Salah siapa?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Pagi ni ada exam Biochemistry. Takut la jugak sebab biochem ni kadang2 killer skit. Soalan2 dia pun cam pelik2. Kadang2 la. Harap2 sangat lulus, sbb taknak la kene remedi lab semata2 tak lepas exam. Buat bazir masa satu, bazir duit pun satu hal jugak. haish~

Tapi td masa nak kuar rumah pergi kampus, sekali jer ada bende yang mengejutkan berlaku. Nak tau apa? ada botol arak kat atas motor. Subhanallah! buat sakit hati jer. Botol arak tu kira boleh tahan lagi la, sekali jer ada percuma kondom skali kat mulut botol tu. Beli satu, dapat satu free! makin berkobar2 la hati. Punyalah tadi nak tenangkan hati nak jawab exam, skali jer panas jiwa membara. Sepanas "PANAS" jugak lah.. sampai Nash yang selalu tumpang motor pun tak jadi umpang. Dia naik dgn Fazrul. Takut HIV ker?? tak tau la kan.. haish~

ni la botol tu. ngok kan?

Fine! Memanglah baru je belajar tentang zaman2 remaja ni. Drug abuse, domestic violent, STI (sexual trasmitted infection), sexual orientation etc. Nasib la baru je dapat ilmu tentang bende2 ni semua. Kebetulan, exam Biochem hari ni pun ada kaitan dengan Alcohol screening.. Sabo jer la. Ade neurological disorder baru tau! biar dia tahu siapa lagi berkuasa. Urm, syukur la aku ni orang Islam. Belajar pulak pasal bende2 ni.Dapat juga berfikir secara rasional. Salah siapa? Salah ibu mengandung? atau salah bapak tak pakai kondom? haish~

Bende ni semua melibatkan bayak faktor. Semua terlibat. Orang yang tak bersalah pun terlibat jugak. Abis tu, takkan nak salahkan takdir pulak? Nak salahkan Tuhan sebab tak bagi petunjuk? Come on lah.. Sekarang dah tak pakai ayat2 dalam kelambu lagi. Bende ni semua kene dikecohkan. Perlu di buka fikiran2 kolot masyarakat kat luar sana tu. Mmg la Indonesia ni bukan negara aku, tapi sekurang2nya ada darah yang masih mengalir dalam jiwa orang2 yang kat sini. Dah, jangan nak buruk sangka ok!. darah2 seAGAMA lah! haish~

Kalau ye pun nak minum tunggang terbalik, janganlah nak melibatkan orang lain. Hello...! dah takda tempat lain ke nak buang botol haram tu? Tong sampah punyalah kat sebelah tu jer, motor aku jugak tempat ko letak sampah tu ek. huh' tak tau la nak cakap apa. Mudah2an Allah bagi la petunjuk kat orang tu sikit. Biar terbuka jiwa dan minda dia. yang sebenarnya bende2 tu semua la yang akan menghancurkan hidup mereka dan keluarga mereka. haish~

Dan yang penting, bertanggungjawablah atas segala tindakan yang telah kita lakukan. ok?

Exam.. Exam..

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Tinggal 2 hari je lagi nak exam. Fuhh..! penat woo nak study. Aku ni dah la malas nak study. Bukan macam Fikri. Apatah lagi Fitri. Jauh panggang dari api. Dengan lecture notes yang banyak gaban. haha' dah nasib taknak study awal2 kan.. bukan salah ibu mengandung. haish~


Time2 macam ni la teringat kat budak gonjeng ber-6 ni.. Kalau dulu dekat2 nak exam, abislah bilik bahasa arab tu riuh rendah, dengan bersoal jawab lain, dengan yang bergosip lain.. =P tapi yang paling best, sure akan ade sorang tu yang datang bulan waktu2 nak exam. Kalau sekarang, ayat dah mantap sikit, panggil PMS (premenstrual syndrome). Siapa lagi la kalau bukan si Lemi seorang. =) Haha'


Dan waktu2 camni la, makin ramai yang akan konfius. Penat2 hafal, alih2 terpesong dek ajaran sesat Ainan. Apatah lagi kalau Za'im yang bersuara, makin konfius jadinya. So, sampai tahap ni, nanti adalah yang bertekak siapa nak menang. Dan aku? macam biasa la. Diam seribu bahasa. nak lawan, tak cukup ilmu la katakan. *_*


Haish~ rindu giler korang semua. Harap2 plan kita bulan 7 nanti, jadilah yer. Tunggu kedatangan aku di sana di sana di sanaaa....

dah3.. jangan nak merepek lagi. Baik sambung study.. Daa~

Dan demi sesungguhnya, kalau kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata, "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". sesungguhnya ia (dengan kesenangan itu) riang gembira, lagi bermegah-megah kepada orang ramai. kecuali orang2 yang sabar dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar

Surah Hud : ayat 10-11

Sayang Rasulullah?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Selawat ke atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah yang tiada tolok bandingnya. Kecekalan dan kesabaran tertinggi dalam meluaskan empayar Islam, terus berkembang dan berkembang seantero dunia. Syukur ke hadrat Ilahi, kita dilahirkan dalam azalinya Islam, inherited daripada mereka yang beragama Islam, diberikan didikan agama teragung, Islam, dan moga2 kita terus dalam Islam dan matipun dalam keimanan Islam.

Hari ini, Isnin 9hb mac 2009, bersamaan dengan 12 rabiulawal 1430H. Hari kelahiran junjungan besar kita, manusia syumul dan teragung yang pernah diciptakan-Nya, Muhammad bin Abdullah bin Abdul-Muthalib bin Hasyim bin 'Abd al-Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka'b.

Mungkin ramai yang sudah tahu sirah2 nabi serta sifat2 terpuji yang dimiliki baginda. Semalam, saya terbace blog Aznil Hj. Nawawi. di situ, disertakan sekali satu laman web mengenai sejarah Nabi s.a.w itu sendiri. [klik sini untuk maklumat lanjut]. Saya tertarik dengan pengakhiran riwayat nabi. Di mana, sewaktu kewafatan baginda, betapa sahabat Rasulullah terasa begitu kehilangan. Kehilangan besar yang begitu menruntum jiwa sehinggakan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Nasi sudah tiada. . Saya turut menitiskan air mata. Syahdu. Begitu mendalam kecintaan sahabat terhadap Rasullulah. Adakah kita juga begitu? Subhanallah..

Di sini petikan yang saya copy daripada web tersebut:

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'. Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144)

Sayangnya Rasullulah kepada Umatnya melebihi segala2nya. Sayangkah kita kepada Baginda?

Happy Birthday Mak~

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

salam.


Most of all the other beautiful things in life come by twos and threes by dozens and hundreds. Plenty of roses, stars, sunsets, rainbows, brothers, and sisters, aunts and cousins, but only one mother in the whole world.
~Kate Douglas Wiggin~



Kasmidah Binti Pairan
7 mac 1960


Mak,
terima kasih atas kegalanya;
didikan, kesabaran, kegigihan, kekuatan, kesedihan, kebahagiaan, dorongan, impian dan do'a yang tak pernah putus.

..................................

Oh ya, to this girl jugak. Happy belated birthday.

Nurul Ain Binti Jailani
5 mac 1986