$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam.
lemiz1204: know wut
lemiz1204: miss gle mse kte camping kt pd tu
lemiz1204: the best time ever
udien_7588: lemi...
udien_7588: saya rase sedih giler...!
udien_7588: wargh...
udien_7588: haha'
udien_7588: tu la kan..
udien_7588: bile la leh gather same2 lagi..
udien_7588: kat sini dah la cam xde kwn jer
udien_7588: kite2 plak sume dah jauh2 kan..
lemiz1204: klo bole cm nk duk satu umah kte sume
lemiz1204: sure happening
lemiz1204: takpe la ujai
lemiz1204: kte buat dlu kewajipan ni
lemiz1204: klo x buat parent sdeh
lemiz1204: but seriously
lemiz1204: next year dtg la sni
lemiz1204: klo x join masca pon
lemiz1204: bole jln2
lemiz1204: holiday cm a month ke
lemiz1204: hehehe
lemiz1204: duet blanje kt sni sy bole support
lemiz1204: lgpon sy keje
lemiz1204: ade la duet nk save
lemiz1204: savings tahun ni nk pkai end of ths year coz my whole family nk mai
lemiz1204: so nxt year nye savings bole la bwk hang pule jln2 kt sni
lemiz1204: insyaAllah
lemiz1204: anam ade..zaem cmfrm ade
lemiz1204: nk ajak ainan je
lemiz1204: motor impossible la coz die maybe clas
udien_7588: lemi..
udien_7588: susah2 kan lemi jer kan..
udien_7588: sbb akan try gak tok dtg..
udien_7588: ikut badget jgk la..
udien_7588: coz lpas raye ni
udien_7588: ingat nak beli motor coz kat sini kene pakai mtr
udien_7588: kalo x susah skit nnt..
udien_7588: then after that..
udien_7588: baru leh start saving tok gi aust tu..
lemiz1204: dun worry
udien_7588: tp lemi xyah la nak keje teruk2 4 that thing
udien_7588: segan la saya nnt
lemiz1204: serioiusly psal duet no prblem nye
lemiz1204: sy nye gaji a month dlm 500aud
lemiz1204: duet tiket return indon around 600++ kot
lemiz1204: tp ade je yg murah klo book awal
lemiz1204: so
lemiz1204: next year ble dpt timetable
lemiz1204: gtau
lemiz1204: bole arange tiket
lemiz1204: x join masca pon takpe
lemiz1204: tu cm 3rd obj
lemiz1204: hehehe
lemiz1204: 1st...melancong ke oz
lemiz1204: hurmmmsound fun rite
udien_7588: urm.. tp rugi giler la x join masca tu kan..
udien_7588: dah la lama x maen volley ni
udien_7588: hehe'
udien_7588: tp ok jer kalo dah jumpe sume nnt
lemiz1204: alah
udien_7588: sure fun giler2 babs la..
lemiz1204: hang mai sni nanti bole duk tempat ceq for few days
A.A.D.A (ada apa dengan Australia).. Haha' saja nak buat suspens dan over sikit (sikit je ok). Antara cerita2 menarik sepanjang hampir 12 hari kat sana:
1. Masa mula2 sampai airport, terasa lah sangat cuak + excited. Nak lepas imigresion memang la sangat ketat. Dan tentunya, rambutan yang sangat la berat dan tidak berbaloi untuk beg ku yang besar tu kene tahan kat imigresion. Oh, Aussie yang sangat maju telah menahan rambutanku! Buat malu kaum je.. Korang bukan nak cakap rambutan tak leh bawa!
2. Penempatan di Melbourne ditaja oleh Za'im. Baik kan? Kami (ngan Lemi) tidur kat bilik Za'im. Yang baiknya, roomate dia tidur bilik sebelah, dia tidur di ruang tamu. Dan yang kejamnya, kawan dia lagi satu terpaksa tidur kat bawah, dan dia tidur di sofa.. Siapa agak2nya yang kejam?
3. Pengangkutan kat sana memang la mahal gell.. Tiket tram untuk 2 jam jer AUD3.7 dan untuk sehari AUD6.8.. Tapi yang agak sengalnya ialah bila kita kene pakai duit syiling tuk beli tiket. Ada sampai satu masa yang duit sen jer ada, duit emas (AUD2 dan AUD1) dah abis. jadi, terpaksalah masukkan syiling2 yang byk tu kat dalam mesin tiket. Lawak dan malu! sebab skali jer mesin tu terpaksa keluarkan balik semua syiling2 tu sebab terlalu lama nak masukkan syiling dalam mesin. Ting ting ting la jawabnya.. Bukan skali, tapi dua kali. Orang ramai yang kat belakang ni tunggu je la giliran kan. Sebab dah agak tebal muka di samping suhu sejuk giler, kitorng bagi la can orang belakang guna dulu. Abis je turn dia, terus mesin tu kata "SOLD OUT". Sengal! Cakap la awal2. Tak yah la aku tebal muka masukkan duit byk2 td. cis~
4. OK.. terpaksa akui aku memang sangat 'kapau' dalam menghafal dan mengingat. Boleh jadi, semua yang Lemi cite dan terangkan, hampir semua aku lupa. Swanston st, Bourke st, Victoria st, yarra river, Crown etc. Dan yang paling aku susah nak hafal ialah Federation Square. Boleh kira berapa banyak kali Lemi cakap nama bangunan tu. Siap ada andaian macam RTM lagi. 6-7 kali cakap pun ada kot, malah mungkin lebih. Sampai tahap klimaks ialah bila kitorng dalam tram nak ke satu tempat ni, Lemi suh bagitau bila dan sampai kat Federation Square tu tadi. Lalai punya leka punye lupa, rupa2nya kitorng dah pun sampai depan bangunan tu, tapi tak sempat nak keluar sebab tram dah pun nak berjalan. Jadi nak tak nak, terpaksa kitorng berhenti stesen seterusnya dan berjalan kaki agak jauh dari tempat tu. Lemi yang agak bengang pun berkata ' Ujai ni, dah banyak kali cakap pun lupa. haish~.. lain kali ingat nama tempat dah pergi tu. Kalau susah sangat, ingat je F-ahs.. haha' bukan la, F-S (federation square).. -->sebagai bukti yang dia tak boleh sebut 'S'.. lol.. bukan F-ass ye kawan2.. :)
5. Lemi cakap, sebab Aussie tu sejuk, jadi kita kena banyak minum air.Kitorng (ngan anam) ada memutar belitkan kenyataan yang bila di tempat sejuk, kene minum air sikit. ye la, sebab sejuk, jadi kurang lah air hilang dari peluh, jadi banyak lah air yang masih ada dalam badan dan sikit je air yang perlu minum. Lagipun, bila sejuk, kita lebih cenderung lapar daripada haus. Tapi Lemi cakap, tapi kan kita banyak buang air kecil, jadi kene la byk minum air. Lagi pula, kulit dan bibir cepat kering sebab dihydration. Ok.. 2-3 hari lepas tu, aku kena sembelit. Agak tension bila nak BAB.. Baiklah Lemi, jadi konklusinya? :P
6. Perkataan yang paling banyak di sebut ialah b___h dan b___h.. (sila isi tempat kosong). rata2 perkataan itu disebut sebanyak 7 kali dalam sejam. lol =)
7. Hp paling maju ialah Lemi punya, I-phone. Dan disebabkan sangat maju la GPS dia berfungsi dengan cara terbalik; iaitu barat dan timur bertentangan. Oleh sebab itu, kami mengambil masa kira-kira 30 minit (mungkin lebih) untuk mencari kedai Nasi Lemak.
8. Cerita menarik kat rumah Anam ialah apabila beberapa orang kawan bersama2 duduk mengelilingi meja di dapur, sambil menikmati asap rokok Dunhill, dan hanya aku sorang je yang menikmati ais-krim kon perisa vanilla yang sangat lazat.
9. Kata Za'im, hampir semua tempat yang patut pergi, kitorng dah pun pergi. Kecuali Botanical Garden yang ada tower tulis MALAYA besar2 kat situ. Dia kata kalau nak amik gambar, cantik kat situ. Tapi, dari sebelum bertolak ke Canberra sampai dah nak balik Malaysia, tak terpergi juga tempat tu. Sebab Anam asyik nak bawa kat RMIT universiti je dan Za'im memang terlalu sibuk sampai tak boleh nak berjalan keluar. Tapi, aku tak kesah jer. Apa2 pun boleh.
10. Masa beli barang2 kat Victoria Market, ada lah kedai yang jual sorvenir. Ada 1 barang tu, kita beli 5 set keychain dengan harga AUD10. Tapi, kalau beli 1 set jer, harga dia AUD3. Disebabkan keychain yang agak banyak bagi setiap set tu, Anam cuba buat lawak. "kalau rasa banyak sangat, ko beli je la 3 set dengan harga AUD9. Kalau tak pun, mintak je kat Tauke tu, boleh tak saya nak beli 4 set dengan harga AUD10. Tapi kalau nak lagi sengal, beli je la 4 dengan harga AUD12".
11. Masa kat Sydney, kebetulan dapat tau ada Siti kat satu restoran ni. Kitorang (aku, cepe dan lemi) yang kebetulan dalam bas nak balik rumah pun cepat2 berhenti kat bus-stop yang dekat2 ngan tempat tu. Cepe yang sangat memahami pun terpaksa la layan orang yang gedik sangat nak jumpa Siti tu walaupun dia rasa cam nak lari je balik rumah. Aku pun yang konon2 segan usha2 la kat dalam restoran tu dari luar. Nak masuk segan la pula kan. Datuk K la orang tertama yang aku terperasan. Senyum je la ek, seram juga tengok muka dia. Haha' Nasib nampak siti. Sempat je la lambai2. Pastu, masa kat luar tu, pening jugak nak cari plan amik gambar dengan Siti. Aku pun siap hafal skrip lagi nak borak apa. Memang takda siapa pun yang berani nak masuk dalam ambil gambar. Pastu, sempat juga la berlari cari kedai yang jual poskad. Konon2 nak amik autograph la.. Memang gelabah abis la mamat sorang tu. Excited tak ingat dunia. Orang lain cam malas nak layan dah. Peminat fanatik konon, tapi nak tegur Siti pun segan. haish~ haha' kebetulan, Siti keluar nak ambil gambar dengan manager restoran tu. yang kitorng ni apa lagi, berlari la sambil berkata 'Siti, Siti.. 1 lagi.. 1 lagi' <--ini ayat Lemi ok.. aku yang konon2 dah hafal skrip tadi terus lupa ayat apa yang aku hafal. Tibai je la ayat2 apa pun. Lepas aku ambil gambar, skali je 2 orang mamat ni nak ambil gambar jugek (cepe tidak termasuk sebab dia memang jual mahal giler). Punya lah tadi kata taknak la kan.. haha' abis je ambil gambar, terus berlalu pergi dengan bangganya. -->memang tak ingat langsung nak borak2 dengan Siti dan menggedik2.. Happy sakan la kot dapat autograph dia. haish~
*aghhh.. sedihnya balik Jogja.. rasa nak tinggal lama2 je kat sana T_T. Guys, datang sini pulak ek??!!
*adakah post aku kali ni boleh menandingi post Za'im?
Catat Ulasan