Field Trip

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Hari ni takde kelas. Tapi ada field trip alias lawatan sambil belajar ke Estetika Factory (terpulang ikut kelompok masing2). Saje je nak muatkan kat sini. Malas pulak nak cerita berjela2 kan. Baik siapkan report je terus. Haha' so, ada gambar ni je la.. Tgk, betapa meriahnya Alia dengan Iz dapat "handbag' percuma!

Muka kami yang jakun.. (*^_^*)

Semoga dengan lawatan ni, byk la ilmu yg dapat. Jangan nak dok makan Parsley free je ye~ haha'

Doc, Dok atau Dog?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Terima kasih Ilahi atas kehidupan ini.. Semoga kita semua berada dalam lingkungan hidayah Allah dan sentiasa mensyukuri nikmatNya..

Pagi ni bangun awal, sekitar jam 5.00am.. Lepas solat subuh, ingatkan nak tidur balik. Tapi sajalah buka internet baca blog,surat khabar etc.. Apa yang menarik dalam akbar hari ini? 1. Pasal Siti mengenai AIM dalam akhbar utusan. 2. Pasal doktor yang 'mongak' cuba2 curi tulang dalam BHarian. Sengal tak?

KUALA LUMPUR: Dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap 'curi tulang' semalam kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika pesakit berkenaan yang kebanyakannya mangsa kemalangan dan berada dalam kesakitan, dikejarkan ke unit terbabit tetapi terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.

[BACA SINI untuk cerita lebih lanjut]

Ish.. orang jadi doktor, dia nak jadi doktor jugak. Tak tau nak cakap apa. Pikiq sendiri la.

p/s: saya bakal doktor jugak (InsyaALLAH) tapi masih ada hati nak escape kelas pagi ni. Bukan salah kita, dah diorng bagitau kol 6.55am yang ada lecture pukul 7am. Ingatkan nak datang jugak walaupun lambat, tapi skali je Dr Djoko.. Seram sejuk je dibuatnya.. Last2, faham sendiri la ye.. Mintak ampuuun Dr Djoko.. =P

A Picture is Worth a Thousand Words

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua..

Aku jumpa satu gambar drpd blog Aznil Nawawi. Sangat simple tapi meruntun hati. Betapa budak darjah 1 pun (mungkin drpd Indonesia hasil drpd penulisan dan gaya bahasa) faham apa itu erti kasih sayang...


Tepuk dada tanya Iman.


Dilema lagi

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Ingat nak tulis kat blog ni semalam, tapi agak la sibuk dengan alpha quest, report dan juga tutorial di tambah dengan internet connection yang agaklah sengal, so dapat tulis waktu ni je.. Ni semua masih tentang dilema cuti. Dilema nak balik Malaysia setelah hampir 6 bulan tak balik.

Tapi still, semuanya berpunca daripada ketidakprofesionalan pentadbiran dan pengurusan. Dengan jadual akademik 5 tahun pun masih tunggang langgang, walaupuuuunnnn.. dia cakap setiap inci hari yang berubah akan mengganggu kehidupan kita kat Indonesia ni.. alias izin belajar, KOAS etc.. Tapi kenapa benda ni masih lagi berlaku??

Aku tak kisah kalau betul dia cakap cuti kita 2 minggu sekalipun, sebab tahun pertama dah mengalaminya. Aku tak kisah kalau dia cakap exam tengah2 cuti pun, kalau betul dia ikut perancangan dan jadual yang telah diberi.. Aiman tak kisah pun.. Tapi yang aku sgt2 kisah bila semua perancangan tu, hanya formality semata2. Di mana, setiap perubahan boleh berlaku bila2 masa pun!. Hatta minggu hari rabu nak exam, hari Isnin boleh tukar lagi..

Wei.. come on la.. Bila nak matured ni? Bila nak buat kerja sungguh2 ni? Ingat kami belajar kat sini free apa?

Ni tak termasuk berapa byk duit dah habis sebab nak tukar tiket atas perkataan dah CONFIRM cuti! *sigh*

Dan jugak, sampai bile nak suruh kitorng vote cuti lagi?

1. OSCE = 29/6-3/7
MUT = 3/8-7/8

2. OSCE = 13/7-14/7
MUT = 29/6-3/7

3. OSCE = 29/6-3/7
MUT = 29/6-3/7

4. OSCE = 3/8-7/8
MUT = 29/6-3/7

5. OSCE = 3/8-7/8
MUT = 3/8-7/8

Haha' pilih la sendiri. Tapi maaf la.. Bagi aku pilihan 1,4 dan 5 totally out! Kan ahlilguild? =)

si kimie gonjeng

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

rindu this ayam jantan.
kecik2 dah pandai suruh orang wish. haish~


NUR HAKIMI SYAFIQ..
ops.. salah la..

MUHAMMAD NUR HAKIMI JAILANI
Happy Birthday
18th April 2002



Jogja-Singapore-JB

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Kebetulan, minggu lepas ada emergency case kena balik Malaysia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dari surat ERP dan bebas fiscal, boleh siap dalam kurang 2 jam, sampai la jejakkan kaki kat JB.

Tapi cerita yang menarik nak kongsi kat sini, adalah bila berjaya jejakkan kaki di 3 negara dalm kurang drpd 24 jam.. menarikkan?? Tapi takdalah negara jauh2 pun. Setakat Indonesia-Singapore-Malaysia jer.. haha' menarik ke?? sukati kome la nak kata apa.. =P

Tapi, bende yang paling menarik yang nak sangat aku kongsi kat sini, ialah betapa hebatnya Singapore. Ye, kadang2 jealous juga dengan diorng. Kesedaran dan kemanusiaan setanding dengan kemajuan yang diorang kecapi sekarang.

Dalam perjalanan 2jam ke JB rasa macam sekejap jer [walaupun mak asyik telefon setiap 20 minit]. Memang view dia sangatlah menarik. Bersih jer. Rumah2 pangsa diorng pon, xde pulak aku nampak berkulat dan lusuh. Cantik jer. Sedap mata memandang. Sungai dia pun, walaupun masih berwarna hijau, tapi bersih tanpa sampah. Hebatkan?

Dan yang paling bestnya, masa naik bas awam dia. Masing2 ada kad tambang masing2. Harga pun lebih murah compare dengan bayar cash. Kalau dari Changi airport ke Woodlands aku kene bayar $1.90 [baik uncle tu. Siap bagitau dulu takkan ada balance], diorng kene bayar dalam $1.60 jer. Haha' tapi yang tu biasa lagi. Yang tak tahan nya, diorng just scan je kad tu, mcm Touch' n Go la.. wah.. hebat' Malaysia takda pun. Tapi yang paling best, siap boleh scan dr dalam wallet lagi.. Aku yang jakun ni tersenyum je la.. Hebat sungguh Singapore. *clap3*

Bukan macam pemandu bas Malaysia, garang semacam jer. Tambang dari Imegresen Johor ke Larkin RM1.40 jer pun. Tapi orang bayar RM2, dia boleh buat dunno jer. Bro yang belakang aku bayar kurang Rm0.10, dia bleh pulak berkira. haish~ [walaupuuuun.. mmg salah bro tu bayar tak cukup, Sengal!]

Tapi, bagi mereka yang rasa tak boleh naik kereta dari Jb-Singapore, aku cadangkan, janganlah balik dari Singapore ke Jogja. Susah wei nak naik bas. Walaupun amik bas kol 6.30am, 9.30am belum tentu lagi boleh sampai airport. Sesak giler kat Tambak Johor tu.

Tapi, memang satu pengalaman yang menarik kan? Orang Jb yang jakun ni [walaupun duduk sebelah je, tapi tak pernah pergi Seingapore] Haha'

So, suggestion to UGMers especially Johorean, jom join blk through Singapore! Haha' =P


Al-Fatihah

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Setiap yang hidup akan mati.


PAIRAN BIN AHMAD
17 jun 1924-07 April 2009

semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin..
Al-Fatihah...


sakit

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Semalam bangun pagi2 dah rasa tak sedap badan. Sakit perut ni rasa sangat2 tak selesa. Sampai nak berjalan pun kene bongkok sikit. Perut rasa macam sangat tegang. Kat lecture hall pun tak senang duduk. Masa skills lab pun sempat keluar nak legakan perut ni. Ntah la sakit apa. Rasa macam kembung. Berkrok-krok je la perut ni. Tapi sendawa pun tak. Ish.. seksa betul sepanjang hari. Nak makan pun jadi cam tak sedap. Tak selesa sangat. Betol.. tak tipu.

Bila cakap dengan Fazrul, rupa2nya dia pun camtu jugak. Agak2 sebab apa ek?? Dia cakap mungkin sebab malam sebelum ni makan mee ayam kot. Tapi dia makan maggi, so cam tak sama je sebab dia kan.. Huhu'

Memang la semenjak dua ni selalu je hujan. Mungkin sebab sejuk kot. Nak tidur pun kipas pasang gear 1 (kat Indonesia 1 paling laju, 3 paling slow.. Ngek kan?). Mak selalu je pesan, kalau nak tidur tu, pakai la stoking, at least kalau selimut jatuh pun, kaki takde la sejuk sangat. Tapi tak pernah nak ikut. Bila dah rasa sakit, baru la nak buat. Ish3..

Tapi Fazrul sempat jugak pergi kedai cari ubat Tolak Angin. Alah.. yang macam Agnes Monica minum tu.. Dia kata, minum sikit, lega jugak la. So, dia pun ada bagi aku sikit. Berangin. Dapat la sendawa sekali dua. Pastu, takda kesan apa2 pun. Tak sedap perut still terasa. Last2 tidur je la dengan lampu dan laptop terpasang. Tak tahu la siapa yang tolong tutupkan malam tadi.

Masa telefon mak smalam, dia suruh pergi klinik, jumpe doktor. Tapi aku cakap, sakit biasa je kot. Cam malas je nak jumpe doktor. Nanti last2 dia bagi paracetamol jer.. Haha' abis la ko sudien. Nanti takde siapa yang sakit nak jumpa kau kalau semua pesakit berfikiran camni.. Takda kerja la kau nanti.. Baru padan muka.

Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang sakit. Atuk pun sakit jugak. Abah hantarkan kat hospital Isnin lepas. Abah cakap sakit2 biasa jer. Sakit orang tua. Yela, atuk memang dah tak berapa sihat sekarang ni. Nak jalan pun pakai tongkat. Tapi bila dah masuk ward ni, aku dah rasa lain macam. Nak balik pun leceh. Nak buat ERP la, bebas fiscal la. So, yang confirm sekarang balik bulan 7 je nanti. Urm, harap sangat2 atuk takde apa2. Wish I could back home right now. Nak tengok atuk..

Sekarang baru aku sedar, aku takde langsung gambar atuk. Gambar berdua dengan die pun tak pernah. Kesian atuk, masa aku kecik2 dia suka layan kami adik-beradik. Atuk tak pernah marah. Sikit pun tak pernah. Tak pernah langsung aku nampak atuk marah. Bila dah jauh macam ni baru terasa kehilangan dia. Teruknya cucu dia ni. Sampaikan umur atuk sendiri pun aku tak tau. Apatah lagi hari jadi atuk. =(

So sekarang ni, aku hanya boleh berdoa je. Semoga perut ni sembuh, dan atuk pun sembuh jugak. Udien sayang atuk..