Siapa hensem/cantik, Dia dapat

Salam.

Aku selalu terfikir nak buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Sangat berbeza dengan kebiasaan yang pernah aku buat sebelum ini. Saja, untuk menikmati hidup dengan cara yang berbeza, disamping cuba untuk mempengaruhi kehidupan orang lain juga. Sebab kadang-kadang aku merasakan hidup itu terlalu bosan untuk dinikmati sendiri.

Pagi ni aku bangun awal dengan tekad nak re-new STNK, semacam road-tax yang ada dekat Malaysia. Kat sini pun kena perbaharui setiap setahun sekali. Benda yang kadang-kadang malas nak ambil tahu, tapi terpaksa buat jugak sebab taknak lah dapat masalah kemudian hari nanti. Tapi topik utama kita bukanlah pasal itu.

Lepas habis berurusan nak buat STNK tu, memang berniatkan diri nak pergi Malioboro Mall. Saje je isi masa lapang yang memang tak tahu nak buat apa waktu cuti ni. Sambil cuci mata, boleh jugak cuci sisa-sisa duit yang ada kat dalam akaun bank sendiri. Oh aku dah beritahu belum yang sebenarnya skg aku tengah cuti seminggu. Yaa, cuti. Tapi cita-cita dan impian untuk memberikan sebuah paket percutian kepada diri sendiri masih sebagai kenangan. T.T

Ok, nak dipendekkan cerita. Matahari ada mengadakan promo sekarang ini. Dengan setiap pembelian sebanyak rp150k (~rm60) ke atas, anda akan mendapatkan voucher belanja sebanyak rp50k (~rm25). Promosi yang nampak menarik dan menjimatkan bukan?.

Memang kebetulan nak cari baju kemeja untuk tambah koleksi baju koas. Sedih je sebab ada beberapa orang tegur yang aku asyik pakai baju yang sama je. Pedas betul ayat. Jadi untuk stase Bedah yang akan dihadapi minggu depan, kenalah ada semangat baru sikit, baju pun kena baru sebab nak jumpa dokter baru juga. Ops.

Lepas dah berbelanja sehelai baju yang berkenan dikalbu (walaupun harga dia memang tak berkenan langsung), maka dapatlah juga aku voucher rp50k itu tadi. Urm, tapi yang menjadi permasalahan ini sekarang ialah syarat dia yang ketat lebih ketat daripada syarat ujian Interna. Voucher hanya boleh digunakan untuk barang yang bertanda warna biru dan tertulis 'setiap belanja rp150k, gratis voucher rp50k', DAN hanya berlaku hari ini sahaja. DAN yang paling ayam ialah kena belanja minimal rp100k dulu.

Kurang asam punya Matahari. Dah la baju yang ada tanda biru tu semua buruk, nak pulak minimal rp100k. Jadi terpaksa la aku masuk dalam kamar persalinan dan meninggalkan seluar dalam yang aku dah masukkan dalam kantong beg belanja tadi yang berharga rp79k sebab terasa tertipu dengan promosi yang ada. *Menangis*

Ish kita tak boleh tertipu dengan tektik penjualan mereka yang saje je nak suruh kita belanja lebih banyak itu. Mana sifat-sifat tidak suka membazir amalan syaitan itu? Nasib baik aku bijak dan dapat kawal nafsu. Cewah.

Maka untuk mengelakkan pembaziran, aku terfikir untuk memberikan voucher itu kepada sesiapa sahaja yang ada kat dalam matahari tu dengan harapan takde la terbazir macam tu je kan. Tapi dengan syarat; orang itu haruslah lelaki hensem/perempuan cantik, single/bukan tengah couple/suami/isteri orang lain. Amboi, syarat tak boleh blah.

Patutnya bagi mamat hensem ni je tadi. Tapi dia jual mahal. Please laa.

Dengan itu, terjadilah proses pemilihan secara teliti di dalam Matahari tersebut. Dari lantai 2, ke lantai 3, ke lantai 4, hampir sejam jugak aku mundar mandir kat dalam itu. Macam orang bongok pun ada. Tapi hampir kecewa sebab hello takde ke mamat hensem/perempuan cantik kat Jogja ni? Ke sebab diorang semua pergi kat Executive/Guess/Polo jer? -.-

Kecewa ni, kecewa. Tapi taknak bazir punya pasal, aku tekad jugak. Lama jugak kat dalam tu. Sampai terfikir, takyah buat benda bodoh, baik aku msg je siapa-siapa tanya diorang nak ke tak. Tapi XL buat hal. Semua msg aku tak delivered. Ayam betul. Jadi maaflah siapa yang sepatutnya dapat voucher tu tapi sebab XL, korang tak dapat. lol

Baiklah, ini pusingan terakhir, dah tekad dah, tak kesah la hensem ke tak, cantik ke tak, single ke tak, aku nak bagi jugak.

Akhirnya ada laa 2 orang cewek ni tengah tengok-tengok baju yang bertanda biru promo tadi tu. Takde la cantik, tapi tapi arghh tak kira, aku nak balik ni. Lepas tu, aku pun bagi diorang voucher tu. Tak tau boleh guna ke tak, tapi diorang happy! :')

Diorang happy, aku pun happy. Semacam dah buat sesuatu yang besar untuk dunia. Macam dah mengurangi satu musuh antara Indonesia dan Malaysia. Poyo. Aku mampu tersenyum sorang-sorang je keluar dari Matahari tu.

Okay, lepas ni boleh cuba try bagi tiket movie pulak, lepas tu tengok sama-sama.

One Response so far.

  1. ayat penutup mmg mcm TEEETT.(kalau dulu2 aq akan ckp ayat mcm gam****)

    sudien macam dh wajib kahwin nih.haha.