Bagai mencurah garam ke dalam laut

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Dah lama tak menyemakkan blog ni. Walaupun secara logiknya, kipas yang dibiarkan berminggu2 tak dicuci memang akan bersawang, tapi tak tahu la kenapa kalau kita biarkan blog tak 'dicuci' masih tak bersawang2 walaupun untuk beberapa tahun sekalipun. Ok. tak logik jugak walaupun kadang2 kita panggil die 'laman sesawang' (webside).

Kita mulakan sessi merepek pada kali ini dengan:

1. Selamat tahun baru 2010! Yeay~ dah masuk tahun baru, azam pun dah baru (secara purata hampir 100% azam baru kita adalah azam yang sama untuk 3-4 tahun yang lepas walaupun kita panggil dia azam tahun baru). Nak tau cerita hangit tak? Ok macam ni. Adalah seorang budak ni, dia tanya aku 'Eh, dah tahun baru, kau perasan tak yang kau ni dah 22 tahun merangkap dah tua?' Apakah?? Korang boleh tepuk tangan sekarang.. Eh, kejap. Tak abis cerita lagi kot. Pastu dia cakap 'Tapi kenapa perangai kau masih tak matured lagi??' Ok. sekarang korang boleh tepuk tangan. Sambil berdiri!.




2. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab sejak beberapa hari ni (baru 2-3 hari kot) rasa macam sibuk semacam siapkan assignments sampaikan biasanya waktu petang adalah untuk tidur tapi digunakan untuk buat kerja yang bermanfaat. Tapi tak tahulah kalau bercucuk tanam ni dikira kerja bermanfaat ke tak. (-_-')  Haha' yang ni memang lawak. Padahal kerja sekolah yang berlambak sepatutnya nak kena hantar minggu ni baru la terhegeh2 nak siapkan. Eh, salah.. Bukan SELALUnya memang macam tu ker? Eh eh kejap, adakah aku tercakap pasal kerja sekolah kejap tadi? Ehem.. sekarang kat rumah (rumah di Malaysia ok) dah ada 2 orang cikgu dan seorang anak murid yang baru masuk darjah dua. Tapi tak taulah macam mana perkembangan terbaru tentang pembelajaran si anak murid tadi. Kalau makin teruk, memang nak kena rotan la jawabnya. Tapi jangan pandang sebelah mata naa, aritu call rumah dia cakap mak belikan dia kasut sekolah tali dan dengan berlagaknya dia cakap dia pandai ikat tali kasut. Perluke? *_*

3.  Minggu lepas kitorang ada keluar sama2 dengan groupmates. Sekarang baru sedar yang dah minggu terakhir kami akan bersama sebab sem depan dah tukar dengan group yang baru *emo* Siapa kata Woan Shiang over dalam tutorial? HAHAHAHA' (tolong jangan bagi dia baca blog ini ok).



Orang cakap, kalau nak buat benda yang memalukan, boleh la panggil kawan2 join sama. Apa guna kawan kan? :D

4. Mesti ramai yang tertanya2 apa kaitan tajuk yang sangat komersial ni dengan post yang sangat murah ni. Kalau semua nak tau, tu la kata2 pujangga yang baru aku belajar semalam. So, kalau2 lah ada siapa2 yang nak guna ayat ni dalam karangan pun boleh jugak. Tapi ingat, jangan salah anggap ayat ni dengan peribahasa 'Bagai mencurah air ke daun keladi' Sebab apa? sebab itu adalah peribahasa. Dan ayat ini adalah ayat2 pujangga. Tak faham? kira macam penyedap ayat je la. Memang tak masuk dalam kamus dewan pun.Ada satu lagi ayat pujangga tau. Tapi yang ni aku baru belajar tadi. "Sudah minyak motor habis, getah pengetat tangki pun terjatuh ke dalam celah2 tempat duduk motor" Ok. yang ni tolong sangat2 jangan guna sebagai ayat karangan. Sebab apa? sebab.. hey hello.. bila kau baca ayat tu ada rasa macam pujangga ke? Rasa maca nak kena pelempang ada la.. [mintak maaf mintak ampun kepada Puan punya motor :D]

5. Pagi tadi bangun pagi rasa macam sakit pinggang. Dia bukan la pinggang sangat, tapi macam kat 'flank region'. Lebih terasa bila tengah duduk dan berjalan, dan jugak masa bawak motor. Waktu tu la paling sakit kot sebab selain duduk. kita juga akan merasa seperti melompat2 di atas motor sebab bonggol sengal yang sangat banyak kat Jogja ni. Tak tahu la kenapa. Ok. korang boleh sokong pendapat budak kat no 1 tadi. Aku dah tua. Fine!

Urm, tak sedar yang benda yang nak di buat merepek dah habis. Tapi kenapa PA aku tak habis2 lagi?

7 Responses so far.

  1. ~yon~ says:

    hahahha...sengal gila yg minyak motor abis, getah pengetat...bla..bla..bla...hahahaha....

  2. ain says:

    "Sudah minyak motor habis, getah pengetat tangki pun terjatuh ke dalam celah2 tempat duduk motor".
    aku rsa ni kata-kata pujangga paling sedap aku penah dgr.
    sila letak dlm karangan spm, pasti lulus dgn jayanya sbb pemeriksa kertas terharu dgn ayat itu. haha'
    *grrr*

  3. udienjai says:

    yon: hehe' mmg sengal pun. aku rasa puan motor dia pun sengal jgk :P
    ain: sedap ke? buruk semacam jer. dah la mcm bau busuk (bau minyak motor) hahaha'

  4. HAHAHAHAHA.Sengal jugak ko ni kekadang.

  5. haha.. gila sengal lar.. pujangga itu, org yg memberi pujangga.. serta penulis blog.. sume sengal :P btw happy new year udien.. even dh seminggu meninggalkan.. hehe...

  6. ayat ni pon kau suke!

    "Orang cakap, kalau nak buat benda yang memalukan, boleh la panggil kawan2 join sama. Apa guna kawan kan? :D"

    ngahaha.aku nak join!
    *bab2 perkara yang merepek ni cepat je nak join!*

  7. udienjai says:

    Aijud: aku tak sesengal org yang sengal ok. so maksudnya, xde la sengal sgt.. (paham ker?)

    iz: hey hello, pujangga itu, org yg memberi pujangga.. serta penulis blog adalah org yg sama. dia tak sengal okay, so sila rujuk ayat di atas.

    ana: ye.. the more the merrier kan? hahaha'