Kenangan Ini


Merapi
Salam.

Dah lama tak update blog. Waktu banyak jer kosong, cuma mood nak menulis tu haa yang tak kunjung tiba. Mulalah nak beralasan kalau takde mood, macam mana nak buat post yang bermutu. Cieee.

Hari ni dah masuk tanggal 11 Januari 2013. Dah 11 hari jugak kita melangkah ke tahun baru 2013. Apa perkembangan, kemajuan dan perubahan yang telah kita lakukan? Tak kesah lah nak dari segi percapaian akademik ke, sukan dan rekreasi ke, alam percintaan dan bersahabatan ke, hubungan gelap dan terang bersama Tuhan ke, mahupun aspek kecantikan dan fashion. Pergh boleh pulak fashion kan. Ingat Fikri Diva ke? #tetiba

Jadi, bermula harini, maka kurang dari sebulan juga lah kita Intermed 2007 akan bersama-sama di bumi Jogja yang terchenta ini. Iyaa, budak-budak 1st wave semua dah nak selesai. Maksudnya diorang dah selesai dah menjadi medical students di UGM ni, tinggal nak angkat sumpah sebagai dokter sejati jer. Wahh, cepat jer masa berlalu kan sebenarnya? Tetiba macam tak rasa pulak 5.5 tahun kita bersama, mengharungi pahit jerih kehidupan kat sini. Walaupun sebenarnya, yang melaluinya hampir setengah mati.

Teringat lagi kenangan-kenangan old school masa kat koleq dulu. Masa dekat nak SPM, masa kita mula merasakan dunia berjalan kejap sangat, masa kita mula nak menghargai setiap detik bersama-sama kawan baik, batchmates dan junior-junior tersayang. Masa itu lah yang kita rasa sangat berharga sekali. Sebab apa, bukan sebab kita nak tinggalkan koleq, kita boleh datang balik koleq bila-bila masa je, tapi sebab kita akan meninggalkan semua kenangan dan orang-orang yang berharga dalam hidup kita, yang kita tahu kita takkan mendapatkan kembali perasaan dan kenangan itu.

Sama juga macam kita nak meninggalkan UGM dan Jogja. Hiba sangat, rindu sangat, menggedik sangat sampai nak keluar air mata. Tapi bukan sebab kita nak tinggalkan UGM ataupun Jogja, tapi sebab kita nak meninggalkan semua kenangan pahit dan manis, semua sahabat teman Togethershare, Sisterhood, Brotherhood, Intermed, Indonesian friends, junior-junior dan semua yang kita rasakan memberikan impak yang bukan sedikit.

Kita mungkin boleh datang balik setahun, 2 tahun atau 10 tahun yang akan datang, tapi kita tak mungkin dapat mengulangi lagi kenangan ini. Dan semuanya pasti akan jauh berbeza.

Aku tak boleh menjanjikan untuk menjadi kawan yang baik, tapi InsyaAllah, aku berusaha untuk menjadi yang sebaik mungkin.

Kita dan Ikan
Semangat pergi Zoo.

Yon aku amik gambar ko. Teehee. 
Dunkin

p/s: HAPPY BIRTHDAY yang ke 34 SITI NURHALIZA :)

Galau

Salam.

Pernah tak korang melalui fasa di mana bila tengah busy (waktu Koas dan lain-lain), masa tu laa fikiran melayang menginginkan percutian lah, cuti rehat yang panjang lah, mahu menikmati dunia tanpa sempadan lah, nak pergi enjoy sakan dan menghadiahkan diri sendiri sesuatu yang best?

Dan perasaan itu semakin membuak-buak bila masa tu minggu terakhir stase, nak-nak masa minggu ujian. Haa fikiran dan semakin melayang terbang ke angkasa lepas dah. Semua rancangan dan impian dah menjadi semakin dekat dengan kenyataan.

Tapi malangnya, habis je ujian/exam, terus angan-angan menjadi debu berterbangan tak bersayap. Terus cakap dengan diri sendiri 'Perbodohkan laa cuti tu. Tidur lagi baik!' APEKAH?

Breaking Dawn II
Red Velvet Cake paling sedap. Mungkin sebab ada orang beli, aku tinggal pow jer.
Pacitan
Barbeque
Poyo
Besar giler ombak tu. Terus jadi jakun. Terus guling-guling tepi pantai tunggu ombak. Lepas tu lari.
Pasangan Bulan Madu
Pasangan Bulan Madu II dan nyamuk.
Ratu Boko!
Tak pandai main tapi poyo.
Dinner with The Boys
J.Co-ing bersama teman tapi mesra.

Dan sekarang dah masuk stase baru THT (Telinga Hidung Tenggorokan) / ENT (Ear Nose Throat). Masih belum dapat mood nak belajar dan menjalankan tugas sebagai koas. Huargghh. Time macam ni laa tetiba menyesal sebab tak cuti sepuasnya. Huarrghh. Time macam ni laa kalau nak rancang percutian lagi. :'(

Definisi doktor yang baik?

Salam.

Everything that's worth having, sure enough worth fighting for.


Dua hari yang lalu, aku berjumpa dengan kawan baru. Ada beberapa alasan yang menyebabkan aku berjumpa dengan dia dan sanggup terlambat datang jaga hampir 2 jam. Dan ya, aku tidak menyesal untuk itu.

Dia mengambil jurusan Sosial something something. Tak berapa ingat, tapi yang penting dia memang banyak cakap. OMG rasa macam nak tutup je mulut dia pakai plaster. Sampailah detik-detik terakhir perjumpaan, dia menasihatkan aku:

R: Kamu nanti kalau jadi dokter, jadilah dokter yang baik.
Aku: Emangnya aku baik untuk jadi dokter yang baik?
R : Karena aku tahu kamu baik, makanya kamu harus menjadi dokter yang baik.
Aku : Aku hanya menjalani hidup sebagai dokter aja, aku cuba untuk menjadi dokter yang baik, cuma aku tak pasti sama ada aku boleh menjadi seperti itu.
R : Kamu harus ingat, ramai orang di luar sana yang ingin menjadi dokter. Tetapi masih ramai yang belum dapat mencapai impian mereka itu. Yaa dari pelbagai aspek sih, kalau ga karena mereka ga punya uang, mereka ga punya ini *sambil menunjutkan kepala * 
Aku : *ketawa*
R : Makanya kamu harus menjadi dokter yang baik. Aku tahu yang jadi dokter itu ga gampang, tetapi itu jalan yang udah kamu pilih, dan kamu harus menjalaninya dengan baik.
Aku : Dokter bukan pilihan aku yang sebenarnya. Aku terjebak *dengan kegatalan tangan sendiri pergi pilih Perubatan masa isi borang scholar JPA*
R : Walau kamu terjebak sekali pun, kamu ga bisa seperti itu. Kamu harus profesional, kamu harus menjadi contoh kepada masyarakat, kamu harus mengobati mereka dengan baik. Kamu tahu 1 cerita. Perihal dokter dan perawat. Pada satu pasien ini, dokternya bilang 'Sakit kamu itu sudah parah, tidak boleh disembuhkan' Namun si perawat masih tetap sabar dengan pekerjaan nya. Dan miracles happen, pesakit itu sembuh. Hanya dengan apa? Perhatian. Kadang pasien tidak memerlukan obat, yang mereka perlukan adalah sokongan, dukungan dan perhatian yang sewajarnya. Ada ketika, hanya dengan senyuman dan kata-kata, dokter bisa menyembuhkan pesakitnya. Itu namanya dokter yang baik.
Aku : Kamu memang banyak ngomong yaa?
R: Dulunya aku pingin menjadi dokter, tapi ga mengapalah. Nanti aku suruh anak ku yang jadi dokter, sebagai pengganti cita-citaku yang terkubur. 

Boys

E.11

What we left now? To be a good doctor.

Obsgin Banyumas

Malaysian Style
Aku yakin, setiap yang berlaku itu ada alasannya yang tersendiri. Dan untuk setiap apa yang berlaku, qadha' dan qadar aku, aku adalah alasan untuk itu semua. Dan hanya aku yang mampu mengubahnya. Ya iyalah, pada akhirnya semua bergantung kepada ketentuan yang di atas. Emangnya aku Dewa?