Tidurmu bukan lagi bertemankan mimpi

 


p/s: Post status UPIMI yang terbaru:

Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia" [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Jantung berhenti berdegup 2 saat. Perit.

Petua hilangkan sedih dan kecewa

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam..

Salam dan selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

1. Pagi tadi sepatutnya ada majlis sambutan Maulidul Rasul, tapi tak boleh (malas) nak datang. Konon-konon nak jaga kawan kat hospital dan tak sanggup nak tinggalkan dia sorang-sorang. Ya. jawapan yang kalau jawab masa exam, tersangat la pen merah (fail).

2. Ada beberapa orang juga yang tanya kenapa aku nampak sangat tidak bermaya dan muram kebelakangan ni. Serius, takde jawapan di situ. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang aku tau, aku perlu belajar untuk memaafkan dan berhenti untuk dengki, benci, marah dan meluat kepada orang lain. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa korang nampak muka aku agak gelap sekarang (selain gelap kena matahari Bali dan sebagainya).

3. Ya. Belajar untuk memaafkan.

4. Semakin aku kenal dengan semua orang, semakin aku tak faham. Semuanya. Prinsip hidup dia, perangai dia, suka benci dia, peribadi dia. Mungkin bila waktu-waktu macam ni lah aku mula rasa benda ni sangat betul. Aku dapat ayat ni daripada salah seorang kawan baik aku. urm tak. Bukan dia bagi aku, tapi aku ambil dari status dia yang dia cakap dia quote dari satu movie. Sangat. Aku perlu tengok balik no 3 tadi.

5. Mungkin dah ramai yang dengar ayat ni. Tapi kali pertama aku dengar, aku terasa yang benda tu sangat betul.

 The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had.

Kita hanya perlu jadi diri sendiri. Tiada lakonan, bukan hipokrit, dan bukan juga cuba menjadi orang lain. Ain pernah cakap, kadang-kadang best juga kalau ada sahabat pena. Haha' waktu tu aku tergelak. dan sekarang pun aku masih tergelak. Gelakkan diri sendiri sebab aku rasa betul jugak. Mungkin cukup sekadar kita komen kat status dia, borak dua tiga ayat, sekadar tanya khabar dan bertukar-tukar lagu, terus kita rasa dia orang paling baik pernah kita jumpa. Hati kita pun senang dan tenang sebab tak perlu nak berdendam segala.

6. Merujuk kembali nombor 3.

7. Aku dah mula rasa yang blog bukanlah tempat yang sesuai sebagai tempat luahan perasaan. Kalau dulu, aku selalu ingat yang kita bila-bila jer boleh meluahkan apa yang kita rasa kat sini. Tapi mungkin tidak lagi sekarang. Banyak hati kita perlu jaga, banyak perasaan perlu kita jaga, sampaikan setiap baris ayat pun kita nak baca banyak kali, nak pastikan ayat tu tak mengganggu mana-mana sensitiviti orang lain. Dan itu sangatlah tidak best.

8. Okay. Kita terus kepada petua kita pada hari ini. Kalau korang rasa stress dan sedih, dengarlah lagu ni. Lirik dia sangat best dan Cheryl Cole nampak sangat cun di sini. (minus pinggang ke bawah) Tapi kalau tak boleh juga, pergi amik wudhu' dan buat solat sunat. Kalau tak pun baca Quran. Itu adalah 'lagu' yang paling mujarab.

9. Tengok balik nombor 3.
 

Nak Theme Background macam saya?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Sambil dengar panggilan hangit kat Hotfm. 
Kelakar sampai rasa nak tampar je FBI dengan Fafau tu.

Urm, dah lama dengar orang cakap pasal Nuffnang . Diorang cakap, sebenarnya sambil kita buat blog, sambil tu kita boleh minum air. Erk.. maksud saya buat duit. Dia semacam sejenis sistem yang bekerja sebagai iklan, mutualism. Kita tolong dia promote webside dia, dia tolong kita bagi alaun. Haha' macam menarik kan? :)

Tapi tadi konon-konon nak try cuba test la benda tu. Tapi, masa nak sign up je kan, sempat menyempat dia bagi grafic-peta-silang-kata macam ni:


Tak faham maksud tersirat? Ok, tengok gambar ni selepas di besarkan.


Bila tengok bancian segala macam kat blog sendiri tak macam dia, dia mahupun dia (acece~ sure ada yang kembang sebab sama famous dengan paknil) terus rasa macam sedih giler. T_T

Owh ya, kepada yang berkenaan, maaf sangat-sangat sebab terlupa nak bagitau pasal benda ni. Ya, nak background over lagi poyo macam saya punya? Sila ikut langkah2 ini.

Haha' sebenarnya ada la buka banyak2 blog dan webside yang ajar macam mana nak buat. Tapi rasa ini yang paling senang nak faham dan best bila dah cuba. :)

Selamat berjaya kepada siapa yang rasa nak jadi poyo jugak!

Soalan kuiz: kenapa doktor tutup mulut masa buat pembedahan?
--> rasa nak sepak je siapa yang bagi jawapan bongek.

Ini bukan cerita lawak

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Sekarang tepat pukul 4.44 pagi Waktu Indonesia Barat. Ya, aku tau, waktu yang lebih afdal kalau kita buat solat tahajjud berbanding merepek merapan kat sini (ada ke simpulan bahasa tu? Sila google sendiri).

Dari malam tadi belum tidur. Okay bohong. Tidur kejap kat kost Fitri Fareez tadi sempena menunggu ketibaan rombongan UKM sampai. Tu belum termasuk tidur petang lepas main badminton-menang-semua-game-lepas-tu-berlagak-nak-mamp*s-lepas-tu-kalah-dengan-sid-dan-ifa yang boleh disifatkan agak tak sihat selepas aktiviti olahraga yang sihat. Apakah??! Oh ya, mungkin bersenam itu lebih bagus untuk anda berjaga sepanjang malam berbanding kopi bengawan solo mahupun Hartz Chicken semalam yang tak berapa nak pekat tu. Kan Fatin?

Nampak gaya, bukan NAMPAK GAY OKAY! kita dah merepek yang amat sangat paling sungguh. Padahal tajuk dah cakap ini bukan cerita lawak. Baiklah, kita teruskan kepada tajuk utama.

Post kali ini ditujukan khas kepada kau-tau-kau-siapa.

Aku bukan doktor cinta, apatah lagi doktor tabib segala macam yang kat Take Me Out Indonesia tu. Tapi dengarkanlah pendapat orang yang pernah bercinta sebanyak 3kali ini dalam hidup ini. (semua gadis-gadis itu aku tau masih belum cukup umur. Ops, maksud aku cinta budak sekolah rendah. LOOSER~) T_T

Kita mungkin senang untuk menyukai orang lain. Kita senang dengan orang yang baik, orang yang cantik, apatah lagi orang yang kaya (kantoi). Tapi bukan mudah untuk menyintai orang lain. Sehidup semati.

Ada orang cakap, cinta itu sebuah proses. Proses untuk menyintai dan saling dicintai itu memerlukan proses. Proses untuk mengenali, proses untuk mengetahui, proses untuk memahami, proses untuk saling memberi dan menerima. Dan perjalanan suatu proses itu memakan masa. Mungkin boleh sampai bertahun-tahun sampai kita jumpa orang yang hampir sempurna.

Ada juga yang cakap, kita tak perlukan cinta untuk bahagia. Berkahwin, kemudian bercinta juga boleh bahagia. sebab cinta adalah suatu proses. Tak kenal maka tak cinta, tapi tak bermaksud kenal maka cinta.

Aku percaya dengan cinta. (Ya, agak boleh spam terus blog ini sebab geli nak mati) Dan kau juga perlu percaya dengan cinta. Kita tak boleh nak memaksa, tapi sekurang-kurangnya kita boleh setia dan sentiasa ada untuk cinta. Tak salah kita berusaha dan tunduk sedikit demi cinta. Sebab setinggi-tinggi ego tak boleh beli cinta. Saling memahami dan percaya antara satu sama lain. Kalau kau rasa dia sesuai dan jodoh yang ditakdirkan untuk kau, kau perlu bersedia untuk segala kemungkinan yang ada.

Jangan pernah takut untuk bermimpi, dan jangan pernah takut untuk gagal dalam cinta. Sebab hakikatnya cinta hakiki hanya kepada-Nya semata-mata. Tapi tak salah untuk kita kongsi dan mendalami cinta antara manusia. Dan kau tau cinta itu suci. Manusia itu sendiri yang merobek kesucian cinta.

Kan aku dah cakap. Aku bukan pakar dalam bab cinta, tapi aku nak kau tau, yang aku sentiasa ada bila kau memerlukan teman untuk berkongsi. :)

Pagi ni ada kelas jam 9. Lecture je pun. Tapi masih perlu datang. Bukan untuk dengar lecturer itu menglecture, tapi nak siapkan pathology anatomy. (-_-")
Bye semua. Selamat Pagi.

Cerita Hujan

Aku jumpa dengan kawan baru hari ini. Kitorang pergi makan, sembang-sembang sikit dan kemudian balik. Sekejap jer tapi still...


Balik jer terus hujan. Bye. Nak pergi mandi.

Terkedu

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

.............

I : sudien, dah berapa lama kau tak solat subuh?

..............

Y : Salam. Sibuk ke?
Aku : Salam. Agak la. Tengah study. Esok ada PA. Jumaat ada tentamen. Ada apa?
Y :  nak tanya tentang usrah..
    : sayang kalau adik2 ni tak ikut usrah dah...
    : mengejar dunia lebih mengejar ahirat..
    : dan nak tanya adik ni solat tahajud macam mana.
    : baca quran sehari berapa lembar..
    : semoga selalu dekatlah dengan ALLAH..

..............

Terkedu. Mulut kata lain, hati kata lain.

Mamat poyo

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
 
Salam..

Masa tengah bosan dan sengal-sengal badan tak tau nak buat apa tadi (bukan tak tau nak masak tahu lauk apa okay), aku pun terjumpa satu video syok sendiri dalam banyak2 file dan folder yang ada dalam laptop kuno perisa acer aku ni. Tiba-tiba terasa macam diri ini sangat glamour dan ramai peminat. (Tolong jangan kira berapa banyak pengikut aku kat sebelah ni, dan juga berapa ramai staker aku mengikut bancian di sebelah kanan bawah ataupun paling bawah di muka surat ini.sambil membandingkan dengan kalian punya.Ya aku tau, tu semua sangat tak popular! *sigh*)

Korang pernah tak jumpa muka korang masuk TV ataupun mana2 majalah di dunia?

Memang tersangat poyo dan ... (sambung ayat menggunakan ayat sendiri). Tapi, hei hello hello anda semua, aku di youtube~!



Padahal diri sendiri yang uploadkan. T_T

Dedikasi ucapan terima kasih kepada Aisyahuh yang baik hati lagi berwibawa. Aisyah, keyboard dengan music note kau masuk youtube la.. :)

Eww.. tak baik jeles la. okay lah. bagi chance.. tengok la diorang ni yang memang sangat popular dan cun melecun. Tiga juta viewers okay. TIGA JUTA!



Ramayana Ballet

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Pernah dengar kisah cinta Dewi Shinta dan Dewa Rama? (ini adalah versi pendek daripada 18 buah buku)

.............................


Dengan bantuan Kolo Marico yang dapat berubah menjadi Kijang Kencana untuk menggoda
Rama, Sinta dan Laksmana, Rahwana berhasil menculik dewi Sinta. Burung Jatayu menyelamatkan, tetapi gagal dan jatuh ke bumi. Sebelum tewas, Jatayu sempat memberitahu bahwa dewi Sinta telah di culik.



Rama mengutus Hanoman pergi ke Alengka untuk melihat keadaan Sinta. Setelah Hanoman menyerahkan cincin Setia Prabu Rama kepada Sinta, Hanoman mengamuk menghancurkan Taman Argasoka dan bertempur melawan Raksasa penjaga taman.



Akhirnya, Hanoman berhasil ditawan oleh Handrajit dan Rahwana memerintahkan untuk membakar Hanoman. Berkat kesaktiannya, Hanoman tidak tewas, bahkan mengamuk dan menjadikan Negeri Alengka menjadi lautan api.

Di Pancawati, Hanoman melaporkan keadaan Negeri Alengka. Setelah itu, Prabu Rama memerintahkan Hangodo pergi ke Alengka meminta agar Rahwana mengembalikan dewi Sinta secara damai. Rahwana sangat murka mendengar hal itu. Sehingga diperintahkan Pajurit Raksasanya untuk membunuh Hangodo. Kumbokarno mencegah dan melindungi Hangodo. Rahwana menjadi semakin murka dan mengusir Kumbokarno kelaur dari Alengka.


Ketika seluruh prajurit Alengka diperintahkan ke medan perang, dengan diam-diam Hindrajit memohon bantuan Kumbokarno untuk ikut berperang. Kumbokarno bersedia berperang demi negeri Alengka, bukan demi Rahwana, kakaknya yang jahat.Seluruh prajurit Alengka tewas terbunuh di medan perang, demikian pula akhirnya Kumbokarno pun juga gugur.


Setelah mengunjungi Sinta di taman, Rahwana bertempur melawan Prabu Rama. alam perang tanding tersebut Rama berhasil mengalahkan Rahwana. Kemudian, Hanoman menjemput dewi sinta yang sangat gembira akan bertemu suaminya.


Tetapi Rama menolak ketika keduanya bertemu sebab Rama meragui akan kesucian Sinta. Diperintahkannya Sinta untuk mandi api suci terlebih dahulu. Setelah api suci disiapkan, Sinta segera melompa ke dalam api yang tengah menyala-nyala.

..............................

Tak faham? Boleh baca cerita yang lebih detail kat sini. Aku tau korang sangat malas nak mencari kan? Haha'

................................

p/s: Mengagumi bukan bererti mempercayai.

Dia datang, Dia pergi.

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam.

Tak sedih pun bila Ainan dah balik dah. Tapi tetiba rasa sunyi pula. Seminggu penuh tak sentuh buku dan tak ingat langsung nak belajar. Okay tipu, padahal ada juga la baca anatomy hari tu (merujuk kepada post sebelum ini).

Haha' ini bukan cerita air mata. Jadi kepada Ain Zubaidah, Aisyah Abdullah mahupun Nurul Izyan Rahmat, tak perlulah pergi atas katil sambil bawa tisu ok?







Hei engkau! poyo giler babs lar.. Buat post untuk orang lain tapi banyak gambar dia. Baiklah, kepada peminat Ainan, berpuas hatilah dengan gambar ni.





Ish.. tu pun tak cukup ker? Nah, amik satu lagi muka poyo dia. Korang boleh save sekali kalau nak buat wallpaper desktop. 




Oh ya, aku bukan bapak ayam ek. Jadi, kalau nak nombor telefon dia, minta la sendiri. :P

Janji Tetap Janji.. (ops, rasa2 kau Ainan belum termasuk dalam perjanjian ni dulu kot!)

Banyak duit, datanglah lagi k? Selamat malam! :)

Burung Gagak

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Ingat tak iklan Raya Petronas pasal burung murai? Kalau lupa, boleh tengok kat sini.

Walaupun agak tiada kaitan, tapi mungkin ada. Antara burung gagak dan burung murai. Sila teka? HAHAHAHA'


Selamat Hari Lahir ke-22 Pakcik Fikri :)
4 Februari 1988

Semoga panjang umur dan murah rezeki, serta menjadi manusia yang berguna. Ya, berguna juga bermaksud boleh dipakai. Dalam erti kata lain, boleh dipakai kalau nak pinjam duit, pinjam keyboard, pinjam nota dan pinjam baju over yang kau ada tu. Dan juga seluar, kasut, beg dan segala2nya yang over. 

Gambar ni sangat lawa dan menyebabkan aku agak jealous. Fine~

Disebabkan kejealousan aku, aku tebus dengan gambar ni! :P

Maaf tiada kata2 yang dapat diungkap. Mungkin sebab malas nak buat dosa dengan mengutuk dan memangkah si tuan punya diri. *padahal sebab nak baca anatomy yang sangat susah dan yang telah menyebabkan aku fobia/trauma/apa2 je ayat yang sesuai atas kegagalan aku dalam exam yang lepas*

(kalau siapa yang perasan, post ni dah edit, sebab ada kesilapan teknikal masa menaip, mungkin juga sebab otak dah sewel sebab anatomy, sigh!)


*gambar ikhsan Fazrul Basir