sakit

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Semalam bangun pagi2 dah rasa tak sedap badan. Sakit perut ni rasa sangat2 tak selesa. Sampai nak berjalan pun kene bongkok sikit. Perut rasa macam sangat tegang. Kat lecture hall pun tak senang duduk. Masa skills lab pun sempat keluar nak legakan perut ni. Ntah la sakit apa. Rasa macam kembung. Berkrok-krok je la perut ni. Tapi sendawa pun tak. Ish.. seksa betul sepanjang hari. Nak makan pun jadi cam tak sedap. Tak selesa sangat. Betol.. tak tipu.

Bila cakap dengan Fazrul, rupa2nya dia pun camtu jugak. Agak2 sebab apa ek?? Dia cakap mungkin sebab malam sebelum ni makan mee ayam kot. Tapi dia makan maggi, so cam tak sama je sebab dia kan.. Huhu'

Memang la semenjak dua ni selalu je hujan. Mungkin sebab sejuk kot. Nak tidur pun kipas pasang gear 1 (kat Indonesia 1 paling laju, 3 paling slow.. Ngek kan?). Mak selalu je pesan, kalau nak tidur tu, pakai la stoking, at least kalau selimut jatuh pun, kaki takde la sejuk sangat. Tapi tak pernah nak ikut. Bila dah rasa sakit, baru la nak buat. Ish3..

Tapi Fazrul sempat jugak pergi kedai cari ubat Tolak Angin. Alah.. yang macam Agnes Monica minum tu.. Dia kata, minum sikit, lega jugak la. So, dia pun ada bagi aku sikit. Berangin. Dapat la sendawa sekali dua. Pastu, takda kesan apa2 pun. Tak sedap perut still terasa. Last2 tidur je la dengan lampu dan laptop terpasang. Tak tahu la siapa yang tolong tutupkan malam tadi.

Masa telefon mak smalam, dia suruh pergi klinik, jumpe doktor. Tapi aku cakap, sakit biasa je kot. Cam malas je nak jumpe doktor. Nanti last2 dia bagi paracetamol jer.. Haha' abis la ko sudien. Nanti takde siapa yang sakit nak jumpa kau kalau semua pesakit berfikiran camni.. Takda kerja la kau nanti.. Baru padan muka.

Rupa-rupanya, bukan aku sorang je yang sakit. Atuk pun sakit jugak. Abah hantarkan kat hospital Isnin lepas. Abah cakap sakit2 biasa jer. Sakit orang tua. Yela, atuk memang dah tak berapa sihat sekarang ni. Nak jalan pun pakai tongkat. Tapi bila dah masuk ward ni, aku dah rasa lain macam. Nak balik pun leceh. Nak buat ERP la, bebas fiscal la. So, yang confirm sekarang balik bulan 7 je nanti. Urm, harap sangat2 atuk takde apa2. Wish I could back home right now. Nak tengok atuk..

Sekarang baru aku sedar, aku takde langsung gambar atuk. Gambar berdua dengan die pun tak pernah. Kesian atuk, masa aku kecik2 dia suka layan kami adik-beradik. Atuk tak pernah marah. Sikit pun tak pernah. Tak pernah langsung aku nampak atuk marah. Bila dah jauh macam ni baru terasa kehilangan dia. Teruknya cucu dia ni. Sampaikan umur atuk sendiri pun aku tak tau. Apatah lagi hari jadi atuk. =(

So sekarang ni, aku hanya boleh berdoa je. Semoga perut ni sembuh, dan atuk pun sembuh jugak. Udien sayang atuk..

4 Responses so far.

  1. malina says:

    opah mal pun tengah sakit sekarang :(
    takpe sudin, kita doakan diorang k? ;) amin.

  2. udienjai says:

    ye.. kita berdoa je la mal ek.. =(

  3. ain says:

    salam~
    2la,pesan mak kne selalu dengar..
    nnti sakit sape susah?haish~
    skng sakit lagi ke?
    atuk ko insyaAllah akan sehat,btl kata mal,kne selalu doakan..
    dan call la atuk ko sekali sekala..mesti die nk dengar suara cucu dia yg jauh di mata ni..(mesti die hepi)

  4. udienjai says:

    urm.. org dgr pesan mak la.. just xtau je ape punca sakitnya kan.. huhu' skg dah better la.. walopon stil rasa x sedap perut lagi..

    urm.. ye.. skg bleh doa je la kan.. moga2 dia lekas sembuh.. nak call ke?? xpe kot.. coz aku blk khamis ni.. nasib la erp n fiscal sempat siapkan.. ada sape2 nak pesan??