Pengorbanan

Salam.

Hari ni merupakan hari pertama di minggu ketiga aku berada di stase DV (dermatovenerology/ Kulit& Kelamin). Haa, jangan ada yang nak fikiran blue sangat. Bukan Kulit kelamin okay. Tapi memang pun ada kaitan dengan kulit kelamin, cuma dia takde la kulit kelamin tok. Kulit & Kelamin. Tengok tu, Introduction DV pun dah panjang lebar padahal orang lain still tak faham -.-

Konon cerita pengorbanan kat sini sejajar dengan Kalender Islam yang kebetulan jatuh tanggal 11 Dzulhijjah. Kan semalam Hari Raya Aidiladha, so topik perbualan mestilah yang berkaitan dengan berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam 2 minggu ini, kerana tuntutan koas yang memang komplikated, aku banyak pulang pergi dari Jogja ke luar kota. Luar kota minggu lepas ke Wates, yang lebih kurang jarak perjalanan selama 45 minit untuk lebih kurang 40km. Dan minggu ini, tuntutan kena pulak pergi Wonosari, yang jarak dia aku tak berapa nak ukur sangat, tapi tempoh perjalanan tadi adalah lebih kurang 1-1.5 jam macam tu.

Alkisah alarm berbunyi jam 5 pagi. Memang pemalas giler la kalau nak ikutkan untuk bergalih dari tempat tidur, kebetulan diluar masih hujan. Oh, mungkin bermakna hujan dari semalam pagi masih berlum berhenti sempurna. Dengan suasana yang tidur kat villa beranginkan pendingin hawa, memang sedap laa nak tarik balik selimut. Tetapi memikirkan hari ini perjalanan jauh yang akan ditempuh, takpe laa. Dalam beratnya, kena la juga bangun mandi dan solat.

Jam dah pukul 6.15 pagi. Hujan masih belum reda. Haish, ni memang tak boleh jadi. Nak tak nak, kena redah jugak kalau tidak memang lambat sampai ke destinasi. Nak nak pulak janjian dengan gemeli nak pergi kost dia by 6.30pagi nak bertolak sama. Takpe laa, kan baju hujan ada.

Jadi bertolak lah kami ke Wonosari, di Gunung Kidul. Gunung yang bermakna gunung, dan Kidul yang bermakna selatan, kalau digabungin bermakna Gunung Selatan. Jadi kalau dah definisi Gunung, bermakna kami akan mendaki gunung untuk sampai ke Wonosari.

Dengan hujan yang masih lebat, seluar dilipat ke paras lutut, berbaju hujan lagi, kami pun bertolak ke RSUD Wonosari menaiki motor yang dibonceng gemeli ku itu. Dia awal-awal dah cakap taknak aku bawak. So fikir2kanlah sama ada dia baik hati atau dia busuk hati. Hopefully bukan yang kedua. Haha' . Naik gunung, turun gunung jarak yang ditempuhi memang mencabar, dah la kedinginan yang hampir membeku deh hujan itu.

Dalam keadaan hujan dan suasana feeling lebih ditiup angin itu, sempat jugak aku terfikir Ish, sanggupnya nak jalan jauh2 semata-mata koas ni kan. Dah mula laa rasa depressed sebab bila ingat benda2 yang leceh dan sewel ini, memang depressed. Jadi dalam mengubat hati yang lara, aku janji dengan diri sendiri takpe sudien, you can do it. Nanti ada cuti kita liburan ke tempat-tempat best k, kita makan best-best pastu kita enjoy puas-puas k.

Sampai RSUD Wonosari dalam jam 8.00 pagi. Lepas settle bahagian diklat semua, pergi la kami ke Poli Kulit jumpa dokter dan Ibu perawat kat sana. Ibu pasien seringnya berapa orang? Oh ngga tentu juga dik, kadang-kadang 20-an kadang-kadnag bisa cuma 4-5 orang.


Dan kebetulan, tak tau nak cakap beruntung ataupun malang, pasien hari ni cuma 7 orang. Mungkin karena hari ini hujan dik soalnya ramai yang kerjaannya petani, jadi bila hujan mereka tadah air, bertani. Kalau petani di gunung ini kalau hujan mereka suka banget soalnya susah mau dapat air. Jadi mereka kalau sakit ditahan ajaa, kan lebih enak kalau biasa tani. Bahkan bukan poli kulit jer, semua poli sepi. Pasien hari ni memang tak ramai.

Tapi poli tetap tutup sampai pukul 12. Adik, pulang ajaa. Hati-hati yaa. Ngga usah ngebut-ngebut.


Dalam perjalanan pulang, minda ni berfikir lagi yang ngga jelas. Betapa besarnya pengorbanan adik koas dalam menimba ilmu. Cewah nak jugak ada adik dan koas di situ, dan ayatnya ialah menimba ilmu. Please deh. Tapi cuba bayangkan perjalanan pergi balik lebih kurang dua hingga dua jam setengah, tapi jumpa pasien tak sampai sejam pun.

Agak-agak berbaloi tak?

Yaa mudah-mudahan ilmu yang diperoleh itu lebih berbaloi daripada segalanya.

:)
Dan petang itu, aku menghadiahkan diri sendiri dengan aiskrim BR sebagai tanda penghargaan. Sedap juga makan aiskrim di musim hujan ni.