Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam.
Waaahh, lepas kenyang makan Kuew Tiew (sempat google macam mana nak eja kuew tiew. noob.) kat Talenta dan sempat gaduh dengan Hanafiah adakah strawberry sejenis berry, terus merajuk balik rumah nak cari jawapan. Eh takde la terus merajuk balik lari bawah hujan macam drama korea tu, takde la macam tu sekali. Tapi sempat la amik data medical record kat Sardjito. Bila la penyeksaan thesis ini akan berakhir? Tsk tsk. Eh dah melalut pulak. Ok kita proceed.
Lepas stalk blog sendiri dan tekan sesedap sendiri kat link Iklan Nuffnang kat tepi ni, terus masuk kat satu webside Digi yang comel lote.
Persoalannya sekarang, adakah Blackberry sejenis berry?
Okay, kita simpan soalan tu dulu, sebab sekarang memang tengah syok nak main game What berry are you? ni. Wahh gitu.
Game dia senang jer, jawab soalan2 mudah dia, pastu boleh dapat point. Diorang cakap, kalau dapat high score, boleh laa dapat hadiah Blackberry satu. Tu diorang cakap laa, aku tak cakap.
Tapi point utama sekarang, bukan Blackberry, apatah lagi strawberry. Tapi tapi tapi.. cewahh suspens tak? Tapi soalan dia yang macam sangat comel!
Lepas jawab soalan comel, boleh main game comel jugak!
Selain tu, korang boleh jugak bagi nama berry kat kawan2 facebook korang. Yang ni memang sangat best sebab boleh bagi nickname diorang yang memang sangat sesuai dengan karakter mereka. Wahh gitu.
Paling suka watak Autyberry ni. Hihihihilarious~!
Menatang ni sebenarnya ada kaitan dengan DIGI. Ntah apa ntah tapi macam promo pakej diorang la. So siapa yang rasa tak pakai Digi, boleh tukar sekarang sebab promo dia memang best!
Selain tu, Digi nak bawak artis comel hot macho jambu korea datang buat konsert kat Malaysia. Haaa, berdarah hidung kome!
Cepat rebut peluang. Siapa comel, dia dapat. Oh maksud comel di sini ialah pengguna Digi. Maklumat lanjut, layari http://www.digi.com.my.
p/s: Aku bukan promoter berbayar Digi. Sekian.
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam.
Dunia blogging menjadi semakin menarik dengan kehadiran para blogger(s) ke dalam dunia maya. Wahh wahh.. lepas ni dah boleh buat tea party bagi berkenalan dengan labih rapat dan berkongsi cerita antara satu sama lain. Eh terlebih poyo pulak, padahal semua duk satu kampus.
Jadi, perkenalkan kawan saya yang awesome, poyo, comel dan gedik: Adi Putra, Fikri Mustapa, Esther Kiyuh dan Alia Zaky. Okay, boleh berebut siapa nak awesome, poyo atau gedik sekarang. Ingat, siapa cepat dia dapat.
Lepas ni, coretan hati, diari kehidupan, lepas geram, emotional segala dah berkurang ditanggung facebook. Tahniah. *tepuk bahu* :')
Oh, kalau rasa nak membebel tak cukup ruang, dan perlukan lebih privasi bila kita boleh emo, jemput datang ke twitter pulak. Kita kena bahagi kegeraman bersama. Dan kegembiraan jugak. cewaahh. Jangan bagi sorang je tanggung. Kesian dia.
Okay, sessi merepek buat kerepek dah selesai. Kena bersiap sedia nak pergi celebrate birthday pulak.
Happy Belated Birthday Arif Bahiyuddin!
Salam.
Alhamdulillah. Masih bernafas dengan sempurna di pagi tahun baru.
Perjalanan hidup yang semakin mencabar. Mengorak langkah satu persatu bagi memenuhi segala impian dan cita-cita. Sedar tak sedar, hampir 23 tahun aku melihat dunia, dan hampir 23 tahun berjuang berperang dengan segala macam semata2 keberlangsungan hidup sebenar.
Setiap orang ada impian. Dengan berbekalkan impian, kita maju mengharungi onak duri kehidupan. Dengan impian, setiap perjalanan dianggap bermakna.
Aku hidup dengan impian, dan azam. Sejak kecik lagi, memang impian dan cita2 yang menjadikan aku berusaha keras untuk hidup.
Bila masih sekolah rendah, aku memasang azam untuk dapat 5A, masuk sekolah berasrama, tinggal jauh daripada family, hidup berdikari, ada ramai kawan dan bebas memilih haluan hidup. Semua orang tahu kot, sekolah rendah, hingusan lagi. Apa yang kita tahu dengan masa depan? Ada rumah besar, kereta besar, hidup mewah, rumah ada swimming pool. Tapi aku tahu, yang aku perlu dapatkan 5A.
Bila dah dapat 5A, dapat masuk asrama penuh, dapat tinggal jauh daripada family, dapat hidup berdikari, dapat ramai kawan. Impian dan azam dah tercapai. Tapi untuk kehidupan seterusnya, aku masih memiliki azam dan impian yang lain. Nak belajar sungguh2 untuk PMR, nak dapat 8A, nak masuk kelas budak pandai.
Tapi tak semua impian dan azam kita tercapai. Sekuat mana kita berusaha, selagi masih belum rezeki, Allah maha Mengetahui. Kau tau bila 7A 1B rasa macam sangat bodoh? Bila terpaksa berusaha keras untuk buktikan yang kita sebenarnya tak layak pun nak dapat 1B tu. Takpe, aku cakap dalam hati, aku kena buktikan masa SPM nanti.
Belajar sebaik yang mungkin, faham sedalam yang mungkin, fokus. Azam nak dapat 10A, nak dapat scholarship, nak pergi oversea.
Kau tau, tu cerita 5 tahun yang dulu? Bila impian, azam dan cita2 mendorong kehidupan yang bermakna.
Sumpah! Aku rasa perjalanan hidup sekarang ni terasa amat kosong. Terpinga2 mencari arah tuju. Takda impian, azam mahupun cita2 yang harus dikejar. Tak rasa bersemangat untuk menghadapi hari esok. Kalau dulu kau rasa setiap hari menjalani rutin yang sama adalah impian, tapi sekarang menjalani rutin yang sama adalah kehilangan. Kehilangan erti sebenar kehidupan.
Kadang2 aku terfikir, apa makna sebenar kehidupan? Kita hidup dan akhirnya akan mati.
Urm.. masih belum terlambat (mungkin). Perjuangan hidup kan sampai penghujungnya. Selagi belum tamat, selagi itu impian akan terus ada. Cuma kita jer yang perlu tentukan, dan kejar!
Jangan mengeluh kenapa orang lain boleh berjaya, jangan mengeluh kenapa orang lain boleh bahagia, jangan mengeluh kenapa orang lain lebih semangat untuk hidup.
Yang harus kau buat sekarang ialah terus berjuang, buatlah apa yang ingin kau buat, cakaplah apa yang ingin kau cakap, ketawa dan menangis apa yang ingin kau gelak dan tangisi, luahkan apa yang kau pendam, kejarlah apa yang ingin kau kejar, nikmatilah anugerah yang kau miliki, berusahalah untuk sesuatu yang kau hajati - hari ini juga.
Sebab esok belum pasti.
Selamat tahun baru 2011.
















