May babies yang dah besar macam mak dan bapak orang.

Salam.

Banyak giler lahir bulan 5. Okay salah. Ramai giler lahir bulan 5. Macam mustahil nak letak semua kat sini dan ingat semua nama penuh dan tarikh lahir sebenar diorang berapa. Sigh. Sebenarnya kadang2 memang ingat lupa lupa pun. Lupa ayat ganda sebab memang kau short term memory lost sewel.

Oh, budak2 Mei memang sangat best!

 AMIRUDDIN RADZI 
1 Mei 1988

 MONG HUI MIN
1 Mei 1988

WILLIAM CHIN JIAN WEI
3 Mei 1988

MOHD FARHAN YASIN
5 Mei 1988

 FARHANA JONI
6 Mei 1988

 ISKANDAR SHAH 
6 Mei 1988

MOHAMMAD FAZRUL MOHAMMAD BASIR
9 Mei 1988

SYAHIRA KASMAN
9 Mei 1988

AZAHRI ABDUL AZIZ
11 Mei 1988

 AMIR ZAKWAN
12 Mei 1988

FITRI FAREEZ RAMLI
15 Mei 1988

ISYAMMUDDIN OTHMAN
16 Mei 1989


MUHAMMAD ZULHILMI
16 Mei 1988

MOHD FADHLI TAHAR
20 Mei 1988

HANIM DZULBAZLIN
20 Mei 1988

 NURUL EZZATI
24 Mei 1988

Owh terasa sangat best kalau kita semua sambut birthday sama2 meriah segala macam nak buat kenduri kawin.

Oh ya, yang dah kawin dan yang nak kawin dah tu, semoga dapat baby cepat wokayyyyy.

Eh kejap. Lupa nak letak yang sorang ni. Nanti karang merajuk nak block blog segala mogok lapar tak nak orang sambut birthday dia pulak la kan. 

NUR HAFIZUDDIN JAILANI
7 Mei 1988

Eiii poyo giler. Rasa nak sekeh jer..
Ok baiklah. yang betul punya.


Eiii taknak. Tak boleh nak buang Imran kat situ. Arghhh.. sekali lagi boleh tak?
TAK BOLEH! 
Baiklah.. (-_-")

p/s: Maaf. Sumber foto daripada facebook masing2 individu. Malas aku nak cari kat folder gambar aku yang banyak2 tu. 

Shoot for the moon

Aku seharusnya dah tidur sekarang. Ya, walaupun  masih awal memandangkan esok hari ahad. Tapi bila Fitri sms dan cakap dia still belum dinner, aku memang dah rasa mengantuk dan terbaring nak tidur. Dan sekarang, tak rasa nak tidur dah.

Banyak benda yang berlaku minggu ni. Semua orang dalam keadaan yang tertekan, atau mungkin kebanyakan orang dalam keadaan yang tak stabil. Atau tertekan. Apa2 lah yang korang rasa macam sesuai. Atau yang semaksud dengannya. Shoot. macam orang gila tak tau nak bagi ayat apa.

Bila chatting dengan kawan sekolah kat ym hari tu, baru dapat tau yang salah sorang daripada kebanyakkan kawan yang amik medic, dah quit. Semacam tarik diri sebab jiwa tak serasi dengan apa yang dia dah belajar sepanjang 3 tahun ni (2 tahun foundations + baru 1 tahun daripada 5-6 tahun). Shoot. macam sangat tak membina semangat bila dalam keadaan yang genting macam ni. 

Tak kesah lah bapak dia banyak duit ke, dia mampu nak bayar balik duit scholar tu ke. Tu hak dia. Dan mungkin dia dah buat keputusan yang paling besar dalam hidup dia, dan mungkin keputusan tu yang memungkinkan dia kejar balik cita-cita dia dan berjaya dalam hidup dia. Dia ambil risiko dan risiko itu dibayar dengan keyakinan dan impian yang dia dah bina. 

Dan hampir mustahil la kau nak tarik diri bila dah 4 tahun kau belajar. Dan beribu2 duit kerajaan kau dah bazirkan tetiba kau nak kata yang kau give-up? Kalau kau pernah cakap masa A-level dulu yang kau dah menyerah, aku boleh percaya. Dan kau tak sanggup nak menyerah awal2 lagi sebab kau tau yang mak abah kau bukan orang kaya. Kau fikir mana diorang nak korek duit bayar balik duit scholar tu, kau fikir mana diorang nak cari duit buat makan semua. Sebab tu aku tau kau cuba nak ikhlaskan sampai sekarang ni.

Kau pernah cakap yang ini bukan jalan yang kau nak. Kau ambil jalan ni sebab kau kata mungkin ini yang terbaik untuk kau. Untuk keluarga kau. Tapi kenapa mesti sekarang? kenapa mesti sekarang baru kau kata kau pun perlukan mereka untuk tau apa jalan yang kau nak pilih sebenarnya?

Diorang tak pernah paksa kau pilih jalan kau sendiri. Diorang tak pernah bagi tekanan mana satu yang terbaik untuk kau. Kau sendiri pilih, sendiri mau ingatlah. Tapi boleh pulak kau cakap, sebab diorang tak bagi kau pilihan lah menyebabkan kau tak boleh nak memilih. 

Dan bila kau dah pilih, dia terima dengan hati terbuka. Tapi alih2, selepas 4 tahun baru diorang cakap  yang kau sepatutnya pilih yang satu lagi, dan bukan yang ini.

Terdiam. Konfius.

Sekarang bukan masa untuk menyerah kawan. Bukan semua orang dalam arena ni betul2 yakin 'inilah impian dan cita2 aku sejak dulu', dan ramai jugak yang memilih jalan ni atas dasar 'result aku gempak dan aku harus buktikan sesuatu yang aku harus lebih daripada orang lain'. Tapi sekali kau melangkah, teruskanlah melangkah. Biar kau jatuh berapa banyak pun, biar kau tersungkur dan tersadung berapa banyak pun, bangunlah dan teruskan perjuangan. Jangan toleh belakang. Sekalipun jangan. Sebab nanti aku yakin akan ada sesuatu yang menanti di depan. Sesuatu yang besar, yang kau takkan tau. Hanya Dia tau. Percayalah.

Shoot. Sampah. Rasa macam nak delete balik jer.

Hey Soul Sister

Salam.

p/s Ini adalah* blog versi yang paling banyak link ya. 

Bukan la nak komen panjang pasal blog Kak Ain yang terbaru ni kan, tapi cuma nak kongsi lagu yang baru dengar tapi dah rasa macam jatuh cinta tapi tak bercinta pun sebenarnya tapi terasa macam nak bercinta tapi takde siapa yang nak cinta kita :'(

Ceit.



Tapi sebab macam dah jatuh cinta teramat sangat sampaikan amik wudhu' dari tadi sampai sekarang selepas 2 jam pun tak solat Isya' lagi sebab searching lagi versi yang lain. Ya ampun.. Subhanallah. ish ish ish.

Pilih lah mana satu yang korang suka.


Tapi serius, ni versi yang paling best. Sampaikan semua orang yang tengok pun boleh benci lelaki yang pakai baju merah tu. Aku pun rasa kalau boleh nak lempang sekali dua.

*cuba teka, ialah atau adalah?