Liberal, tak?

Salam.

Haa, mesti nanti ada yang komen, eh tak boleh tulis salam la, a'kum pun tak boleh. Kena tulis Assalamualaikum. Sebab a'kum tu maksud dia something something salam pulak maksud dia something something, jadi kenalah tulis lengkap. Tu baru beri salam, tak sampai bab Iman dan Islam lagi.

Selalu jer berbincang dan bersoal jawab tentang agama. Islam khususnya. Yelaa, nak join usrah malas. Kalau join pun, nanti takut nak buat jahat dah. Mestilah taknak join kan. Jadi berusrah sesama kita jer. Lepas tu ke laut.

Di sebabkan mak abah kita orang Johor, dan kita pun lahir dan dibesarkan di Johor, nak taknak, dulu sekolah ada 2 kali. Sekolah rendah kebangsaan dan Sekolah agama. Masuk pulak sekolah menengah (Mckk) yang semuanya memang orang Melayu/Bumiputra yang beragama Islam, jadi semuanya mudah. Belajar dan ikut je apa yang diajar.

Sampai bila dah keluar ni, baru bergaul dan berjumpa dengan orang yang beragama selain Islam. Bila dah di tahap ni, mulalah macam2 pegangan dan pendapat mereka tentang agama mereka. Ada yang sangat berbeza dengan agama kita, tapi ada juga yang lebih kurang sama. Malah, mereka yang satu agama pun kadang2 boleh berlainan pendapat. Ada yang percaya ikut Ustaz diorang, ada yang percaya kat internet dan ada juga yang percaya atas apa yang sebenarnya mereka percaya; logik akal fikiran.

Semuanya berbeza.

Tapi tapi, ada satu yang aku rasa memang takde kompromi dah. Kalau ada pun, mungkin sebab dia ethist. Bahawa sebenarnya Tuhan tu ada satu. Kalaupun dia cakap ada banyak Tuhan, tapi yang terakhir sekali mesti ada jugak Tuhan yang Maha Esa.

Okay, kalau itu bukan berdebatan kita, apa yang nak dibincangkan? Sebenarnya, topik selanjutnyalah yang menjadi semakin kompleks sama ada kau dah di doktrin (?) atau belum dengan kepercayaan agama masing2. Laa pulak, kena doktrin dan percaya pun salah ke?

Macam mana kau nak tegakkan bahawa agama kau adalah yang benar dan sempurna?

Kita boleh cakap, berdasarkan Al-Quran sunnah dan Hadis, dan semua enam rukun Iman untuk membuktikan kita percaya,  dan kepercayaan itu adalah akar segalanya, tapi macam mana kita nak buktikan kepercayaan kita itu kepada mereka yang hanya percaya Tuhan ada satu Yang Maha Esa, tetapi tidak percaya wujudnya nabi utusan Tuhan serta kitab yang diturunkan kepada mereka?

Sampai persoalan ini, tiada siapa yang boleh menegakkan kebenaran, menghuraikan segala simpul serabut akal dan meyakinkan hati dan minda yang ketandusan jawapan, kecuali satu, percaya. Kerana apa? Al-Quran dan hadis tidak lagi menjadi batu ukur keimanan dan peleraian, tetapi kepercayaan kepada Al-Quran dan hadis itulah yang meyakinkan kebenaran.

Jadi, dalam konteks liberal mahupun intolerant, keyakinan itu adalah penting bagi meyakini dan diyakini. Kalau konsep percaya masih belum kukuh, jangan kau berdebatkan tentang halal dan haram, syurga dan neraka, hidup dan mati. Sebab semuanya terlindung disebalik percaya, iaitu iman.

Masa untuk menimba ilmu dengan lebih banyak lagi. Bukan setakat faham dan mengerti, tetapi disulami dengan iman yang hakiki. Semoga Allah merahmati.