Duit siapa ni?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam korang.

Duit siapa ni?? haha' cam pelik jer kan.. Tapi tu la realitinya. Bukan senang nak dapat durian runtuh. Alhamdulillah. Free je Allah nak bagi rezeki.

20 januari 2009:
Dah pokai. Duit JPA tak masuk lagi. Duit kat bank pun tinggal Rp43,353.67. Kedekut punye bank Niaga. Duit aku tinggal segitu pun die nak katok lagi bayar duit administrasi. Siot jer! =(

30 januari 2009:
alhamdulillah. penat ikat perut akhirnya berbalas jugak. Duit dah masuk. Berjuta2 jugak la. hihi' selesaikan apa2 yang patut dulu; bayar duit rumah, duit internet, hutang semua. Dan masa duit masuk ni jugaklah nak berjoli sakan. Dah fitrah.. nak buat camne kan..

4 februari 2009:

ada mutasi kredit rp1.5M kat dalam akaun. Duit siapa plak ni kan. Berbunga2 jiwa raga. Ingatkan mak ke abah ke yang masukkan duit. tp bila call diorng, kata takde plak. Haish~ camne plak ni.

18 februari 2009:
Ikhlas. dan kuatkan hati jugak nak pergi bank tanya duit siapa. Mbak Cantik tu cakap, aku ada kuarkan duit tapi duit tak keluar. Betul, memang ada. tapi tu tahun lepas. Dan juga, duit tu dah diganti balik. So, skg ni, ni bukan duit aku. KOT! Tapi mbak tu cakap takpe. Nnt die tanye orang atas. Aku cakap, ok jer.

21 februari 2009:
telefon mak. Sedih. Sebak jugak bile ckp yang aku dah report pasal duit tu. Tapi mak cakap, takpe la. jangan sedih2. Dah mmg bukan duit kita. Mana boleh ambil yang bukan hak. Tapi mana tahu kalau2 Allah mmg nak bagi kita. Mungkin bukan skg. Mungkin nanti. Mungkin bila orang tu dah dapat balik duit dia. Mungkin dia orang kaya. Mungkin nnt dia nak bagi aku duit. Mungkin sebab dia rasa terima kasih sgt2. Mungkin... Betul jugak. Memang niat aku nak pulangkan duit tu pun. Ikhlas. Aku taknak ambil yang bukan hak aku. So, aku kene betulkan niat ni balik. Thanx Ain atas nasihat. Semoga Allah merahmati!

6 mac 2009:
sampai skg Rp1.5M tu tak terusik kat bank. Tarik pun tak, tolak pun tak. Tanpa sangsi lagi, aku kuatkan jugak la niat nak pergi bank lagi. Tapi, mbak tu cakap. Memang betul tu duit aku. Aku ade kuarkan duit 1 februari 2008 tapi duit tu tak keluar. Data ada cakap. Dia cakap aku tak buat laporan pun pasal duit tu. Nasib baik diorng buat kemas kini akaun balik, dan pulangkan semula duit tu. Apa aku kata? Konfius!


Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain, (dalam rezeki pemberian kami itu), dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Surah Al-Israa' : ayat 21

...............................................

1 februari 2008:
Mutasi debet - Rp1.5M
4 februari 2008:
Mutasi kredit - Rp1.5M

..............................................

4 februari 2009:
Mutasi kredit - Rp1.5M

Antara tahu dan buat2 tahu, tak tahu dan buat2 tak tahu.


$..
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Sedang kami beramai menunggu makanan datang, ada seorang sahabat bertanyakan soalan, "Salah ke kalau kita tak tahu?". Maka, berperanglah kami menegakkan pendapat masing2. Tapi, disebabkan makanan pun dah sampai, perbincangan terhenti setakat di situ saja. takde kata putus. Namun, sesedap dan sesejuk manapun jus semangka tu, hati ni tetap jugak 'panas'.

Tapi ini pendapat aku:

scenario 1:
A : siapa nama budak tu?
B : tak tau

scenario 2:
C : Anak Pak Mat tu tinggal kat mana?
D : kat Felda Ulu Tebrau

.................................................................................................

scenario 1:
apa pendapat korang tentang jawapan yang diberikan oleh si B? Adakah sebab si B memang tak tahu nama budak tu ataupun dia sengaja buat2 tak tahu?

scenario 2:
bagaimana pula dengan scenario 2? adakah si D memang tahu anak Pak Mat tu tinggal kat Felda Ulu Tebrau ataupun dia sengaja buat2 tahu?

Mungkin dua soalan di atas ni, macam soalan budak tadika. Dah takde contoh lain ke? Ada... Banyak sangat. Tapi untuk menjadikan perkara ini lebih mudah difahami dan ketandusan idea yang lebih berbunga2, mungkin dua contoh di atas sesuai digunakan.

Tak salah kalau kita tak tahu, tapi yang salahnya ialah bila kita tahu tapi buat2 tak tahu.
Tak salah kalau kita tahu, tapi yang salahnya ialah bila kita tak tahu tapi buat2 tahu.

Masing2 ada pendapat sendiri. Kalau tak puas hati, buat blog sendiri! =P

Rasulullah s.a.w bersabda,
Tidak dinamakan seseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir dan tidak ada usaha yang dianggap bermanfaat melainkan berakhlak mulia.

(Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

p/s: jangan komen pasal tatabahasa.. sebab yang penting adalah cerita. Anda faham, saya pun faham.. (*^_^*)

Kritikan

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$


Salam.

Hidup ini penuh dengan kritikan.


suka warna hijau kena kritik.

rambut belah tengah kena kritik.

pakai baju 2 lapis kena kritik.

sarapan biskut Tago cecah milo kena kritik.

bertanggungjawab kena kritik.

minat siti nurhaliza kena kritik.

study pun kena kritik jugak.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, Dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Surah Al-Baqarah : ayat 216

Jazz dan Classical

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua.

Apabila Jazz dan Classical lebih menarik daripada Juvenile Delinquency dan homosexuality (baca: tutorial)




Bukannya minat sangat jazz + classical ni. Tak seobses Mibo dengan opera n symphony classis. Tapi mungkin sebab dah lama tak dengar Cikgu Rosman berjazzy dengan up-beat dia. Dan malam ini, semuanya seperti berulang kembali.

Kredit untuk Ray Robson atas Sonata in F minor, op 2, no. 1 Beethoven. Opening performance yang meremangkan bulu roma. Tak kisahlah kalau awak main banyak salah pun. Saya yang tahu muzik setakat baca note tulis F.A.C.E lagi, tak kan tu pun nak berkompromi? =)

Dan tentunya, lagu ni yang membuatkan semuanya sangat2 bernostalgia.

Seriously, rindu giler korang semua... T_T

0105 orchestra members
$ sudien $ anam $ syimir $ ikrom $ ridhu $ Q $ za'im $ lemi $ panda $ mibo $ syafiq M $ dino $ roko $ anis $ man $