Tips berpuasa untuk anak-anak.
Haa, motif sangat nak bagi tips untuk anak-anak kan? Takpe laa. Preparation untuk masa depan. InsyAllah.
Salam.
Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari ke 6 Ramadhan. Sedar tak sedar dah 6 hari dah pun. Cepat kan masa berlalu?
Kalau dulu, 1 hari Ramadhan rasa macam lama sangat. Ye la, zaman kanak2 bukan boleh berlapar. Macam takde motif je nak seksa diri sendiri berlapar sepanjang hari, lepas tu semua kerja tak jalan. Penat lah, haus la, nanti bazir tenaga lah. Memang kalau boleh, nak duduk dalam rumah, melepak dalam peti sejuk. Sebab dah la puasa, panas, cepat haus pulak tu. Tempat kegemaran memang lah dalam peti sejuk. Setiap saat nak bukak peti sejuk.
Sedar tak sedar, sekarang pun dah habis minggu ke-4 clinical (Koas). Dah macam setiap hari nak menangis sebab koas susah sangat, lepas tu groupmates semua macam giler semangat dan pandai, dan manikom, dan asyik2 cakap jawa jer. Lepas tu setiap hari balik rumah mengadu dengan kawan2 cakap Koas tak best lah, bosan giler duduk sorang2 je Malaysian yang ada dalam group lah etc. Lepas tu sempat pasang niat, okay nak quit je la Medicine macam ni. Memang semangat meninggalkan medicine dah sampai tahap kritikal. Tapi bila fikir2 balik, memang giler la aku habiskan 4 tahun ni buat perkara sengal kan. Nak taknak, kena habiskan jugak. Malu je dengan orang kampung kalau berhenti nanti.
Nak nak jumpa pesakit yang comel je suka buat lawak.
Doktor: Ibu makan obat kontrol ngga?
Ibu: Kontrol dok. Rutin.
Doktor: Kali terakhir makan obatnya kapan, bu?
Ibu : Oh, 2 minggu yang lepas. Soalnya obatnya sudah habis.
.....................................
Doktor: Ibu ni tak bagi obatnya ya.
Ibu: Dok, bisa ngga bagi obat batuk sekalian. Batuknya ngga sembuh-sembuh.
Doktor: Ya udah, tak bagi obat batuknya sekali ya bu.
Ibu: Dok, bapaknya juga batuk. Bisa sekalian obat batuk bapaknya ya dok.
......................................
Ibu: Dok, saya sakit bla bla bla.
Doktor: Baik la bu. Tak bagi obatnya ya.
Ibu: Makasih dok. he he he.
Doktor: Ibu, saya bagi obat, lagi banyak lagi senang ya bu?
Ibu: Oh Nggapapa dok. Lebih cepat sembuh. Oh ya, obat kuruskan berat badan ada ngga dok?
Doktor: Oh ada. Tapi saya yakin ibu ngga bisa beli.
Ibu: Oh gitu dok. Mahal ya?
Doktor: Ya mahal sekali. Obatnya ya lari (bersenam).
.....................................
Paling best kalau kita kena periksa pesakit yang baik. Dah la sakit, baik pulak tu. Definisi baik ialah bila kita cakap 'Maaf ya pak, tak periksa dulu ya'. Lepas tu dia akan cakap 'Oh ngapapa dok. Saya bisa aja. Dok mau yang keras kah, di bikin apa aja juga bisa. Terserah dokter aja. Saya gpp koq'. Haish. Terus rasa macam 'Pakcik kau kena sembuh cepat, walaupun sakit tu memang tak boleh sembuh'.
Ada jugak cerita bila ada seorang pesakit tu cakap yang aku macam seseorang yang dia kenal. Habis kecoh satu bilik tu dia cerita ingatkan aku doktor tu.'Oh tak fikir tadi Dr A yang masuk. Lorh, ngapain dia ke sini' Aku yang bermuka blur cakap la 'Eh eh, ngga eh pak. Saya dokter muda koq'. Lepas tu memang setiap kali aku follow up pesakit tu, memang bising je la dia cerita pasal Dr A tu. Memang kena cari doktor tu siapa la. Dah la dia Sp.OG. Ada klu tak?
Comel kan ibu2 bapak2 ni. Kalau setiap hari jumpa pesakit macam ni, ada 2 je kemungkinan yang akan berlaku. Kalau tak makin gembira sebab gelak sakan, tak pun makin stress nak layan perangai diorang tu seribu satu macam tu. Jadi, kenalah pilih yang pertama. Boleh jadikan alasan untuk terus stay kat sini. Ye dok?
![]() |
| Doktor comel, Teruskan perjuangan. |
Sekarang, dengan berkat bulan Ramadhan kenalah banyak2 berdoa. Semoga Allah tetapkan dan ikhlaskan hati. Kan? Apa lagi yang boleh kita buat selain berusaha dan buat semampu kita. Selainnya, terserah takdir yang akan bagi kita petunjuk.
Kita bisa. Kita pasti bisa. Fiyuuhhhhh.
Salam.
Alhamdulillah/Innalillah? Sekarang dah seminggu memulakan hidup sebagai ko-as di Jogja ni. Ko-as ialah seperti praktikal bagi setiap ilmu teori yang telah diajarkan di sekolah/universiti, macam bila kita belajar biology, kena la jugak buat amali bedah katak, tanam kacang hijau dan kira proses fotosintesis kat makmal. Kalau setakat teori jer, memang lepas tu time nak praktikal tangan menggeletar macam parkinson laa.
Buat masa ni, penyakit dalam (Internal medicine) memberikan layanan yang baik. Doktor dia baik, DPK (dosen pembimbing klinik) nampak baik, semua doktor yang bagi pengisisn orientasi pun nampak baik. Baik dari segi dia cakap takde lah nak marah2, muka pun tersenyum jer kan, cakap pun lembut jer. Tapi tak tau lah nanti macam mana kan, kita tunggu masa nak kena buli nanti diorang baik ke tak sebenarnya.
Teringat bila dr. Ibnu Purwanto bagi penerangan ko-as, dia ada tanya soalan. Kenapa awak semua nak jadi doktor?. Memang soalan ni sejak 5 tahun yang lepas masa tergedik2 nak apply scholarship JPA dah dapat soalan bocor. Setiap kali jumpa orang, setiap kali ada sesuatu yang berkaitan dengan medicine, mesti orang akan tanya. Dan jawapan dia setakat dalam hati, entah lah aku pun tak tau.
Tapi bila dr. Probo tanya, apa sebenarnya peranan atau sifat bagi seorang doktor yang baik?. Semua orang dapat jawab dengan lancar. Tanpa menyontek jawapan kawan sebelah.
Tanggungjawab, peribadi yang baik, amanah, berdisiplin, empathy, suka tersenyum serta 25 macam peranan sama dengan 25 orang ko-as yang ada masa tu. Termasuk bayaran murah yang disalahertikan sebagai doktor yang murahan, semua orang gelak.
Tapi beliau pesan, semuanya betul. Tapi yang penting bagi semua ini ialah kejujuran. Jujur terhadap diri sendiri, jujur terhadap pesakit, jujur terhadap organisasi, jujur terhadap masyarakat, jujur terhadap Tuhan Yang Maha Esa.
Semat dalam hati, Jujur! InsyAllah, semuanya akan baik2 sahaja.
![]() |
| Kelompok E11.1 Belakang: Bayu, Jeffrey, Me, Radja Depan: Fadhila, Nia, Siska, Lusiana, Yon, Winda, Raky *Dhika takde, dia datang lambat konon2 tak sehat. Hihi' :P |


