Selamat Tinggal Anesthesiologi

dan Yogyakarta.

Yeah. Akhirnya, InsyAllah termakbul doa emak abah dirumah yang menantikan kepulangan anaknya. Cewah. Mestilah excited nak balik sebab kurang lebih, urm hampir setahun tak balik malaysia terchenta. Pergh ayat nak gedik jer.

Selepas penat lelah membaca dan tidur dan membaca dan makan dan membaca untuk ujian lisan, praktek dan tulis, maka hari ini (merangkap semalam) dah pun selesai dengan jayanya. Petua nenek moyang (kakak2 stase) sangat berguna untuk keberlangsungan hidup di stase ini. Dan semestinya ialah teknik menjawab soalan tulis lah kan.

~:>
Kesimpulan untuk Stase ini macam mana? Urm, nak jawab tak? Kalau jawab kenalah ikhlas dan jujur dari hati nurani.

Secara keseluruhan takdelah best mana. best lagi Bedah kan? So something. Sekarang dah boleh coreng Anesthesi sebagai bukan pilihan masa depan. Tak kesah la orang cakap Anesthesi merupakan top 3 dokter terkaya dunia.  Eh eh memandai je aku kan. Tapi disebabkan kerja dia agak boring dan penat giler (penat giler sebab kena tunggu operation selesai dan lenguh tangan bagging lepas tu kena cubit-cubit pasien sampai dia bangun kalau tak arghh tak boleh balik Teehee), maka ianya tidak termasuk dalam pilihan hidup.

Dah laa stase ni sendiri memberikan kesan negatif dalam diri. Masuk je stase ni hormon terus jadi tak stabil sebab residen dia over dan gedik dan menyampah aku. Haa mula la tu nak emo. Tapi sebahagian je laa. Sebahagian tu laa yang menyebabkan aku rasa macam terus tak suka Anestesi. Haa gitew.

Takpelah. Kita abaikan Stase yang dah lepas ni. Kita kena terus maju ke depan dan menganggap kenangan serta pengalaman akan mengajar kita untuk terus berusaha gigih di masa hadapan. Haa haa. Excited la ni nak masuk Anak. Boleh cubit pipi gigit hidung kan?

Tapi buat masa ni, HELLO MALAYSIA! HELLO NASI BERIANI! 

Mana ekspresinya?

Macam-macam yang berlaku sejak kebelakangan ini. Lebih kepada perkara yang negatif berbanding positif. Walau se-positif thinking mana pun aku cuba dan berusaha, se-negatif itulah perkara itu berlaku. Semacam suatu magnet yang sama kutub, sekuat mana kita rapatkan dia, sekuat itu dia akan menolak.

Secara jujur, aku lebih percaya kepada first impression. Tergantung kepada individu itu sendiri, atau perkara itu sendiri, first impression akan kekal lama. Ia akan kekal di hati, dan fikiran aku sehinggakan first impression itu yang akan menghukum dan menghakimi. Ianya akan menjadi dua perkara, sama ada baik mahupun buruk. Jika first impression itu adalah perkara positif, baiknya ia akan kekal sebagai positif. Tapi kalau ianya perkara negatif, buruknya ia akan kekal sebagai negatif.

Sampailah kepada perkara seterusnya, iaitu second impression. Selalunya, second impression akan hadir apabila kita sudahpun menilai sesuatu melalui first impression tadi. Namun second impression ada untung ruginya juga. Yang untungnya ialah apabila first impression tadi merupakan perkara negatif, dan second impression merupakan perkara positif, ianya akan menjadi sesuatu yang baik. Tetapi yang ruginya ialah apabila first impression merupakan perkara positif, tetapi second impression merupakan perkara negatif, ianya akan menjadi sesuatu yang buruk dan merugikan.

Kerana kita tahu, second impression akan kekal lebih lama daripada first impression tadi.

Lepas tu semua orang blur dan konfius dah ape kebenda laa aku merepek ni -.-