Ini bukan cerita lawak

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Sekarang tepat pukul 4.44 pagi Waktu Indonesia Barat. Ya, aku tau, waktu yang lebih afdal kalau kita buat solat tahajjud berbanding merepek merapan kat sini (ada ke simpulan bahasa tu? Sila google sendiri).

Dari malam tadi belum tidur. Okay bohong. Tidur kejap kat kost Fitri Fareez tadi sempena menunggu ketibaan rombongan UKM sampai. Tu belum termasuk tidur petang lepas main badminton-menang-semua-game-lepas-tu-berlagak-nak-mamp*s-lepas-tu-kalah-dengan-sid-dan-ifa yang boleh disifatkan agak tak sihat selepas aktiviti olahraga yang sihat. Apakah??! Oh ya, mungkin bersenam itu lebih bagus untuk anda berjaga sepanjang malam berbanding kopi bengawan solo mahupun Hartz Chicken semalam yang tak berapa nak pekat tu. Kan Fatin?

Nampak gaya, bukan NAMPAK GAY OKAY! kita dah merepek yang amat sangat paling sungguh. Padahal tajuk dah cakap ini bukan cerita lawak. Baiklah, kita teruskan kepada tajuk utama.

Post kali ini ditujukan khas kepada kau-tau-kau-siapa.

Aku bukan doktor cinta, apatah lagi doktor tabib segala macam yang kat Take Me Out Indonesia tu. Tapi dengarkanlah pendapat orang yang pernah bercinta sebanyak 3kali ini dalam hidup ini. (semua gadis-gadis itu aku tau masih belum cukup umur. Ops, maksud aku cinta budak sekolah rendah. LOOSER~) T_T

Kita mungkin senang untuk menyukai orang lain. Kita senang dengan orang yang baik, orang yang cantik, apatah lagi orang yang kaya (kantoi). Tapi bukan mudah untuk menyintai orang lain. Sehidup semati.

Ada orang cakap, cinta itu sebuah proses. Proses untuk menyintai dan saling dicintai itu memerlukan proses. Proses untuk mengenali, proses untuk mengetahui, proses untuk memahami, proses untuk saling memberi dan menerima. Dan perjalanan suatu proses itu memakan masa. Mungkin boleh sampai bertahun-tahun sampai kita jumpa orang yang hampir sempurna.

Ada juga yang cakap, kita tak perlukan cinta untuk bahagia. Berkahwin, kemudian bercinta juga boleh bahagia. sebab cinta adalah suatu proses. Tak kenal maka tak cinta, tapi tak bermaksud kenal maka cinta.

Aku percaya dengan cinta. (Ya, agak boleh spam terus blog ini sebab geli nak mati) Dan kau juga perlu percaya dengan cinta. Kita tak boleh nak memaksa, tapi sekurang-kurangnya kita boleh setia dan sentiasa ada untuk cinta. Tak salah kita berusaha dan tunduk sedikit demi cinta. Sebab setinggi-tinggi ego tak boleh beli cinta. Saling memahami dan percaya antara satu sama lain. Kalau kau rasa dia sesuai dan jodoh yang ditakdirkan untuk kau, kau perlu bersedia untuk segala kemungkinan yang ada.

Jangan pernah takut untuk bermimpi, dan jangan pernah takut untuk gagal dalam cinta. Sebab hakikatnya cinta hakiki hanya kepada-Nya semata-mata. Tapi tak salah untuk kita kongsi dan mendalami cinta antara manusia. Dan kau tau cinta itu suci. Manusia itu sendiri yang merobek kesucian cinta.

Kan aku dah cakap. Aku bukan pakar dalam bab cinta, tapi aku nak kau tau, yang aku sentiasa ada bila kau memerlukan teman untuk berkongsi. :)

Pagi ni ada kelas jam 9. Lecture je pun. Tapi masih perlu datang. Bukan untuk dengar lecturer itu menglecture, tapi nak siapkan pathology anatomy. (-_-")
Bye semua. Selamat Pagi.

12 Responses so far.

  1. udieeeeennnnn.....
    cinta yang SATU paling kekal hakiki.. tidak di banding dengan cinta apa pun.. tidak akan mendapat kesakitan tapi ketenangan...

    cinta pada diri dia memang perlu.. sebagai salah satu molekul kehidupan.. semoga anda ketemu jodoh yang sempurna, beriman, serta solehah ;)

    Allah bless you Hafizuddin Jailani..

  2. sudin,hahaha,kopi itu sangat pekat ok..haha,ftn pon x blh tidur malam tuu.
    okay back to kisah cinta,erm wow,x sangka pulak,mcm berjangkit dr belog fatin jek.
    i think i can guess kt siapa u tujukan blog ini :)

  3. owh owh owh...

    selamat siapkan kerja dlm kelas!

  4. cop..nk tau gak..rombongan UKM?? lawatan sambil belajar ke ape? hurmmmmmmmmmm......

    p/s:OMG,aq punya word verification arinih "melor" !!!

  5. aku macam boleh teka je kisah kasih cinta whatsoevs ko ni.but it's just a rough guess.
    kaya sudin?kantoiii dowh!

  6. bercinta dengan budak bawah umur? Nak masuk perjara ke????

    haha.

  7. sudin nye mcm senang teka.
    betul,kalau u kaya,semua org suka.
    semua datang.kan?

  8. ~yon~ says:

    apsal ak rsa time ko tulis post ni ko sgt2la pnuh dgn prasaan c.i.n.t.a itu...hehehe

    tahniah2 krana brjaya tulis cmni utk tatapan umum...ko tlis ak baca sbb ko jrg2 tulis ayat2 cmni..jgn slalu ek..nnt bosan=p

    uik ana n fatin ni memg kaki gosip berdua..diorg tahu je kot~

    hanum..knapakah anda x sdikit pn mnyentuh pasal post chenta itu??hairan saya*sambil urut2 janggut yg x ada*lalalala~

  9. udienjai says:

    wow.. sekali jer sampai 8 komen yg dtg. menarik :)

    izyan: InsyAllah. kalau da jodoh tak ke mana. Semoga kita semua beroleh yang terbaik :)

    fatin: sudien tidor dgn nyenyak kot lepas minum kopi tu. haha' urm. mungkin skg musim jangkit nak post jiwang. selepas jangkitan post emo dah berlalu pergi.

    anum: kau mmg supportive! haha' ye. student UKM dtg buat lawatan sambil belajar sambil buat khidmat masyarakat sambil minum air sambil.. (shut up kau!)

  10. udienjai says:

    ana: kau mmg kaki gosip. kalah kerja aku sebagai paparazzi. HAHAHA'

    Aijud: bercinta dgn budak bawah umur masuk penjara ke? Patutlah xde org nak lamar aku! cis.

    fatin: kaya tu BONUS jer :P Siapa2 pun nak ditujukan post ni. siapa macam gudek, dia terasa gedik. dan aku taknak makan gudek (tak glamour betul)

    Yon: Thanx. Kalau kau nak khidmat nasihat cinta, jemput la dtg rumah ye. aku bg harga diskaun.

  11. Ade2 je la ko ni Sudin...bercintan-cintun pulak... Cinta tu bukan proses. Hanya perasaan yang membodohkan, penuh dengan kelimpahan. Bukan proses, tak perlu ditanam, hanya perlu dipupuk. Ia hadir sekali, jiwanya kekal abadi. Ianya seperti taufan buta, mengindahkan kejelekan segala rupa, melanggar semua kewarasan minda... Semoga tuhan tolong ko dalam cinta...

  12. udienjai says:

    imran, kalau cinta tak perlu ditanam, macam mana dia nak dipupuk? bukan ker nak pupuk itu juga merupakan satu proses? :)