laa rasa depressed sebab bila ingat benda2 yang leceh dan sewel ini, memang depressed. Jadi dalam mengubat hati yang lara, aku janji dengan diri sendiri takpe sudien, you can do it. Nanti ada cuti kita liburan ke tempat-tempat best k, kita makan best-best pastu kita enjoy puas-puas k.

Sampai RSUD Wonosari dalam jam 8.00 pagi. Lepas settle bahagian diklat semua, pergi la kami ke Poli Kulit jumpa dokter dan Ibu perawat kat sana. Ibu pasien seringnya berapa orang? Oh ngga tentu juga dik, kadang-kadang 20-an kadang-kadnag bisa cuma 4-5 orang.


Dan kebetulan, tak tau nak cakap beruntung ataupun malang, pasien hari ni cuma 7 orang. Mungkin karena hari ini hujan dik soalnya ramai yang kerjaannya petani, jadi bila hujan mereka tadah air, bertani. Kalau petani di gunung ini kalau hujan mereka suka banget soalnya susah mau dapat air. Jadi mereka kalau sakit ditahan ajaa, kan lebih enak kalau biasa tani. Bahkan bukan poli kulit jer, semua poli sepi. Pasien hari ni memang tak ramai.

Tapi poli tetap tutup sampai pukul 12. Adik, pulang ajaa. Hati-hati yaa. Ngga usah ngebut-ngebut.


Dalam perjalanan pulang, minda ni berfikir lagi yang ngga jelas. Betapa besarnya pengorbanan adik koas dalam menimba ilmu. Cewah nak jugak ada adik dan koas di situ, dan ayatnya ialah menimba ilmu. Please deh. Tapi cuba bayangkan perjalanan pergi balik lebih kurang dua hingga dua jam setengah, tapi jumpa pasien tak sampai sejam pun.

Agak-agak berbaloi tak?

Yaa mudah-mudahan ilmu yang diperoleh itu lebih berbaloi daripada segalanya.

:)
Dan petang itu, aku menghadiahkan diri sendiri dengan aiskrim BR sebagai tanda penghargaan. Sedap juga makan aiskrim di musim hujan ni.