Salam.
p/s Ini adalah* blog versi yang paling banyak link ya.
Bukan la nak komen panjang pasal blog Kak Ain yang terbaru ni kan, tapi cuma nak kongsi lagu yang baru dengar tapi dah rasa macam jatuh cinta tapi tak bercinta pun sebenarnya tapi terasa macam nak bercinta tapi takde siapa yang nak cinta kita :'(
Ceit.
Tapi sebab macam dah jatuh cinta teramat sangat sampaikan amik wudhu' dari tadi sampai sekarang selepas 2 jam pun tak solat Isya' lagi sebab searching lagi versi yang lain. Ya ampun.. Subhanallah. ish ish ish.
Pilih lah mana satu yang korang suka.
Yang perempuan cun dan viewer lagi ramai sejuta dari artis original dia. Atau mamat hensem ni + suara yang macam best giler. Atau perempuan ni yang nak buat fake voice tapi memang fake giler. Atau budak lelaki ke perempuan ke lelaki yang suara dia best tapi emmmm tune kureng sikit. Atau instumental group yang rasa tak best sangat tapi nak rasa best jugak sebab tetiba nak jadi racist. Atau korean ni yang main macam erk, boleh tolong ajarkan tak?.
Tapi serius, ni versi yang paling best. Sampaikan semua orang yang tengok pun boleh benci lelaki yang pakai baju merah tu. Aku pun rasa kalau boleh nak lempang sekali dua.
*cuba teka, ialah atau adalah?
hahahhaha..ko bc ke blog aku syg? hahhahahaha...
anyway, aku slalu dgr lagu nih tp mcm xpnh nk amek pot kan. well, ble ko promote, aku pon suka. hahhahahahha...