Konfius

Tak tahu lah hari ini (dan hari-hari sebelum ini) adalah hari konfius se dunia ke hapa. Tapi memang confusion state aku saat ini memang dah tahap head injury level berat, yang bezanya cuma Glasgow Coma Scale aku masih di tahap 15. Hari ini tanggal 29 Februari 2012, bersamaan dengan tahun lompat yang julung-julung kalinya tiba 4 tahun sekali, mungkin merupakan hari aku kena ingat sampai bila-bila. Atau mungkin sampai habis State Forensik je kot.

Hari ni aku ada DOPS - kepanjangan untuk apa aku pun tak tau. Ini bukan sebab konfius ke apa, tapi memang sebab aku tak tau -.- DOPS ni macam sejenis ujian laa. Atau mini exam orang panggil. Kebetulan ada dua DOPS. Satunya pasal Toxicology dan satunya kasus mati.

Okay, kita mulakan dengan DOPS pertama iaitu Toxicology.

Dengan keadaan gelabah dan blur dan rasa macam kepala otak ni sangat gediks sebab tak boleh menghafal dengan jayanya, pembahagian group berempat-empat dengan Prof Nia-wati, Si Baskom Dhika dan Siti Yon dah terasa macam. Omg. mesti diorang ni over nanti bila kena tanya kan. Takpe lah. Yang penting aku kena fokus apa yang aku nak jawab sekarang. Teknik senyum-senyum dah tak laku dah. Mesti sebab si lesung pipit dah berjaya menewaskan kemanisan senyuman aku sampai dah tak sanggup nak senyum lagi sebab kalah. Eh tetiba.

Dalam kepala hotak, tinggal hafal nama Arsenic dengan bentuk persediaan dia macam ni, Cyanida bentuk sediaan dia macam ni, dan Alkohol bentuk sediaan dia macam ni. Okay, kalau aku dapat golongan darah, nak hentam jer. Tapi kalau tetiba dokter tu tanya pasal equation Zn2+ + H2So4 -> H2 + ZnSo4 ke hapa lepas tu jadi warna apa ke hape, aku dah memang tinggal tengok muka mereka berempat je laa kan.

Masuk-masuk bilik ujian (cewahh bilik ujian) semua orang ambil undi pilih kasus apa. Prof Nia-wati dapat kasus penderaan seksual, jadi dia buat test Spermatozoa pakai slide-slide segala, Si Baskom dapat keracunan arsenic, Siti Yon dapat Keracunan cyanida. Aku dapat? Kasus diduga mati dalam air. And aku macam what? Sambil buat muka blur tahap cipan, tak boleh fikir nak buat apa, terus amik Erlenmeyer tube buat-buat macam keracunan Arsenic. Dah la orang lain semua dah siap prepare barang aku masih gelabah eh eh ni nak pakai macam mana laa, eh ni merkuri chloride dia mana, eh eh *dush bagi pelempang.

Test Cyanida dan Alkohol
Test Arsenic

Semua dah sedia? Tanya dokter tu padahal dia dah nampak aku tak siap lagi tengah gelabah cari barang. Ei, saje jer kan. Okay dah siap, cakap aku tak ikhlas sambil mata still cari-cari barang yang perlu. Bila diorang tengah present apa kena buat semua, aku terfikir, eh takkanlah aku kena prepare sama macam Si Baskom ni kan pakai zinger black segala, terus macam teringat Haa cawan Conway tu diorang tak pakai lagi, terus otak geliga aku terfikir yang nak buat test alkohol pulak. Sudahhh.

Bila time aku yang kena present, apa lagi aku gebang laa. Oh ini berdasarkan surat permintaan la,kasus mati tenggelam, nak buat test apa laa, boleh banyak test laa, konon-konon boleh keracunan laa, sebab alkohol laa, terus mungkin surat permintaan tu nak cek alkohol dia dalam darah/urine. Pandai je aku gebang pastu sukati aku je pakai COnway segala tu laa. Aku dah nampak muka Siti Yon macam tak puas hati, pastu Prof Nia-wati dah terbangun-bangun tengok aku merepek apa, last-last dia bagi aku vaselin. Tu perli atau bantuan aku yekan je laa.

Lepas habis semua tu, dilanjutkan dengan perbincangan. belum apa-apa dokter tu dah aim aku tanya kenapa aku buat test alkohol. lepas tu tanya test apa je yang boleh buat untuk kasus tenggelam. haa aku dah la blur, lepas tu  buat-buat tak jelas soalan dia, dan Siti Yon pun jawab Test Diatome. Dang! Kenapa tak terfikir kena buat test tu. Dah tu dia expect aku pakai sabun ke hape tadi anggap sebagai sample. Mestilah blur kan.

Keluar je bilik tu aku dah macam omg omg ya ampun ya rabbi ya salam, kalau aku fail mati laa. Dah laa semua orang cakap dokter tu baik, selalu bagi nilai 9. Ni kalau aku fail takkan nak jadi legend pulak kan. Tapi last-last semua orang lulus, semua orang dapat 9.25, semua orang dapat A. Dan aku macam Eh eh aku pun lulus jugak. Ceit, buat penat je gelabah tadi. lol

Dilanjutkan dengan DOPS kedua - Kasus Mati. Okay, dalam kepala kena ingat steps dan check list yang ada.

1. Kena ada Surat Permintaan, inform concern, etc.
2. Alloanamnesis
3. Pemeriksaan mulakan dengan doa
4. Keadaan jenazah
5. Ukur panjang dan berat jenazah
6. Kematian sekunder (kaku (rigor mortis) lebam (livor mortis), pembusukan (decomposition))
7. Pemeriksaan luka
8. Ciri-ciri khusus
9. Ambil sample darah/urine/etc
10. Tutup baca doa
11. Penyerahan bahan bukti dan buat VetR

Hafal sampai tertidur kau aku kat luar tu. Penat sebab gelabah tadi la ni kot, macam kena seizure. Takpelah buat sehabis baik jer. Ceit. Lepas tu dokter pun panggil nak ujian ni. Ish, terus kau macam konfiden jer. Sampailah dia suruh, okay saya tanya sorang-sorang. Hafiz dulu. Terangkan pemeriksaan luar.

Urm urm urm, *terus blur* Pemeriksaan luar dokter? Boleh aku tanya lagi kan padahal dah tau dah ujian pasal benda tu. Okay, kita periksa keadaan jenazah, di atas meja autopsi blah blah. Sampai tengah-tengah baru la fikiran luar sadar aku mencarut eh kenapa aku tak start je dari mula haa? Kenapa? Kenapaaaaa? T.T Takpelah, paling aku kena tutupkan dengan doa. Point no 10 okay. Fine fine, mula tak nak baca doa, tutup tetiba je baca doa pulak.

Face palm
Aku dah jeling Siti Yon. Dia dah buat muka tak puas hati. Kenapalah mesti aku exam dengan dia? Stress aku. Aku dah macam, matilah kalau dokter samakan markah semua orang, kalau aku kurang 1 markah atau mungkin 6 markah kat intro tadi matilah aku kena belasah dgn Siti Yon sebab buatkan markah dia kurang jugak. Arghhh. Stress ni stress. Sebab dokter pulak lanjutkan soalan kat Siti Yon bukan nak suruh cakap apa yang kurang ke kan, dia terus tanya yang spesifik, kaku jenazah itu apa? macam mana nak periksa? Lebam jenazah macam mana. Sampai dengan dokter pun Siti Yon ni boleh nak bergaduh tak puas hati dengan jawapan dia. Omg.

Akhirnya berkat doa dan tawakal, serta keikhlasan hati, dokter tu bagi markah 100. Aku dah macam APA? AKU BERMIMPI DI SIANG HARI? Cewahh sinetron. Padahal dah tau dokter tu memang akan bagi markah 100. Tapi takde la expect sebaik itu sampai aku skip banyak giler point, dia masih bermurah hati.

Jadi natijahnya disini, semua dokter forensik baik hati dan chomel. Boleh? Maksudnya nak konfius boleh tapi make sure penguji kau dokter paling chomel dan baik hati di dunia. Senang cerita orang suruh belajar dan hafal betul-betul jangan malas dan ponteng proses memori kecuali dokter penguji korang tu paling baik dan chomel di dunia. Okay bye.


P/S: maaf kalau penggunaan bahasa membataskan jurang antara kita. Aku malas dan penat nak terjemahkan semuanya kepada bahasa yang boleh difahami semua orang. #pleasedeh.

Kenapa dah lama menyepi padahal santai giler

Dah lama tak update blog. Dah lama tak membebel. Stase Forensik menyebabkan segalanya santai, sampai nak update blog pun malas sebab santai sangat. Alasan kena di highlight kan sebab sangat menyokong kepada soalan di atas. Sampai konon nak update pasal Stase Bedah yang best tu pun tak kesampaian.

Sampailah terpanggil nak update sebab tadi Kak Ain mesej kat Facebook. Dia tanya pasal bila nak balik? Dah confirm ke balik bila? Ish, bakal pengantin baru ni dah mula nak menunjukkan semangat pelamin dia la tuu. Dah semangat nak buli aku suruh lap tingkap la tuu.

Lepas tu dia post gambar kad jemputan dia. Comel sangat. Macam bila jadi anak murid, terus semangat nak belajar la kan. Walaupun dia belum sempat print out pun lagi, tapi aku yang over nak jugak post kat sini. Jahat tak?

Muka depan

Muka belakang

Comel kan comel kan? Okay boleh plan kad jemputan sendiri nak pakai Triase ABCDE la kalau macam tu. Lepas tu letak gambar 'Are you Choking?'. Lepas tu semua orang taknak datang sebab ingatkan aku letak batu ke hape dalam ayam masak merah.

Okay dah excited, dah excited nak balik. Walaupun sebenarnya takde la suka sangat weddings sebab nanti ramai giler orang, sedara mara yang tak kenal sangat pun lepas tu pening nak tidur kat mana sebab semua orang macam surely la berebut katil kan. Lepas tu jealous tengok orang comel-comel berbahagia, tengok kat diri sendiri forever alone kan? *tiba-tiba.  Tapi yang penting, nak tangkap gambar banyak-banyak lepas tu bukak hadiah pengantin tengok dapat apa. Best apa dapat hadiah wei.

Missing You


Dah pernah tengok video Flash Mob Malaysia Airlines yang pertama sebelum ni? Masa mula-mula tengok tu, takdelah rasa grand sangat, takdelah rasa flash mob sangat, takdelah rasa macam nak ikut joget sama ke hapa.

Tapi bila petang ni balik penat-penat lepas seharian me-sampah di rumah sakit tak tau nak buat apa, nampak beberapa post pasal Flash mob ni lagi, tapi dalam The Musical punya version. Terus klik link tu.

Omg, terus terasa touching giler. Terus terasa 'eh kenapa tetiba je air mata ni nak keluar kan?' Macam tak cool giler la tengok video musical terus nak nangis tersedu sedan. Cepat-cepat kunci pintu sebab takut manalah tau ada orang tetiba je nak datang serbu bilik, terus kantoi tak macho mata tengah berair.

Tak caya, cuba tengok video ni:



Bila fikir-fikir balik, ye laa, setabah mana pun kita, sekuat mana pun kita, bila kena tepat pada masanya, kita
sedar yang kita kehilangan banyak perkara untuk dinikmati bersama. Rasanya takdelah lama sangat dah tak balik Malaysia, tapi kira-kira balik, dah dekat hampir setahun jugak kot. Cepat jer masa berlalu, macam banyak giler perkara yang kita ketinggalan berlaku depan mata, apa khabarnya Malaysia?

Tiba-tiba rindu rumah, tiba-tiba rindu mak abah, adik beradik keluarga semua.

Tapi tak macho la nak nangis kan. Dah laa, pergi sana nangis sorang-sorang.