Mana ekspresinya?

Macam-macam yang berlaku sejak kebelakangan ini. Lebih kepada perkara yang negatif berbanding positif. Walau se-positif thinking mana pun aku cuba dan berusaha, se-negatif itulah perkara itu berlaku. Semacam suatu magnet yang sama kutub, sekuat mana kita rapatkan dia, sekuat itu dia akan menolak.

Secara jujur, aku lebih percaya kepada first impression. Tergantung kepada individu itu sendiri, atau perkara itu sendiri, first impression akan kekal lama. Ia akan kekal di hati, dan fikiran aku sehinggakan first impression itu yang akan menghukum dan menghakimi. Ianya akan menjadi dua perkara, sama ada baik mahupun buruk. Jika first impression itu adalah perkara positif, baiknya ia akan kekal sebagai positif. Tapi kalau ianya perkara negatif, buruknya ia akan kekal sebagai negatif.

Sampailah kepada perkara seterusnya, iaitu second impression. Selalunya, second impression akan hadir apabila kita sudahpun menilai sesuatu melalui first impression tadi. Namun second impression ada untung ruginya juga. Yang untungnya ialah apabila first impression tadi merupakan perkara negatif, dan second impression merupakan perkara positif, ianya akan menjadi sesuatu yang baik. Tetapi yang ruginya ialah apabila first impression merupakan perkara positif, tetapi second impression merupakan perkara negatif, ianya akan menjadi sesuatu yang buruk dan merugikan.

Kerana kita tahu, second impression akan kekal lebih lama daripada first impression tadi.

Lepas tu semua orang blur dan konfius dah ape kebenda laa aku merepek ni -.-