Salam.
Lepas balik dari evakuasi cuti 2 minggu kat Malaysia hari tu, kehidupan sekarang dah jadi makin tunggang langgang. Kelas dari pagi sebelum terbit matahari, balik pulak tengah2 malam. Tipu giler. Bilik memang tak sempat kemas laa sampai sekarang. Baru la tau macam mana kehidupan seorang bujang selama ni. Eh wei, sejak bila kau jadi duda?
Apa motif blog ni ditulis pun aku tak tau.
Tapi semalam hari yang best. Sebab macam baru perasan yang hidup ni memang perlu dinikmati untuk kita hargai.
Pagi dalam pukul 8.00 kitorang berlapan pergi posko evakuasi mangsa gempa Merapi. Ramai yang dah balik rumah masing2 sebab Alhamdulillah sekarang aktiviti gunung tu dah berkurangan. Tapi kesian. Sebab ada jer yang masih tak boleh balik sebab rumah diorang dah musnah, takde tempat tinggal. Kerja pun dah takde sebab binatang semua mati, tanah semua dah tak subur. Tunggu la 10-20 tahun lagi.
Malam tu pulak kitorang ada futsal. APA FUTSAL? sejak bila laa keluar ayat2 pelik dalam blog ni. Adakah ada orang lain nak update blog tapi tersalah akaun maka tertulis dekat blog Lihat-Dengar-Rasa? Tak tak. Anda tak salah link. Jangan block blog ni.
Tapi main sampai kaki kejang dan lari lara, terjerit terlolong macam kau sorang je yang pernah main futsal memang berbaloi bila orang2 macho Dalangan menang besar. Teeheeee. Sorry Monjali. Nanti kita re-match okay. Dan tupah sebab ter-aim bola kat perut dia.
Gambar tak upload kat FB sebab tak elok. Tunggu Fikri Diva laa upload kan nanti yer.
Oh ya. Dan aku boleh distalk di blog ini juga. Ya tau. amik la peluang nak kutuk segala2 yang ada di kepala korang tu. *nyorok bawah katil*
Catat Ulasan