Best ke Raya?

Salam.


Hye, hari ni hari pertama raya. Semua orang mesti tengah semangat nak raya kan? Erm, maksud saya budak kecil yang tak puasa, tapi memang sangat suka nak beraya. Ya, itu ditujukan khas untuk Kimie. 


Selalunya, kalau hari raya, tugas aku mesti kena kemas rumah. Sapu sampah halaman rumah yang besar giler dan cara yang terbaik untuk membakar lemak. Dan rumah yang memang serabut giler lagi serabut daripada serabut kelapa. Alahai, dah mula nak meroyan dah..

Tak tak. Aku malas giler nak kemas rumah. Sebab mesti nanti akan ada Kak Ain dan abah yang akan kemas. Dan mak mesti la kena masak kan? Dan Ikah, Ima yang mesti asyik tidur je kerja diorang. Eh, terkantoi pulak.

Tak. Kerja kami bertiga ialah menganyam ketupat. Kejap, Ikah pandai anyam ketupat ke? 

Okay. Seterusnya, tugas aku ialah... urm, nak tipu tolong abah sembelih ayam macam dosa pulak. Takpe, tapi aku tolong abah cabut bulu ayam. Kan? 

Okay laaa. Yang ni memang kerja aku. Maksudnya, tiap2 tahun aku yang kena buat. Sebab kalau nak harapkan mereka berempat tu (termasuk budak rongak tu), memang takkan siap lah. Sebab kerja ini memang memerlukan ketelitiaan dan fokus yang tinggi. Bukan semua orang boleh buat untuk memberikan hasil yang memuaskan. Maksud memuaskan di sini ialah tepat dan padat dan tidak menggelebeh. Ish, korang memang saja je nak suruh aku explain panjang2 kan? Kerja ini ialah memasang langsir. Wah.. hebat tak?

Tapi ada jer benda tak best sebenarnya bila raya. Pertama, terpaksa berperah otak mencari idea macam mana nak buat alasan taknak ikut abah pergi marhaban. Dan kedua, terpaksa melayan budak2 yang datang beraya buat air hidang kuih bagi duit raya semua sebab perempuan2 yang kat rumah ni PASTI dan SEMESTINYA akan tidur je kerja diorang hari2 raya ni. 

HAHAHA' best kan bocorkan rahsia orang lain di pagi2 raya ni. Yela, tak tau nak buat apa. Nak tau apa aku tengah buat di hari raya yang ceria dan indah ini?

Ini dia:


Perabis duit baki yang ada kat bank selepas shopping macam orang giler dan "Wah, duit kau belanja lebih mahal daripada duit tiket flight balik Malaysia tetapi gedik taknak balik jugak" menggemukkan diri di Dunkin Donut. Sarcastic sungguh penulis ni tau!

Okaylah, semua.. Aku memang maksudkan SEMUA ANDA, selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Halalkan makan minum, ampunkan segala salah silap tersurat dan tersirat, terover tergedik ter-nak pelempang jer muka dan sebagainya. Have Fun and wonderful raya semua! :')

Ops. sorry, nak upload jugak gambar mintak pelempang ini, tapi dengan cara yang lebih manis dan menghayat hati.



Salam Lebaran!

Intoxication

Salam.


Suasana nak belajar untuk tutorial.


Racun (poison)- sesuatu yang boleh membunuh dan memudaratkan kesihatan.
Penyahracunan <-- ayat apekah? 
Kata kunci: 'Intoxication'
Hasil:




Diam lagi la nampaknya T_T

Salam.

Diam tak diam dah lebih sebulan tak update blog. Diam tak diam dah 20 ramadhan dah pun. Diam tak diam dah masuk tahun Empat dah. Begitu cepat masa berlalu. 

Proses pembelajaran berlangsung setiap masa, setiap detik dan ketika. Adakala hampir mustahil untuk kita buat nota semua perkara, tulis dalam diari, blogging dalam blogspot, shout out kat Ym dan Fb. Tapi sejauh mana kita menganggap semua itu adalah ilmu, fardhu kifayah mahupun fardhu ain, dan menjalaninya dengan penuh takwa dan tawadukh, di samping berbekalkan segalanya mengorak langkah menuju destinasi?

Pepatah melayu cakap, melentur buluh biar dari rebungnya. Tetapi sejauh mana kekuatan dan daya lenturan yang sewajarnya. Macam ajar anak pergi masjid. Mana yang lebih baik; izinkan mereka pergi  masjid tapi terpesong dengan hasutan kawan2 lantas bermain sakat2 gelak ketawa atau tak izinkan anak pergi masjid sebab takut diorang main2 jer, bukan nak solat?

Atau ajar anak puasa; paksa diorang puasa juga dari kecik lagi kalau tak puasa tak dapat duit raya atau kalau tak tahan puasa sekerat hari pun jadilah? 

Semakin banyak kita belajar, semakin banyak sebenarnya yang makin kita keliru dan tidak tahu. Ataupun, tahu yang sebenarnya dulu yang cikgu kita ajar tu sebenarnya sesat, tapi kita iyakan jugak sebab kalau tak, kita gagal exam. Macam ikatan atom, negatif boleh bergabung dengan positif jer, tapi bila dah belajar lebih sikit, sebenarnya ada ikatan kovalent yang membolehkan negatif bergabung dengan negatif, atau positif bergabung dengan positif.

Ataupun, sebab2 yang boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, tapi bila dah besar sikit, kita belajar yang sebenarnya benda tu tak membatalkan puasa pun. 

Ya, kehidupan itu adalah proses. Tetapi proses yang kadang2 mempunyai banyak langkah dan panduan, apatah lagi cara dan pandangan yang berbeza2, walhal menuju ke suatu arah yang sama. Jadi, semuanya bergantung kepada cara pemikiran dan sabab musabab yang relevan serta tafsiran setiap individu. Mana yang baik, mana pula yang sebaiknya. 

Macam ada orang kata, Eh bila bulan ramadhan jer, mulalah ramai orang nak pergi masjid buat solat tarawikh secara berjemaah, padahal benda tu sunat. Sebelum2 ni, takda la pula seramai ini berduyun2 pergi masjid buat solat fardhu, padahal yang itu lebih wajib. Mana yang lebih baik? Mereka buat solat tarawikh berjemaah 30 hari di masjid atau tak pernah buat langsung?

Atau nak yang mana? genap 20 Ramadhan 1421H umur menjadi 26 tahun atau genap 7 Mei 2010 umur menjadi 22 tahun?

Semoga kita mendapatkan yang TERBAIK. 

p/s: Dari luar nampak baik, tak semestinya sempurna kebaikannya. Manusia.

All Time Low

Dah lama sangat tak update blog ni. Malas ada, takda benda nak tulis pun ada. Jadi, buat masa sekarang ni, cuba dengar lagu ni. Lama-lama dengar macam best jugak. :)