$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam..
Ada yang bertanyakan sama ada aku merajuk sebab agak lama senyap. Mungkin juga. Tapi lebih kepada rasa malas nak meluahkan. Sebab orang dah bosan dengan muka tersorong2 ni.
Ya aku tau. Template/layout yang baru ini agak over dan terlebih poser. Sebab aku sangat suka budak ni punya blog, sampai aku tak tau macam mana nak ubah supaya tak nampak macam sama sangat.
Sebenarnya ramai kot yang dah tahu yang aku pergi bercuti ke Bali baru2 ni. Salah satu alasan juga kenapa Lihat-Dengar-Rasa ni dah tak berperisa lagi. Tapi aku tak berapa ingat sama ada pernah bagitau minah ni ke tak sebab dia macam agak kecewa bila tahu aku tiba2 jer dah balik. Betul ke??!
Mungkin tak semua akan dapat buah tangan cenderamata air mata mata kucing segala. Siapa yang terasa, minta maaf banyak2 la yer sebab beg aku kecik jer *alasan*
Jangan tak tahu bila ada orang badget macho pakai sunglass macam mak datin siap bertopi ala-ala kris alen tapi aleh2 bawak kereta enjin mati sampai 10x. (-_-") anak siapa la ni..
Balik jer dari percutian tajaan sendiri tu, aku rasa sangat sedih dan kecewa sampai aku rasakan Bali sangat tak best dan tolong jangan pergi ke sana untuk berbulan madu. Apatah lagi percutian keluarga ya kakak-kakak abang-abang sekalian. Sebab pertama, kamera aku lenyap dengan tiba2, sekali dengan pose yang pelik ada dalam tu sekali, termasuklah video Hanafiah tidur atas bot masa tengok dolphin, Fikri tidur atas kereta macam tengah buat aewa, Fazrul buat pose paling gediks yang pernah aku tengok dan Imran yang berjalan2 di pantai Kuta menggunakan kain pelikat. Alangkah sedih dan hibanya T_T
Sebab kedua pula, perkara yang menjadikan aku rasa macam sangat sedih macam sedih fail anatomy ialah tetiba tahun ni tahun terakhir Siti masuk Anugerah Bintang Popular sebab tahun depan dia dah tak nak bertanding lagi :'( ---> ya, 10 markah kesian di situ.
Azam pertama untuk sem baru, block 3.4 yang baru ini ialah pergi mall dan serbu kedai VCD untuk cari album Siti yang terbaru bersama Kris Dayanti - CTKD- Canda Tangis Ketawa Duka.
Aisyah, selamat ulang tahun ke-21. Aku tau kau masih muda dan masih banyak lagi peluang untuk berjumpa dengan Jay Chou mahupun Wong Lee Hom.
apakah sudien???? smlm terlalu tenang tdo sehingga terlajak subuh =_=" adakah ni namanye excited??? weeksssss... udien... cantik lar layout baru.. nk buat gak.. nk letak pic sendiri.. bru lar org tau kita bangga dgn kelahiran diri sndri :P
wah,layout baru..NICE LA
hehehehe,sy juga pembaca setia blog anda seperti anda membaca blog sy yg semenjak bulan ini jd emo..haha
and well,kamera i pon corrupted rosak sbb kena air pantai gak.since sparepart sony pon mahal,sy x berkamera dah smpai sekarang sbb tu dah jrg upload gmbr kt fb mcm dulu2.
hahahahaha!aq mcm minah mana plak sudien x gtau nih..aq pun x sudien x gtau gak,x yah r over plak..skali klik pergi blog sndrik.mcm siot!!!
n n,nk souvenir[betulkan aq eja?=p]
n n,sedeyh gila r bila cam ilang.len kali,kalo jln upload gak sket gmbr halfway.pedulikkan org kata poyo ke ape ke.mcm kes "senior" aq gi europe arituh,ilang cam gak kat barcelona..aish aish asih.sayu gila ah kan..
aaaaaaaaaaaaaaaaaa....ct nih mmg mnambahkan kerinduan aq kt msia r.n pls,beli cd tuh dua2.pos kat aq.just in case ko x beli ape2 souvenir kat aq r kan from bali tuh =p
ok,layout baru lawa..even over..weyyy!aq tringin gak r gmbr cmtuh.ajar!aq tau ade gak bdak koleq yg layout cmnih.x igt sape.
btol.. ajar kami layout ni.. huhu.. anum, kitorg dah berusaha mencari cd tu tapi tak jmp lar.. sume tak kuar lagi.. hukhuk..
udien ni tgh bz layan tetamu sb tu takde respond.. haha...
aku da beli da cd tu.. hihi.. kwn aku balik m'sia tyme tu.. tros soh beli.. album ni ok la.. but, genre lagu xbyk variasi.. but, lagu paling bes tanpamu r!! hihi
Gila celebrity aku camni sudin! SILA BAYAR ROYALTY OK! haha.