Petua hilangkan sedih dan kecewa

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam..

Salam dan selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

1. Pagi tadi sepatutnya ada majlis sambutan Maulidul Rasul, tapi tak boleh (malas) nak datang. Konon-konon nak jaga kawan kat hospital dan tak sanggup nak tinggalkan dia sorang-sorang. Ya. jawapan yang kalau jawab masa exam, tersangat la pen merah (fail).

2. Ada beberapa orang juga yang tanya kenapa aku nampak sangat tidak bermaya dan muram kebelakangan ni. Serius, takde jawapan di situ. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang aku tau, aku perlu belajar untuk memaafkan dan berhenti untuk dengki, benci, marah dan meluat kepada orang lain. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa korang nampak muka aku agak gelap sekarang (selain gelap kena matahari Bali dan sebagainya).

3. Ya. Belajar untuk memaafkan.

4. Semakin aku kenal dengan semua orang, semakin aku tak faham. Semuanya. Prinsip hidup dia, perangai dia, suka benci dia, peribadi dia. Mungkin bila waktu-waktu macam ni lah aku mula rasa benda ni sangat betul. Aku dapat ayat ni daripada salah seorang kawan baik aku. urm tak. Bukan dia bagi aku, tapi aku ambil dari status dia yang dia cakap dia quote dari satu movie. Sangat. Aku perlu tengok balik no 3 tadi.

5. Mungkin dah ramai yang dengar ayat ni. Tapi kali pertama aku dengar, aku terasa yang benda tu sangat betul.

 The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had.

Kita hanya perlu jadi diri sendiri. Tiada lakonan, bukan hipokrit, dan bukan juga cuba menjadi orang lain. Ain pernah cakap, kadang-kadang best juga kalau ada sahabat pena. Haha' waktu tu aku tergelak. dan sekarang pun aku masih tergelak. Gelakkan diri sendiri sebab aku rasa betul jugak. Mungkin cukup sekadar kita komen kat status dia, borak dua tiga ayat, sekadar tanya khabar dan bertukar-tukar lagu, terus kita rasa dia orang paling baik pernah kita jumpa. Hati kita pun senang dan tenang sebab tak perlu nak berdendam segala.

6. Merujuk kembali nombor 3.

7. Aku dah mula rasa yang blog bukanlah tempat yang sesuai sebagai tempat luahan perasaan. Kalau dulu, aku selalu ingat yang kita bila-bila jer boleh meluahkan apa yang kita rasa kat sini. Tapi mungkin tidak lagi sekarang. Banyak hati kita perlu jaga, banyak perasaan perlu kita jaga, sampaikan setiap baris ayat pun kita nak baca banyak kali, nak pastikan ayat tu tak mengganggu mana-mana sensitiviti orang lain. Dan itu sangatlah tidak best.

8. Okay. Kita terus kepada petua kita pada hari ini. Kalau korang rasa stress dan sedih, dengarlah lagu ni. Lirik dia sangat best dan Cheryl Cole nampak sangat cun di sini. (minus pinggang ke bawah) Tapi kalau tak boleh juga, pergi amik wudhu' dan buat solat sunat. Kalau tak pun baca Quran. Itu adalah 'lagu' yang paling mujarab.

9. Tengok balik nombor 3.
 

4 Responses so far.

  1. udien... iz pon kne cross check ayat berkali2 takut org terasa.. tapi mungkin bagi kita dah ok bagi org lain masih menusuk.. so sorry gak if iz ade wt udien terasa.. ok sebelum tdo cuba kita cakap begini...

    "Ya Allah kau ampunilah dosa2 ku.. aku sudah memaafkan insan di sekeliling ku dan aku berharap mereka memaafkan dirikiu juga.. Amin"

    baru berseri dunia dgn pelbagai karenah manusia.. kalau semua sama tak de warna warni kehidupan.. jadi diri kita yang sebenar agar ia lebih bermakna..

    Allah bless you Nur Hafizuddin Jailani..

  2. ain says:

    salam.
    sudin, mksd aku sahabat pena tu, yg hantar2 surat n tukar2 poskad. tak penah tfikir ym dan fb pn ble dikira sahabat pena. -_- haha'
    belajar memaafkan, dan dimaafkan. ;(

  3. i'm here=)

    eyh nama ko bukan meor hafizuddin ke?adoi

  4. aisyahuh says:

    "true friendship comes when silence between two people is comfortable"

    hiks. bagi aku, tu ayat best regarding friendship :P same goes dengan ayat,

    "i want the person i love to be loved by the person he loves"

    oke kalau yang tu regarding pasal relationship plak. ewaaaah! hahahaha :P