Pengajaran Hidup Yang Sangat Bermakna

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

*ala2 tiru style Ain Zubaidah punye post*

Pertama: Jangan derhaka cakap mak dan abah.

Sebagai contoh, bila mak suruh berlajar rajin2 bermaksud anda memang perlu berlajar rajin2. Belajar rajin2 di sini ialah dengan menghadirkan diri disetiap kelas mahupun praktikal yang ditetapkan oleh pihak kampus. Walaupun kadang2 anda perlu tunggu 30 minit sebelum kelas bermula atau 30 minit sebelum pak sekretariat cakap kelas hari ni posponed. Tapi dalam hati anda masih boleh menyumpah2 dan sangat mengharapkan kelas sebenarnya cancel. Oh ya, tapi jangan mudah terpedaya. Walaupun anda diberitahu kelas sebenarnya cancel. tidak bermaksud kelas tersebut dibatalkan. Walaupun (berapa banyak walaupun daa dalam satu perenggan?! kalau buat karangan, sudah tentu cikgu tulis -jumpa saya) cancel bermaksud batal ataupun tak jadi nak beli roti (masa ni anda kat kedai roti, tapi tiba2 terasa nak makan durian) tetapi alih2 kelas minggu ke-2 dibuat pada minggu ke-100 (over). Dan belajar rajin2 jugak..(macam banyak sangat je satu perenggan ni, takpe kita buat 2 perenggan pulak)

Hye, bertemu lagi kita di ZBXNSMA (senyap la kau). Belajar rajin2 juga bermaksud anda tak perlulah belajar sampai pukul 2-3 pagi kemudian bagi mesej kepada abah cakap 'esok udien (bukan nama sebenar) nak exam, doakan ye. Susah la dan tak abis baca lagi) Sambil buat emoticon ini --> T_T.. Oh ya, maksud saya tak perlulah mesej abah pukul 2-3pagi yang konon2 anda tengah study, padahal berborak bergurau senda ketawa sampai tercirit dengan kawan kat facebook (ini bukan pengalaman).

Kedua: Jangan ponteng AA (academic advisor) walaupun doktor tu tak berapa nak best macam Siti Nurhaliza.

INGAT! jangan ponteng bila anda dapat mesej berbunyi 'tomorrow Dr. Surya (bukan nama sebenar) want to see u guys at 8am for those who are not see him last thursday'. Dan jangan jugak bangun pagi pukul 8.10 pagi itupun disebabkan kawan anda call anda cakap Dr dah tunggu lama Zudin (bukan nama sebenar) ZzZZzzz.. T_T kesian dr dah tunggu dari tadi. Dan jangan juga duk termenung lama2 dalam bilik air dengan alasan air sejuk dan kemudian kelam kabut ke kampus (padahal sempat harvest farm lagi) alih2 perjumpaan dah habis. Salah siapa kalau anda mesej Dr tu mintak maaf sebab anda lambat dan tanya bile masa dia free untuk anda jumpa dia personally, dan mesej itu tidak berjawab walaupun anda dah cuba call dan mesej dia keesokan harinya juga? Dan salah siapa juga kalau doktor tu merajuk dan marah yang amat sangat dengan anda dan kawan2 anda sampai dia taknak tandatangan semester course plan anda yang sangat penting untuk anda siapkan sebelum cuti? Ye, sudah tentu salah kawan anda, sebab dia yang selalu tak datang AA tapi anda yang terkena tempiasnya. (-.-") Ok bohong, salah anda sebab suka kutuk dia belakang2 dan ugut nak tukar Dr yang lain..

Ketiga: Belajar rajin2 dan jangan jadi pemalas tahap peria.

Mungkin ada sedikit kaitan dengan pengajaran pertama tadi. Tapi ini tiada kaitan dengan derhaka kepada mak dan abah (walaupun dia yang melahirkan anda). Bila doktor tengah mengajar, jangan buat2 dengar tapi sebenarnya termenung nak makan apa tengahhari ni. Ataupun anda cuba cari kesempatan bila sekali je kawan anda disebelah berborak dengan anda, anda terus ajak dia berborak macam kat kedai kopi sampai dia jadi bosan dan nak rasa nak pelempang je anda waktu tu. Tapi seriously, ini bukan salah anda. Siapa suruh dia tanya-macam-nak-ajak-borak punya hal kan?

Dan mungkin, belajar rajin2 juga bermaksud anda perlu membiasakan diri dengan cuba membaca lecture notessss (bace s dengan bacaan 10 harkat) untuk satu sem (3 block) dalam masa satu minggu sahaja. Sudah tentu anda akan kelihatan sangat rajin dan nerd yang melampau (walaupun sebenarnya anda perlu remed/reseat/repeat exam) dan berhabis sebanyak 300 ribu (saje taknak letak currency biar nampak banyak sikit). Itu pun tidak termasuk bahawa anda perlu baca KL Moore (sila google bagi yang tak tahu) dalam masa 2 hari dari sekarang! (tolak masa unutk chatting. makan, mandi, bercucuk tanam, besarkan stor dengan mengopy pastekan link anda dan sebagainya bermaksud anda ada 2 jam saja untuk mengulangkaji) *sigh*

Keempat: Barang yang tak perlu anda bawa ke mana-mana ketika anda sudah berazam untuk study dengan gigih ialah komputer riba.

INI ADALAH SANGAT DIAKUI KEBERKESANANNYA DAN TAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI. Lihat, saya yang konon2nya berkeras nak pergi kampus untuk study akhirnya terpaksa (padahal kehendak sendiri) membuat post blog yang baru. Sampai sekarang nota yang dari malam semalam tak bergerak2 ke muka surat yang lain. Ok la, secara jujurnya memang nak pergi library tapi memikirkan kat sana ada connection internet, niat dibatalkan dengan pergi ke bangunan inter yang baru tapi buruk ini sebab kat sini takda internet walaupun komputer dia banyak yang amat dan boleh dibuat perhiasan. Tapi sayang, benda mula2 yang saya buat bila on laptop ialah cari connection wireless walaupun tau Inter sangat kedekut.Tapi akhirnya dengan bangganya saya boleh connect menggunakan line Graha Wiyata 1 yang saya ingat saya cilok wireless siapa la kan tapi rupa2nya bangunan ni nama dia Graha Wiyata.. (tetiba je Inter dah ada wireless) T_T *Budusssss~*

Ok. Dan pengajaran terakhir: Jangan tulis bangsat walaupun anda memang nak tulis bangsat kemudian cover cakap nak tulis langsat. Sangat tidak bersopan dan tak macho. Dan jangan jugak nak buat2 baik dengan tulis "hei Bang, mai sini Sat!"

8 Responses so far.

  1. ain says:

    pengajaran keenam: jgn lupa sejak tadika lagi ajar anak tentang anatomy, supaya dia tak ikut macam nenek dia yang kena remed anat.
    bekalkan juga dgn sifat ketabahan dan daya juang yg tinggi kalo ada gaya nk amik medik.

  2. Unknown says:

    lauuak giler ko punya post ko ni.. ko ni mmg mmg mmpunyai sense of humor yg tinggi.. sampai aku tgh batuk ni.. ketauua sampai sakit jantung aku.. jgn sampai aku heart attack sudah.. hihi.. ble aku post kan ko nya blog ni dlam fb??
    ok sudin.. yg penting ko dah brusaha n studi hard.. gudluck 4 ur exams

  3. udienjai says:

    ain: kalau dah genetik, buat camne pon akan camtu jgk. (-_-")

    hanafiah: lawak ke? haha' aku pandai je cakap tapi tak pernah berubah. mybe kena tunggu D ke-4 kot *sigh* nak post kat facebook? macam xde motif jer.. tp boleh je. xkesah pon. asalkan Dr AA aku tu xde facebook.. hihi'

  4. pengajaran ketujuh...

    sentiasa berusaha membuat yang terbaik dan bukan utk menjadi yang terbaik.. kerana apa yang terbaik yang kita lakukan adalah yang terbaik di pandangan mata hati kita....

    haiyo berapa banyak terbaik ni.. iz pon dh confius =_="

    berusaha demi agama dan bangsa serta negara.. kita sume mesti boleh.. semangat :)

  5. ~yon~ says:

    still smangat utk remed sudin!!!!

    pnya la byk pengajaran ko kasi sudien...tp ak rsa xde stu pn yg trkesan utk ko...hahahaha

  6. udienjai says:

    anum: engkau kelakau jugau walau apau2 pau siti tetap best!

    iz: insyAllah :)

    yon: sangat supportive! terima kasih. hahaha' *tepuk belakang sendiri*

  7. baru prasan komen ain..pun kelakar jugak..

    KENAPA

    LAMA

    TAK

    UPDATE

    BLOG

    NIH?

    patah hati mcm aq gak ke? hohoho!