Keenakkan gelak ketawa di kala bersendirian

Salam.

Ya. agak pelik tajuk post kita hari ni. Keenakkan tu mungkin sebab tadi baru je lepas makan bihun sup dan sambal kicap yang pedas giler membakar esophagus di kala hujan renyai yang menyebabkan bont*t malas nak bangun dari katil Adi (baca: KATIL ADI) <-- WAHAHA' untuk makan bersama Gobi dan Lee yang konon2 petang tadi bersenam untuk  memantapkan bont*t. Boohoo bila dah 2 kali tulis bont*t dalam satu perenggan sebab Lee dah bagitau cara yang berkesan untuk membesarkan dan memantapkan bont*y yang kecik ini. Muka -_- sebijik sebab Yon pernah cakap depan2 yang bont*t aku kecik dan perlu dibesarkan sedikit. HOI! ni dah berapa patah bont*t kau tulis dalam satu perenggan ni? Padam balik!

Tak nak. Bluek!

1. Di masa tenggang yang nian lapang ini, benda yang suka suka suka sangat aku buat selain Yotube-ing, FB-ing, dan tengok America's Next Top Model, Canada's Next Top Model dan Britain's Next Top Model yang tengah on-air maraton kat StarWorld sekarang ni, aku suka juga membuat jalan blog (blog walking) -_- Sangat kelakar giler bila ada satu blogger ni, dia chinese tapi kadang2 dia tulis blog dalam BM kalau dia tengah bosan. Comel jer. Dah la dia suka pakai baju melayu sebab dia kata multipurpose -pergi beraya/open house atau buat baju tidur/pyjamas. So true and tertonggeng punya kelakar kan? 

Dan bila dia pergi Tesco nak beli baju melayu sambil mak dia tengah pilih ayam yang paling gemuk dan besar (sangat terjemahan mendadak - direct translations) ada sorang makcik ni yang puji dia sebab tolong mak dia pergi belanja untuk raya. Siap tanya raya kat mana lagi. Dia pun jawab je la dia orang melaka dengan slang cinapek (no offense, dia yang tulis camtu lol). Pastu mak dia datang la kat situ dan diorang berborak dalam bahasa cina. Bila mak dia pergi jer, makcik tu cakap 'Eh anak2 sekarang fasih cakap cina laa. bagus tu'. Get it? *Lawak giler*

2. Kalau ada baca post kat bawah yang tak bertajuk ni, ada Hanafiah sengal komen. Aku tak pening ke? Cis. Nak perli yang aku selalu je pening magraine sakit kepala bila tengok cita pasal medicine, atau belajar. Neurosurgeon? Dulu jer bila tengok Derek Shepherd yang cool giler masa musim pertama, kedua... lepas2 tu WhatTheFarmville la kan bila semua blok exam pasal neuro aku dapat donkey. ok yang ni tak lawak. Siapa gelak, siap!



3. Atau bila Lexie Grey putus dengan Mark Sloan dan dye rambut dia jadi blonde chick yang hot dan semakin wow menjadikan dunia kita semakin aman dan tenteram. Ya, environmental friendly. Selamatkan alam yang semakin tercemar dan sarat dengan masalah, pemanasan global dan sebagainya, dengan kitar semula (recylce). Argh.. macam mana nak terangkan yang kita kena menggunakan semula bahan yang terbiar untuk selamatkan alam sekitar? (dalam konteks seks di mana kita kena buat hubungan dengan ex kita - recycle) Faham?

Hi hi hi hilarious~ :x

Rindu Izzie Stevens. Bila nak muncul ni? :'(

Kadang2 aku terlalu banyak sangat berpikir. Yela, fikir sesuatu yang kadang2 tak penting dan tak perlu. 


Fikir pasal volley untuk bandung games nanti. Macam mana position, macam mana formation, macam mana team lawan hebat ke tak, macam mana nak main nanti, siapa yang kena main, siapa yang first 6 yang kena main, apa position diorang kena main, sampaikan masa lebih dua bulan yang ada untuk decide siapa 12 orang yang nak main pun masih tak cukup. Fikir nanti apa perasaan diorang, fikir nak ambil junior yang tak tau main atau senior yang tak tau main jugak, fikir perlu ke nak tunggu junior 2010 masuk baru nak buat pemilihan, dan soalan2 yang terus berlegar dan aku akan terus berfikir.

Fikir pasal Seattle Grace Mercy West's merge sampai terbawa2 dalam mimpi. Ikut Derek Shepherd masuk kat bilik meeting, jumpa Richard Webber gaduh2 sikit pastu buat2 pergi tandas padahal nak menyibuk nak tau siapa yang akan kena tendang. Termasuk jugak sampai baring sekali atas katil sambil fikir macam mana nak bedah Issac punya tumor yang macam wow awesome giler punya pembedahan nak buat. Ceit kalah Derek siap lukis kat wall bilik dia dengan Meredith Grey (yeay~ macam dah terpikir nak buat wallpaper apa untuk main wall kat bilik nanti -_-" )

Atau fikir macam mana nak tolong Arizona Robbins selamatkan budak kecik yang parents dia dah laburkan $25 juta yang macam - duit korang ada berapa billion la weiii! pastu sebab Dr Robbins macam sedih dan tak boleh nak berkata2, aku pulak yang menyibuk nak explain kat mak abah budak tu apa yang berlaku, dan siap aku pujuk Dr Robbins tu dengan ayat 'You are great!'. Sangat comel tetapi agak scary bila Callie Torres cakap camtu.

Arghh.. ni asyik  fikir yang merepek dan bukan2 ni. Bila masanya pulak kau nak fikir pasal proposal research dan menghafal lecture notes? 

Best ke Raya?

Salam.


Hye, hari ni hari pertama raya. Semua orang mesti tengah semangat nak raya kan? Erm, maksud saya budak kecil yang tak puasa, tapi memang sangat suka nak beraya. Ya, itu ditujukan khas untuk Kimie. 


Selalunya, kalau hari raya, tugas aku mesti kena kemas rumah. Sapu sampah halaman rumah yang besar giler dan cara yang terbaik untuk membakar lemak. Dan rumah yang memang serabut giler lagi serabut daripada serabut kelapa. Alahai, dah mula nak meroyan dah..

Tak tak. Aku malas giler nak kemas rumah. Sebab mesti nanti akan ada Kak Ain dan abah yang akan kemas. Dan mak mesti la kena masak kan? Dan Ikah, Ima yang mesti asyik tidur je kerja diorang. Eh, terkantoi pulak.

Tak. Kerja kami bertiga ialah menganyam ketupat. Kejap, Ikah pandai anyam ketupat ke? 

Okay. Seterusnya, tugas aku ialah... urm, nak tipu tolong abah sembelih ayam macam dosa pulak. Takpe, tapi aku tolong abah cabut bulu ayam. Kan? 

Okay laaa. Yang ni memang kerja aku. Maksudnya, tiap2 tahun aku yang kena buat. Sebab kalau nak harapkan mereka berempat tu (termasuk budak rongak tu), memang takkan siap lah. Sebab kerja ini memang memerlukan ketelitiaan dan fokus yang tinggi. Bukan semua orang boleh buat untuk memberikan hasil yang memuaskan. Maksud memuaskan di sini ialah tepat dan padat dan tidak menggelebeh. Ish, korang memang saja je nak suruh aku explain panjang2 kan? Kerja ini ialah memasang langsir. Wah.. hebat tak?

Tapi ada jer benda tak best sebenarnya bila raya. Pertama, terpaksa berperah otak mencari idea macam mana nak buat alasan taknak ikut abah pergi marhaban. Dan kedua, terpaksa melayan budak2 yang datang beraya buat air hidang kuih bagi duit raya semua sebab perempuan2 yang kat rumah ni PASTI dan SEMESTINYA akan tidur je kerja diorang hari2 raya ni. 

HAHAHA' best kan bocorkan rahsia orang lain di pagi2 raya ni. Yela, tak tau nak buat apa. Nak tau apa aku tengah buat di hari raya yang ceria dan indah ini?

Ini dia:


Perabis duit baki yang ada kat bank selepas shopping macam orang giler dan "Wah, duit kau belanja lebih mahal daripada duit tiket flight balik Malaysia tetapi gedik taknak balik jugak" menggemukkan diri di Dunkin Donut. Sarcastic sungguh penulis ni tau!

Okaylah, semua.. Aku memang maksudkan SEMUA ANDA, selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Halalkan makan minum, ampunkan segala salah silap tersurat dan tersirat, terover tergedik ter-nak pelempang jer muka dan sebagainya. Have Fun and wonderful raya semua! :')

Ops. sorry, nak upload jugak gambar mintak pelempang ini, tapi dengan cara yang lebih manis dan menghayat hati.



Salam Lebaran!

Intoxication

Salam.


Suasana nak belajar untuk tutorial.


Racun (poison)- sesuatu yang boleh membunuh dan memudaratkan kesihatan.
Penyahracunan <-- ayat apekah? 
Kata kunci: 'Intoxication'
Hasil:




Diam lagi la nampaknya T_T