5.00 petang - Balik rumah dari hospital, terus dinner. Al-maklumlah kena jaga bangsal DV yang ngga jelas itu, maka hari dibazirkan dengan sia-sia menjadi pak jaga tukang tunjuk arah. Lepas dinner, balik rumah terus mandi dan siap-siap solat maghrib. Lepas solat, selang 10 minit macam tu terus azan Isyak. Ikutkan hati memang penat giler, tapi takpe laa solat je dulu. Lepas tu boleh laa lepak-lepak.
7.00 malam - Dapat sms daripada kawan kelompok koas. Jam 8.oo dinner di waroeng steak ya. Fix. Urm, ni memang dah janjian sejak minggu pertama DV, tapi disebabkan semua orang busy, jadinya masa yang sesuai sekarang je laa. Terus sms Yon. Eh kau nak join diorang tak? Dah laa kenyang baru lepas dinner, Mengantuk pulak tu. Dan itulah perkara terakhir yang aku ingat. Terus tak ingat dunia. Selain perasan ntah bila masa berapa lama Hanafiah masuk bilik main game ke buat hape ntah, tapi buat tak tau jer. kalau dia rogol aku pun, tak sedar kot. -.-
3.00 pagi - Aku terjaga dari lena yang panjang. Ya Ampun. Memang terkejut gajah laa kan terbangun pagi-pagi buta ni. Memang ikutkan hati nak je sambung tidur lagi walaupun kira-kira balik dalam 8 jam jugak aku tidur. Dasar pemalas. Tapi disebabkan homeworks belum siap, ku gagahkan jua. Sempatlah solat sunat 2 rakaat (biar betik?) terus perasan sms berlambak dari groupmates sendiri. Oh, maafkan daku. Tsktsk.
5.45 pagi - Walaupun dah tidur 8 jam, masih tak puas hati tengok katil sendiri yang gebu semacam. Sempat la tidur 30 minit, dan dapat sms dari Yon, hari ni tak payah awal-awal sangat. Ceit. Nak perli aku la tu semalam belom jam 6.00 aku dah datang rumah dia. Alih-alih,sampai bangsal, satu batang hidung pun tak nampak. Ayam betul diorang. Takpe, hari ni kita ambil peluang berlambat-lambatan pulak.
6.15 pagi - Bergegas ke rumah Yon. *apesal ayat skema?* Tetiba perasan meter motor sendiri yang sangat cun. Kau tahu, macam tiba-tiba tak perasan tanpa dijangka! *over* Terus ambil gambar.
10.00 pagi - Oh, hari ni ada janjian Refleksi kasus dengan Dosen Pembimbing Klinik (DPK) secara tiba-tiba. Punyalah kelam kabut siapkan 1 kasus, nasib baik pernah bincang dan belajar sebelum ni, jadi pakai hentam pun tapi berilmu la jugak sikit kan. Dalam pada sibuk berbincang dan bertambah ilmu (konon), tetiba terkecoh la sebentar residen DV borak-borak pasal saraf, stroke, dr. Arief. Oh, maksudnya macam semua department dah tau ke yang dr. Arief kena stroke.
dr. Arief tu dokter bangsal aku masa kat stase Saraf bulan lepas. Dia baik, jenis yang suka mengajar. Walaupun masa minggu pertama kat bangsal saraf tu, rasa macam lame giler. Hari ke-2 dah kena marah dengan dia sebab lambat follow-up pasien, lambat siapkan status. Padahal dah datang jam 6.00 kot. Tapi ye laa, baru hari pertama nak follow-up, dengan ntah pemeriksaan apa pun masih blur, maka huru hara la jadinya.
Takpe lah, dokter marah pun sebab salah kita jugak. Mundar-mandir bangsal nak cari pasien, lepas tu tak tau nak buat apa. Tapi tu hari pertama jer, lepas-lepas tu memang bersemangat waja laa. Tapi disebabkan dr. Arief residen tinggi, maka masa tu pasien dia yang kena follow up sikit jer. Macam, 3-4 orang. Sempat jugak takde pasien langsung, jadi happy la kitorang yang nak follow up ni. Datang lambat sikit pun takpe. Teehee.
So lepas minggu pertama, minggu kedua dan balik dari luar kota minggu keempat di bangsal saraf, mula la terasa saraf ni best. Residen dia baik-baik, dr. Arief baik. Jadi bila mana tak faham, senang je boleh tanya dia, dia jawabkan. Dia terangkan itu ini, sampai kadangkadang perasan dia asyik mundar mandir je kat nurse station tu. Mungkin dia nak suruh kita tanya dia soalan kot.
Tapi kebetulan masa minggu keempat tu, ada adik minggu. Nak kata pemalas, takde la jugak, nak kata rajin jauh sekali, cuma mungkin diorang memang malas sikit. datang pun jam 7, memang tak sempat laa nak follow up pasien, isi status semua. Mana tak naik darah dr. Arief tu kan. Dah la ber-3 orang, pasien sikit pun tak boleh nak handle. Tapi padahal masa tu pasien tu boleh pulak banyak kan. 5-6 orang. Curse ke hape? -.-
Disebabkan kakak minggu korang ni baik, kitorang pun ikut la follow up sekali. Kitorang pun isikanlah status bangsal sekali. Sampai yang wajib buat 2 jer, aku buat sampai 5. Tu pun sepatutnya 6 kot. Semua orang macam, woi, baskom giler kau! Cuba bayangkan ayat bold itu buktinya kena perli begitu dasyat sekali. dr. Arief tersenyum jer. Dia cakap haa, ini maksudnya nanti kalau kamu tanya dia apa-apa penyakit pun, dia bisa jawab.
4.00 petang - Kebetulan jatah aku jaga bangsal DV hari ni sampai jam 5.00 petang. Tapi sempat curi masa pergi ICU tengok dr. Arief. Dia terpasang ventilator, diorang cakap dr. Arief kena hemorrhagic stroke. prognosis dilakukan operasi mahupun tidak sama jer, peluang dia sangat rendah. Keluarga dia pun dan sign form DNR (do not resuscitate) Dia pun dah brain death. Tunggu masa untuk dicabut ventilator jer. Jumpa dr. Nunuk kat sana, dia cakap awak masuk laa. Bacakan doa untuk beliau.
5.35 petang |
5.36 petang |
6.21 petang - Balik je daripada hospital, lepak-lepak gosip sambil tengok badminton suka SEA, dapat sms daripada groupmate koas. Hafiz, dr. Arief meninggal kurang lebih 20 minit lalu. Innalillah.
Mati itu pasti. Bila itu yang belum tentu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat atau mungkin 5 minit nanti. Dokter bukan dewa untuk menghalang kematian, memunggah doa dan hajat dijadikan realiti, menghidupkan kembali insan yang dijanjikan alam abadi. Mereka ialah manusia biasa yang merasakan juga peritnya siksaan mati, dihitung berat ringannya amalan, dihakimi besar kecilnya kesalahan. Hanya di atas sana yang Maha Mengetahui.
Terima kasih dokter atas segala nasihat dan tunjuk ajarnya. :'(
Terima kasih dokter atas segala nasihat dan tunjuk ajarnya. :'(
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
tak pernah ko se-expose begini dalam penulisan. eceyh!