Galau

Salam.

Pernah tak korang melalui fasa di mana bila tengah busy (waktu Koas dan lain-lain), masa tu laa fikiran melayang menginginkan percutian lah, cuti rehat yang panjang lah, mahu menikmati dunia tanpa sempadan lah, nak pergi enjoy sakan dan menghadiahkan diri sendiri sesuatu yang best?

Dan perasaan itu semakin membuak-buak bila masa tu minggu terakhir stase, nak-nak masa minggu ujian. Haa fikiran dan semakin melayang terbang ke angkasa lepas dah. Semua rancangan dan impian dah menjadi semakin dekat dengan kenyataan.

Tapi malangnya, habis je ujian/exam, terus angan-angan menjadi debu berterbangan tak bersayap. Terus cakap dengan diri sendiri 'Perbodohkan laa cuti tu. Tidur lagi baik!' APEKAH?

Breaking Dawn II
Red Velvet Cake paling sedap. Mungkin sebab ada orang beli, aku tinggal pow jer.
Pacitan
Barbeque
Poyo
Besar giler ombak tu. Terus jadi jakun. Terus guling-guling tepi pantai tunggu ombak. Lepas tu lari.
Pasangan Bulan Madu
Pasangan Bulan Madu II dan nyamuk.
Ratu Boko!
Tak pandai main tapi poyo.
Dinner with The Boys
J.Co-ing bersama teman tapi mesra.

Dan sekarang dah masuk stase baru THT (Telinga Hidung Tenggorokan) / ENT (Ear Nose Throat). Masih belum dapat mood nak belajar dan menjalankan tugas sebagai koas. Huargghh. Time macam ni laa tetiba menyesal sebab tak cuti sepuasnya. Huarrghh. Time macam ni laa kalau nak rancang percutian lagi. :'(