Jangan mengalah!

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Kita akan sentiasa inginkan yang terbaik. Segala-galanya nak yang terbaik. Apatah lagi sesuatu yang kita dah berkorban jiwa raga, bertungkus lumus siang malam. Dan sangat yakin untuk mendapat yang terbaik. Kalau boleh nak yang sungguh amat sangat paling terbaik sekali. Tapi bila dikira dari segi tatabahasa, awal2 lagi dah tau salah. Tapi peduli apa. Yang penting terbaik ada kat situ. 

Bila kita rasa dah cukup kuat dan yakin untuk berjaya, tapi alih2 kita kecundang, tersungkur dan rasa macam dunia ni tak adil. Apa lagi yang kita perlu buat? Nak kata tak usaha, dah. Yang terbaik boleh kita usahakan. Nak kata doa, dah. Tiap kali solat kita dah berdoa. Nak kata ikhlas, dah. Tiap kali kita buat sesuatu, kita cuba ikhlaskan untuk Allah taala. Nak kata berkat, urm.. mungkin belum. 

Kalau dulu masa sekolah, kita berebut nak lawan siapa dapat siapkan matematik dulu. Masa kelas Fizik pun, walau susah dan ngantuk macammana sekalipun, kita susah nak tidur masa cikgu tengah mengajar, sebab takut2 kena pekikan halilintar. Bangga giler bila dapat jawab soalan Add Math yang konon2 susah giler dan memerlukan explanation sehari semalam. Atau mungkin sampai 3 subjek kita dapat markah 69 dan alih2 bila keluar kat buku laporan, kita dapat A2 untuk ketiga2 subjek tu. Betapa 1 markah tu kita rasa sangat2 berharga.

Sampai bila kita nak hidup bermimpikan masa lepas? Kemudian terjaga dan berharap untuk kembali ke masa lampau balik?

Jangan nak berangan la wei. Kita tak mungkin dapat putarkan balik masa dan berharap ia berhenti pada waktu yang kita nak; masa bila kita boleh pergi kelas pukul 7 dan balik pukul 2 dan berharap prep petang habis awal sebab nak main volleyball; atau masa malam sebelum PMR bila semua kawan2 korang berkumpul ramai2, bersalam dan minta maaf sesama sendiri dengan tangisan air mata keinsafan, atau masa bila tiap kali exam kau dapat top 40 dan semua orang anggap kau budak pandai, ataupun masa kecik2 korang main pondok2 dengan adik perempuan korang lepastu main joget2 buat choreo lagu Say My name konon2 macam korang group paling hebat ada kat Malaysia *eh eh tetiba*
 
Apa yang kita boleh buat sekarang ialah yakin dengan segala ketentuan-Nya, redha segala qada' dan qadar yang dah dan akan kita dapat, selepas ikhlas dan menghargai. 

Tapi sebagai manusia marhaen, hamba Allah yang hina, salah ke kalau kita rasa menyesal dan kecewa?

3 Responses so far.

  1. 'Everyone around us will fall.. Some fall so many times that they got sick of it.. The most important of all, after every fall, no matter how much injuries did we suffer, we will still stand up.. Gain the spirit and try our best to be better' -cindy ng-

    udien, kita pernah di atas.. sedang sekarang kita di uji untuk berada di bawah.. jangan salahkan sesiapa.. mungkin Allah ingin kita lebih mendalaminya.. HE always knows the best.. keep on USAHA & DOA..

    Ya Allah Kau permudahkan segala urusan kami.. Kau berilah apa yang terbaik buat kami dan di pandanganMu Ya Allah.. semoga yang kemudian lebih baik dari yang kami dapat sebelum ini.. Amin...

    Allah make ease through out our jounrney =)

  2. udienjai says:

    Thanks Iz. Amiinn. InsyAllah :)

    Kita sama2 berusaha yer..

  3. "ataupun masa kecik2 korang main pondok2 dengan adik perempuan korang lepastu main joget2 buat choreo lagu Say My name konon2 macam korang group paling hebat ada kat Malaysia"

    (pengsan)

    haha. Tapi tulah Sudin. Walaupun susah kita nak percaya, memang semua ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui.

    Aku jumpa quote ni haritu
    "Everything has its time and place. Don't worry if you don't get what you want right now."

    Aku rasa betullah. Allah mesti nak ajar kite sabar ke, nak make sure kita dapat something exactly at the right time ke, ade something better ke, Wallahualam.

    (matila aku tulis literature review kat comment box ni!)

    Sudin dengar lagu 'You can't always get what you want' glee version. Best!!

    All the best!

    (perlu ke ulang best dua kali?, sorry x cukup creative)