Kerana kawan, dan seekor tokek.

Wahh. Dah lama tak hujan. Rindu pulak dengan hujan. Sambil layan Diva (bukan nama sebenar) dan Hana (bukan nama sebenar) kat bilik ni mengomel dan mengata seperti biasa.

Dengan keadaan yang memang best giler la nak tidur, mata pun mengantuk yang amat selepas seharian membanting tulang empat kerat memasak nasi lemak untuk jualan. Alhamdulillah. Laku jugak hari ni walaupun tak sebanyak tempahan seperti yang diharapkan.

Dalam gelap dan hujan di luar, cuba bayangkan betapa menarik dan tertariknya katil aku yang berwarna hijau ni. Dah la hijau, memang membangkit nafsu ngantuk laa. Tetiba je lagu Club Can't Handle Me berkumandang. Dah kenapa nak berclubbing time aku mengantuk tahap cipan ni? Rupanya Mengkuang (bukan nama sebenar) telefon.

Mengkuang: Hoi, apesal tak balas mesej ha?

Aku pun, Lengkuas (bukan nama sebenar) membalas.

Lengkuas: Ntah, aku tak baca lagi. Hana ni main hp aku tadi.
Mengkuang: Baca cepat. Lepas tu balas!

Dalam hati ada neraka. Amboi, tetiba nak marah ni kenapa. Mengkuang hanya layak dipijak menjadi tikar je okayy. Mulanya memang ingat nak cakap macam tu, tapi tak jadi. Tak baik menyumpah dan menghina. Wahh gitu. Padahal dah teraip pun ayat durjana iteww.

Bilik aku ada tokek (bukan nama sebenar). Cepat datangggggg!

Aku macam, are u kidding me?! Hujan, gelap dan katil yang mengghairahkan ni macam mana?

Takkan la kita nak berkorban sorang diri kan, jadi aku ajaklah Hana sekali, sekali jer dia buat2 tidur. Fine fine!

TERPAKSA la datang dengan bantuan baju hujan comel aku tu. Cuba bayangkan kau datang sejauh 10km semata-mata nak bunuh seekor tokek yang besarnya sebesar cicak tu jer. Cuba bayangkannn! Walaupun tokek dan cicak memang seperti adik beradik.



Seperti inilah rupa tokek itu. Weww, aku yang menggoogle ni pun geli geleman tengok.

Takpe la. Kerana kawan aku sanggup. Lepas ni kalau kau tak belanja aku J.Co memang aku tuntut sampai 7 keturunan kau!

Lain Kali Belajar Geografi

Tapi best jugak kalau ada cikgu macam Maya Karin. Semangat sikit anak murid nak belajar dengan tekun *muka semangat tersenyum lebar hati berbunga riang*

Liberal, tak?

Salam.

Haa, mesti nanti ada yang komen, eh tak boleh tulis salam la, a'kum pun tak boleh. Kena tulis Assalamualaikum. Sebab a'kum tu maksud dia something something salam pulak maksud dia something something, jadi kenalah tulis lengkap. Tu baru beri salam, tak sampai bab Iman dan Islam lagi.

Selalu jer berbincang dan bersoal jawab tentang agama. Islam khususnya. Yelaa, nak join usrah malas. Kalau join pun, nanti takut nak buat jahat dah. Mestilah taknak join kan. Jadi berusrah sesama kita jer. Lepas tu ke laut.

Di sebabkan mak abah kita orang Johor, dan kita pun lahir dan dibesarkan di Johor, nak taknak, dulu sekolah ada 2 kali. Sekolah rendah kebangsaan dan Sekolah agama. Masuk pulak sekolah menengah (Mckk) yang semuanya memang orang Melayu/Bumiputra yang beragama Islam, jadi semuanya mudah. Belajar dan ikut je apa yang diajar.

Sampai bila dah keluar ni, baru bergaul dan berjumpa dengan orang yang beragama selain Islam. Bila dah di tahap ni, mulalah macam2 pegangan dan pendapat mereka tentang agama mereka. Ada yang sangat berbeza dengan agama kita, tapi ada juga yang lebih kurang sama. Malah, mereka yang satu agama pun kadang2 boleh berlainan pendapat. Ada yang percaya ikut Ustaz diorang, ada yang percaya kat internet dan ada juga yang percaya atas apa yang sebenarnya mereka percaya; logik akal fikiran.

Semuanya berbeza.

Tapi tapi, ada satu yang aku rasa memang takde kompromi dah. Kalau ada pun, mungkin sebab dia ethist. Bahawa sebenarnya Tuhan tu ada satu. Kalaupun dia cakap ada banyak Tuhan, tapi yang terakhir sekali mesti ada jugak Tuhan yang Maha Esa.

Okay, kalau itu bukan berdebatan kita, apa yang nak dibincangkan? Sebenarnya, topik selanjutnyalah yang menjadi semakin kompleks sama ada kau dah di doktrin (?) atau belum dengan kepercayaan agama masing2. Laa pulak, kena doktrin dan percaya pun salah ke?

Macam mana kau nak tegakkan bahawa agama kau adalah yang benar dan sempurna?

Kita boleh cakap, berdasarkan Al-Quran sunnah dan Hadis, dan semua enam rukun Iman untuk membuktikan kita percaya,  dan kepercayaan itu adalah akar segalanya, tapi macam mana kita nak buktikan kepercayaan kita itu kepada mereka yang hanya percaya Tuhan ada satu Yang Maha Esa, tetapi tidak percaya wujudnya nabi utusan Tuhan serta kitab yang diturunkan kepada mereka?

Sampai persoalan ini, tiada siapa yang boleh menegakkan kebenaran, menghuraikan segala simpul serabut akal dan meyakinkan hati dan minda yang ketandusan jawapan, kecuali satu, percaya. Kerana apa? Al-Quran dan hadis tidak lagi menjadi batu ukur keimanan dan peleraian, tetapi kepercayaan kepada Al-Quran dan hadis itulah yang meyakinkan kebenaran.

Jadi, dalam konteks liberal mahupun intolerant, keyakinan itu adalah penting bagi meyakini dan diyakini. Kalau konsep percaya masih belum kukuh, jangan kau berdebatkan tentang halal dan haram, syurga dan neraka, hidup dan mati. Sebab semuanya terlindung disebalik percaya, iaitu iman.

Masa untuk menimba ilmu dengan lebih banyak lagi. Bukan setakat faham dan mengerti, tetapi disulami dengan iman yang hakiki. Semoga Allah merahmati.

Masuk Air

Salam dan selamat Hari Sabtu.

Ada orang tu, bila sibuk dan tersibuk sampai tak sempat nak makan dan tidur, mula la nak menyibuk cakap nak cuti nak cuti, tapi bila dah dapat cuti, bukan sehari, bukan dua hari, tapi dua bulan, haa mula la tonggeng terbalik nak naik kelas balik.

Oh pls la. Siapa la yang penyibuk nak naik kelas balik tu?

Bagi mereka yang sewel dan gonjeng, hari cuti di bazirkan dengan tidur dan main facebook, serta update Twitter setiap aktiviti yang dilakukan. Walaupun bangun lambat, dengan alasan kalau bangun awal nanti cepat lapar, tapi masih boleh tidur tengah hari dan petangnya juga. Sangat memanfaatkan masa, kan?

Tapi bagi mereka yang positif dan baik hati, seharian kerja yang dilakukan ialah mengemas rumah. Wah, baik betul maid ni. Mentang2 duduk kat bilik maid, semua kerja maid dia buat, gratis. Sapu rumah, cuci lantai, kemas peti sejuk, basuh baju dan sebagainya. Tengok memang la kesian, tapi nak buat macam mana. Bukan kita suruh dia buat kerja tu pun. *selak rambut*

Minggu lepas ada Festival Sukan UMNO 3Penjuru. Alhamdulillah. Banyak2 games volleyball yang aku join selama ni, ini yang pertama kali dapat emas. Lawak kan? Tak lawak. Penat wei main walaupun team lawan....


Urm, bagi mengurangkan beban kebosanan dan memberikan hadiah berupa pengalaman kepada diri sendiri, diorang rancang nak pergi Bali. Bila? Esok. Harini plan, esok pergi. Bagus betul. Diorang ajak suruh join, atas alasan, kau memang tak pernah keluar dengan kitorang. Asyik dengan family jer.

Bingit sih telinga.

Tapi disebabkan dah pernah pergi Bali tahun lepas, dan masih lagi trauma dengan perkataan Bali selepas kejadian pecah rumah hilang kamera, maka segalanya mungkin. Mungkin pergi, mungkin tak.

Tapi sebelum tu, jom kita solat asar dulu. Lepas tu main volley kalau tak hujan. Lepas tu bersiap sedia untuk pergi dinner dengan kawan kesayangans. Lepas tu baru fikir nak join diorang ke tak.

Doa Untuk Jepun

Bencana alam yang melanda Jepun 11 Mac lalu takkan pernah padam dalam kamus kehidupan dunia, apatah lagi berat bahu yang memikul, air mata yang tak terbayar dengan setiap titisan yang mengalir. Sekali lagi kita dikejutkan dengan pukulan alam yang sepertinya sebagai petanda 2012 hampir tiba (bagi mereka yang percaya).

Bila kita sedar, yang sebenarnya ada begitu banyak teknologi dan ilmu kemajuan yang semakin berkembang, tiada siapa dapat menandingi betapa besar dan hebatnya kuasa Yang Mencipta. Sampaikan dengan ini, kita semakin memerlukan sokongan dan harapan untuk menongkah arus liku tajam ujian Tuhan.

Bersatu kita membantu, dengan doa dan harapan, agar mereka yakin bahawa setiap daripada kita berpihak kepada mereka, moga dengan ini, setiap detik dan saat, pengorbanan ini di rasa manis walau selautan hempedu memecah pantai, membasahi hidup dengan kepahitan dugaan.

The Big Picture

Oh Hati!

Salam

Tipu la kalau aku cakap, sengaja nak gagal dalam exam. Lagi tipu kalau cakap, lagi suka aku gagal daripada lulus dan masuk 1st wave koas. Tipu giler laa.

Semua orang dah buat yang terbaik. Cuma tahap terbaik tu yang berbeza. Ada yang terbaik belajar rajin2 pagi petang siang malam, ada yang terbaik sehari sebelum exam baru pulun nak study semua topik, ada jugak terbaik yang tak study pun, cuma ingat2 balik je masa doktor ajar waktu kelas dulu. Definisi terbaik tu yang berbeza.

Secara jujur, aku takut giler nak masuk koas. Nanti dah kena belajar sendiri, jumpa patient sendiri, buat anamnesis physical exam diagnosis sendiri, bagi ubat dan nasihat sendiri. Semuanya kena sendiri. Dan waktu tu, semua orang akan anggap kau dah patut buat sebaiknya. Sebaiknya? Nahhh, sebaiknya juga ada definisi berbeza.

Lulus 1st wave ke, 2nd wave ke, satu masa nanti, kau memang tak boleh lari daripada kenyataan. Kenyataan yang aku memikul satu tanggungjawab yang berat, dan sangat berat. Jadi konsep tak mengharapkan lulus exam dan masuk 1st wave sebenarnya tak wujud. Yang wujud hanyalah secukup mana kau bersedia menghadapi tentangan dan ujian masa depan yang semakin menggunung tinggi?

Jadi sekarang, bukan masanya untuk tunduk menanti peluang datang pada waktu yang sesuai, bukan menanti hati bersedia untuk diungkai, bukan meratapi mati tunggul akal fikiran, dan bukan menangisi nasib arus masa depan.

Yang ada hanyalah  kekuatan dan ketabahan hati seiringan dengan langkah tanpa henti.


Selamat berjaya doktor muda!

JomJimba - Gua Cerme

Salam.

Disebabkan cuti panjang yang sangat berharga, selain menternak lemak dan memetik anggur di taman, kita juga haruslah keluar mencari pengalaman dan menikmati anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Bukan senang sebenarnya untuk merajinkan diri keluar berjoli dikala duit di bank hanyalah setinggi sejengkal anak lipas peliharaan warga Dalangan.

Baiklah, sebelum kita melarutkan diri dengan intro yang sengal, adalah lebih afdal kita menerangkan dengan lebih lanjut tujuan post kita kali ni. Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi pengalaman, dah selebihnya adalah untuk memberitahu dunia bahawa dengan budget yang sedikit, kita boleh berjoli, dan membuka pandangan dan persepsi diri kita, selain menjeleskan teman lain yang belum pergi. Ish, tak baik riak. Dosa.

Okay, destinasi kita yang pertama ialah Gua Cerme, Yogyakarta, Indonesia.

Bagi mereka yang malas nak meng-google, sedikit info daripada wikipedia mengatakan bahawa Gua Cerme terletak 20km selatan Yogyakarta di kabupaten GunungKidul. Untuk lebih jelas, kiranya macam kita nak pergi Parangtritis laa, tapi kena belok kiri instead of belok kanan yang nak pergi Depok. Okay, lebih kurang macam tu. Kalau tak jelas, pergi rajinkan diri tengok Google Maps.

Okay maaf, macam tak jumpa je kat GoogleMaps tu. Tak cukup canggih lagi. Takpe, kita teruskan.

Perjalanan yang mengambil masa kira2 satu jam daripada daerah Malioboro/Kraton menaiki motor. So, kalau dari Jakal, kira2 dalam sejam setengah laa campur lampu isyarat. Dan kalau tetiba tayar anda pancit ditengah jalan, kena tambah lagi setengah jam, itupun bergantung kepada ketangkasan abang mekanik membaiki tayar iteww.

Perjalanan ke Gua Cerme agak mencabar, walaupun jalannya agak maju sebab ber-tar, tetapi kehandalan anda mendaki gunung menggunakan motor bebek pasti membingitkan suasana. Berhati2 dan jangan terkejut apabila di tengah perjalanan, tetiba minyak dah sampai merah sebab motor anda sendiri boleh terkejut dengan ketinggian gunung yang harus didaki. Kalau anda beruntung, akan adalah beberapa orang budak comel yang akan memberikan semangat dan bertepuk tangan kalau anda berjaya menaiki gunung tersebut. -.- Fuhh fuhh. Jadi disarankan, naiklah scooter yang comel iteww.

Setibanya di atas bukit itu (ni bukit ke gunung wei??!), anda berhak menjerit 'Woooo, kematu bontot wei' sebab memang ianya suatu pengalaman yang menakjubkan untuk dikongsi.

Di sana, anda harus membayar parking motor Rp2.000/buah atau kereta Rp5.000/buah, wang masuk Rp2.000/orang, pemandu acara Rp30.000/pemandu (kami ber-6, jadi kongsi Rp5.000/orang), wang insurans Rp250/orang, head lamp/lampu picit Rp5.000/orang dan juga air minuman jika anda terlupa membawa air, ataupun kawan anda kedekut nak share air dan hanya membawa air mineral sebotol kecil sahaja. Maka, setiap rayuan adalah amat bermakna, sebab air mineral 1.5L berharga Rp7.000. Cis.

Gua Cerme sepanjang 1.5KM itu dijangka habis ditelusuri sekitar 1.5jam, kira2 0.1jam bagi setiap 100m. Tidak termasuk berehat nak berkelah dalam gua sambil minum air bawaan anda tadi dan juga mengambil gambar. Tetapi disebabkan kesemua 6 kami tidak memiliki kamera, maka perjalanan hanya mengabil masa lebih kurang 2jam sahaja. Kenapa? Jangan tanya.

Sepanjang perjalanan, anda dinasihatkan memakai kasut kerana jalannya yang berbatu, jangan memakai selipar mahupun sandle kalau anda-tak-tahan-sakit-pijak-batu-sikit-langgar-batu-sikit-dah-nangis punya orang. Diingatkan juga, perjalanan di Gua Cerme juga sangat menakjubkan sebab anda kena menelusuri air/sungai yang memang gerenti akan basah lencun, apatah lagi yang jenis jakun konon2 berenang la, terapung la, selam la dalam tu walaupun air parat lutut jer.. dan jalan itik. Maka, jangan ngada2 nak bawak wallet/handphone.

Permandangan di dalam Gua Cerme memang best, semangat giler la semua orang eh gelap giler laa, bau kemenyan laa, wahh lawa giler la batu ni, ohh tu tempat walisongo bertapa dulu, stalakti stalagmit segala, dan lagi best kalau ada kamera dan tangkap gambar. Sudien mana kamera kau? Aku buat souvenir kat Bali laa. Fine. Fine.

Selepas bertungkus lumus meredah sungai, jalan itik, jakun tengok kelawar, menjerit ayu bila terjatuh sambil beristighfar, menaiki jeram yang memang hebat giler siap buat Shiatsu segala, sampai la ke penghujung gua. Tapi jangan cepat happy, sebab anda perlu menaiki dan menuruni gunung untuk kembali ke tempat asal. Cobaan betul.

Pengalaman menakluk gua memang sangat menarik. Biarpun takde gambar, tapi ia akan tetap di hati. Wahh, nak cover sedih ke?

Jadi, dengan kos cuma Rp14.250/orang (+/- Rm6.00) anda boleh berjalan dan bersuka ria sambil menikmati ciptaan Tuhan. Kalau kawan anda baik, boleh la jimat Rp250 duit insurans dan Rp10.000 duit minyak sebab dia tolong bayarkan, atau kalau tak bernasib baik, kenalah beli handphone baru sebab anda terlupa nak simpan dan terbawak dan terjatuh dalam gua tu. Atau tayar anda pancit ditengah jalan dan tak jumpa kedai nak tampal kat mana, anda pergi ganti je tiub terus. Tapi kena la tambah Rp35.000 dalam budget. -.-

Okay. Jumpa lagi di pengalaman yang akan datang!

1 April 2011

Salam.

Haaa, post 1 April tapi publish 6 April. Ayam betul. Semua salahkan diri sendiri sebab enak menikmati hidup seorang penganggur sampai lupa tanggungjawab update blog sendiri. Maafkan diri ini. sob sob.

Orang cakap, 1 April merupakan hari yang sangat best nak pekena kawan sendiri. Letak ubat gigi dalam kasut, nyorokkan buku latihan tubi Fizik, call kawan sendiri dan mengaku warden sekolah sebab kantoi bawak hp pergi asrama, ataupun sekadar angkat katil member tengah2 malam masa dia tengah tidur alih2 esok pagi bangun dah berada di tengah padang bola. Ish ish.

Apa seronoknya 1 April ni?

Mengikut sejarah, konon2 masa zaman dulu2 diorang sambut tahun baru 1 April setiap tahun. Ada jugak yang sambut 25 Mac. Al kisahnya ada pulak Pope ni dia tukar jadi tahun baru pada 1 Jan. Macam sekarang ni. Tapi masa dulu, diorang macam taknak layan sangat la dan masih sambut tahun baru 1 April. Jadi, adalah sesetengah orang yang gelakkan mereka yang sengal ni dan pekena ejek diorang. Maka jadilah April Fool.

Orang France ada jugak panggil April Fool ni Poisson d'Avril ataupun dikenali sebagai April fish. Sebabnya, diorang kalau dah pekena kawan diorang, maka diorang pun akan amik gambar member yang kena pranked tadi dengan berlatarbelakangkan seekor ikan. Whatthefish kan?

Okay, masalahnya sekarang, masih ada lagi orang yang sambut April Fool bila mana jatuhnya tarikh 1 April setiap tahun. Tak menarik langsung. Kenapa tak menarik? Sebab ada orang kata, sebenarnya April Fool ni dibuat sempena kejatuhan orang2 Islam dan diorang pun kena fooled. Disebabkan semangat al-sabiah yang tinggi, diorang pun dah tak sambut dah.

Tapi, bagi sesetengah orang, tanggal 1 April merupakan tarikh yang amat bermakna. Dan ni takde kaitan langsung dengan April Fool mahupun April Fish tadi. Please laa.

Sebagai contoh, tanggal 1 April 1996 Siti Nurhaliza mula berkecimpung secara rasmi sebagai penyanyi. Dan 1 April 2005 beliau membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Dan tahun ni, genaplah 16 tahun beliau di hati kiteww.



















Tengok? Orang kata tak baik sambut hari tu hari ni tangal tu tanggal ni. Tapi secara peribadi, setiap tarikh tu mempunyai makna tersendiri.

Dan Alhamdulillah, 1 April 2011 juga merupakan tarikh yang bermakna buat aku, dan teman2 seperjuangan yang lain.


Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum berpenghujung. Semoga dengan ini, kekuatan dan ketabahan hati masih seiringan dengan langkah tanpa henti.

InsyAllah. Semoga Allah merahmati. Amin.