Mampukah?

Anesthesiology

Pengalaman berjaga operation room dari pukul 7 malam sampai 5.30 pagi merupakan suatu pengalaman yang berharga. Apatah lagi terpaksa melanjutkan aktiviti/kegiatan rutin esok paginya. Dan tentunya dapat proper tidur 2 jam setelah 36 jam terjaga merupakan suatu nikmat tidur yang tiada tandingannya.

Ini (mungkin) adalah jadual kehidupan bermula setahun akan datang untuk sepanjang hayat. Mampukah?

Awesome Aiskrim Gratis

Salam.

Semua orang inginkan sesuatu yang gratis (percuma) dan best serta awesome. Kan? Eh mestilah.

Lepas berpenat lelah ada autopsy PLPD (pemeriksaan luar dan pemeriksaan dalam) semalam, dah la masa tu semua orang dah habis exam. mestilah dalam hati semua orang macam 'Eh please boleh tak taknak join autopsy?' tapi disebabkan sebagai suatu kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa kedokteran yang sebentar lagi dah nak jadi dokter betul-betul dah tak boleh nak main-main. Cewah.

Jadi lepas bergurau senda, kenen-mengenen kan orang kat bilik autopsy dan sangat teruja bila korban ada ribs fracture yang sangat menyebabkan perdarahan lebih 1 liter kat thorax, jadi semua orang Eh jom la makan-makan sama.

Dari Kiri: Dila, Me, Winda, Rossi, Lusiana, dan Busuk (Bayu)

Jadi kitorang pun berpakat pergi FoodFezt. Tak sengaja sebenarnya sebab biasalah, kalau bab makan semua orang excited, tapi bila part pilih tempat makan, semua orang macam eh eh nak makan mana laa? Lepas tu blur, lepas tu konfius nak makan mana. Amboi, macam soalan lebih susah daripada soalan exam Forensik kan.

Bila semua orang dah kenyang, Winda cadangkan kitorang semua tweet @FoodFezt sebab nanti boleh dapat aiskrim free. Ei, please laa. Siapa taknak kan, jadi semua orang dok pakat ngetweet sebab nak aiskrim free dan best dan sedap.

Aiskrim WTF!
Awesome kan? Dah la sedap, free pulak tu. (Padahal ayat sepatutnya - Dah la free sebab tu sedap). Lepas ni Dila kata nak buat akaun twitter, habislah kalau tiap hari nampak tweet dia 'Hello @FoodFezt' kan?