Mju1050sw

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Hadiah hari jadi untuk diri sendiri?? Mju1050SW.. omg.. cun giler! :P


Jatuh cinta pada pandang pertama.. lalala~

Harga?? jgn tanya. Terima kasih banyak2 kepada JPA yer.. :D

Percaya

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Saya percaya, anda percaya. Percaya dan mengakui bahawa Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan saya beriman:
Beriman kepada Allah s.w.t
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada kitab
Beriman kepada Qada' dan Qadar
Beriman kepada Hari Kiamat

Dan saya mengakui wujudnya makhluk Allah selain daripada manusia. Saya akui dan percaya wujudnya jin dan syaitan. Cuma mereka berada di dunia yang berbeza. Luas dan jauh daripada fitrah manusia untuk melihat kewujudannya.

Dan ingatlah, tidak Allah menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu
Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56

kepercayaan dan kefahaman Iman hanyalah berlandaskan Allah semata2. Tiada mereka yang layak disembah selian Allah. Tiada mereka yang layak meng'grading' iman seseorang selain Allah. Dan tiada siapa yang layak diminta pertolongan selain Allah.

61. Dan ingatlah peristiwa tatkala Kami berfirman kepada malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam", maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata "Patutkah aku sujud kepada makhluk yang engkau jadikan daripada tanah?"

62. Ia berkata lagi :Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika engkau memberi tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing dan menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antara mereka)"

63. Allah berfirman (kepada Iblis); "pergilah engkau (lakukan rancanganmu)! kemudian siapa antara mereka yang menurutimu, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup"

Surah Al-Israa' ayat 61-63

Dan akhirnya, kembalilah kita kepada Allah. Sesusah mana kehidupan kita, Seperit mana perjalanan hidup kita, Sekuat mana cabaran dan rintangan kita, Selemah mana iman kita, Sekecil mana pengorbanan kita, seindah mana kemanisan hidup kita, sebesar mana nafsu amarah kita.. Semoga akhirnya kita kembali kepada Allah s.w.t semata2, tiada yang duanya...

Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah Dialah jua yang Maha Kaya, lagi sentiada dipuji
Surah Luqman ayat 26

"ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang direjam." amin..

Tanggung dan Jawab

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua..

Adakah kita mengejar tanggungjawab atau tanggungjawab mengejar kita?!
~Fazrul Basir, Setiausaha PKPMI Jogja 09~

Setiap daripada kita ada tanggunjawab. Tak kiralah sebagai hamba, anak, pelajar, pengajar,pemerintah, pemulung dan sebagainya. Namun, persoalan yang sering ditujukan adalah sama ada kita yang yang mengejar tanggungjawab itu ataupun tanggungjawab itu sebenarnya yang mengejar kita. Dalam erti kata yang lain, kenapa perlu kita bertanggungjawab ke atas tiap2 perkara yang semestinya itu bukan kemahuan kita, dan kenapa ada segelintir yang sengaja mencari perkara untuk dipertanggungjawabkan sedangkan itu bukan tanggungjawab dia. Ada faham?

Manusia ialah hamba. Hamba ialah orang suruhan. Dalam kata erti yang lain, manusia ialah hamba kepada Maha Pencipta. Tiap2 hari seorang hamba akan bangun pagi2 untuk menyembah-Nya; dan beribadah kepada-Nya; dan bertawakal kepada-Nya; dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Emak ialah seorang isteri. Emak juga ialah seorang emak kepada anak2nya. Tiap2 hari emak akan bangun awal2 pagi untuk sediakan sarapan pagi; dan gosok baju abah; dan gosok baju adik; dan basuh baju; dan mengemas rumah; dan masak; dan sapu sampah. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pelajar ialah seorang yang menuntut ilmu. Tiap2 hari pelajar akan bangun awal2 pagi untuk ke sekolah; dan belajar; dan mengulangkaji; dan menghormati guru; dan menghormati kawan2; dan berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pemimpin ialah seorang yang dilantik untuk memimpin. Tiap2 hari pemimpin akan bangun awal2 pagi untuk bekerja; dan menghadiri mesyuarat; dan menjaga disiplin orang bawahan; dan mengkaji perkembangan dan isu semasa; dan berusaha untuk memantapkan strategi persatuan. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Dan tanggungjawab itu sebenarnya yang menjadikan arah tujuan kehidupan kita dan landasan untuk suatu matlamat. Dan matlamat itulah yang menjadikan setiap daripada kita berusaha semaksimal yang mungkin bagi menghasilkan yang terbaik.

Seorang hamba beriman dan mengakui keTUHANan Maha Agung dan mengimpikan Al-jannah sebagai balasan yang paling tinggi nilainya.

Seorang emak melakukan segala2nya bagi membina sebuah keluarga yang yang harmoni dan bahagia, anak2 yang berjaya dan kesenangan hidup di masa hadapan. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pelajar berusaha gigih bagi mencapai keputusan yang gemilang bagi mengecapi kejayaan dan beroleh kehidupan yang lebih bermakna. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pemimpin melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan saksama bagi memperoleh kepercayaan orang lain dan berusaha untuk meletakkan semuanya di tingkat yang terbaik. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Semoga tanggungjawab ini menjadikan aku lebih berani untuk menempuh hari2 mendatang. Sebab apa? sebab ini semua adalah amanah. Dan semoga amanah ini menjadikan aku untuk tidak lalai dan leka bahawa perjalanan hidup ini semuanya adalah berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.


* masih kecewa dengan kehadiran June*

Terima kasih atas anugerah ini

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Urm, minggu yang agak memenatkan. Banyak lecture start jam0700. Ditambah dengan Independent learning; skills lab untuk OSCE. Dan pagi tadi pula ada Klinik Sabtu Sehat. Fuhh.. cuak sehh.. Olok2 pesakit pertama dalam hidup la konon. haha' Tapi secara jujur, benda ni best juga tau. Comey2 je atuk2 ngan nenek2 tu. :)

Dan yang paling sengalnya bermula apabila gatal tangan nak baca blog Yon. Siot itu minah, ada ke patut dia tag aku suh buat ini kerja. Tapi disebabkan malam ni panas semacam, nak tidur pun tak boleh, jadi, aku buat la juga benda ni. Bukan senang aku nak kongsi cerita peribadi ni tau!

Untuk menjawab tag ini. anda perlu :

a) Copy badge “2009 Cute’s 3logPger Award” untuk diletakkan di blog anda.


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Ucapan ini ditujukan khas kepada saudari Khairul Izzati aka Yon, nasib kau baik. Aku ada terfikir nak letak tajuk "YON YANG SENGAL", tapi... aku kan baik.. =P

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag):

1. Kalau ada yang tak tahu, aku pelajar perubatan. kalau kat Indonesia, diorng panggil kedokteran umum. Tapi, yang peliknya, subjek yang paling aku benci masa sekolah dulu ialah BIOLOGI. *teetttt*

2. Masa kecik2 dulu, keluarga panggil Hafiz. Tapi masa tu, aku suka sangat nangis. Asyik nangissss je. Adalah kalau orang dulu2 cakap, mungkin nama tu tak sesuai kot. Jadi, diorng tukar la nama. Jadilah nama manjaku = udien.

3. Seorang yang suka duduk rumah kalau takda apa2 hal nak buat kat luar. Sorry la. Home Sweet Home. :)

4. Agak pelat dalam menyebut 2 perkataan/huruf. R dan rho'(jawi). Jadi, kepada yang bercakap dengan aku tu, jangan ingat aku saje je nak ikut slang Mat Salleh ok.. Ni asli punya Tok Janggut.

5. Sangat2 tidak suka kepada asap rokok. Tapi jangan salah faham. Bukan perokok. Dalam konteks yang lain, kalau nak hisap rokok tu, pergilah jauh2 dari aku. Kalau nak nyorok dalam lubang jamban semata2 nak hisap rokok pun aku tak kesah.

6. Agak tidak gemar menonton cerita yang berkaitan dengan alien, robot, kuasa halilintar dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab cerita yang agak tidak boleh diterima akal dan dipraktik dalam kehidupan seharian. Tapi suka tengok cerita Harry Potter :)

7. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Sebagai contoh, layan cerita korea. Haha' kadang2 benda tu datang bila ada nafsu nak tengok jer. Lepas tu, terus bolayan...

8. Peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza. Hah' yang ni aku tak bosan lagi. Kalau boleh nak tiap2 hari ada cerita pasal dia kat surat khabar. Tapi, buat masa ni baru ada 3 album dia termasuk 2 daripadanya adalah pemberian orang lain. Peace!

9. Antara kebolehan aku ialah main bola tampar dan alat muzik Clarinet. Bercita2 nak belajar main piano dan violin. Huh' rindu gileerrr nak main volley ngan orkestra! T_T

10. Last but not least, sekarang ni rindu sangat2 dengan mak,abah,kak ain, ima, ikah dan kimie. Nak balikkk!!! dan tak lupa juga kawan2 malay-college-bukan-gay-gay-school. Dah lama tak jumpa korang. Dah lah tak dapat nak join 20hbjune ni.. :'(


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya.
Dan mangsa2nya adalah:
1) Imran Azwan Ali (kuang3x)
2) Ain Zubaidah bukan-emak-betulku
3) malina Raihan Ramlan
4) mereka2 dari UGM
5) mereka2 dari MCKK
6) mereka2 yang dah baca dan view blog ni.. yeah~ anda semua.. lalala~

*benda ni bukan wajib pun, apatah lagi wajib fardu ain. Nak buat tak dosa, tak buat pun tak dapat dosa juga.. baik tak yah buat camtu! cis..

Dah3.. pergi la tidur. Esok pagi.. (esok ke??) ada aktiviti dengan Anak2 Yatim Panti Asuhan lagi (lupa nama panti apa). Fuhh, tak sempat basuh baju lagi la ni.. Daa~

Aku & nenek

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Aku : Hai nek. Saya Hafiz. siapa nama nenek?
Nenek : lor, kan sudah dibilang tadi..
Aku : ....
Nenek : ....
Aku : oh, maaf ya nek. Nama nenek Tina ya?
Nenek : ....
Aku : Nenek nak ke mana ni? kenapa sorang je?
Nenek : Ni, nenek nak ke pasar.
Aku : Oh, nenek nak beli apa?
Nenek : urm, tak tau la. Eh, kau siapa?
Aku : Urm, saya Hafiz. Nenek ke pasar ada apa?
Nenek : Lor, nak beli sayur, ikan la. Apa lagi nak buat kat pasar tu!
Aku : Oh ya.. Nenek nak buat masak apa?
Nenek : Urm, tak tau la..
Aku : Nenek suka kangkung tak? Kangkung kat pasar tu segar2. Murah lagi
Nenek : Tak nak. Nenek tak suka makan sayur. Eh, kau siapa?
Aku : Saya Hafiz la nek. Nek dah lupa ke?
Nenek : Oh Hafiz. Sihat ke?
Aku : Sihat nek. Nenek sihat?
Nenek : urm.. camni la.
Aku : Oh.. kenapa nenek sorang2 je ni? Tak bawa teman ke?
Nenek : Eh, tu ramai2 tu apa. Ish, cucu ni mata dah rosak ke? Pergi la jumpa doktor (sambil menunjuk kepada orang ramai di sekeliling.)
Aku : ....
Nenek : ....
Aku : Oh. baiklah nek. Saya balik dulu la ye?
Nenek : Eh, kau siapa?

* cerita tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia

.............................................

ELDERLY - penuh kesabaran dan kasih sayang. Enjoy everyone~ :)

20+1

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Life is not a race, but a journey to be savored each step of the way. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. And today is a gift; that is why it is called the present

~Brian Dyson~



Terima kasih atas ucapan selamat..Semoga ALLAH memberi rahmat!
Terima kasih Tuhan atas pinjaman kehidupan, nikmat iman dan Islam.

Maaf

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam pembaca blog..

Secara jujurnya, memang saya seorang yang cepat melenting. Tak kira lah daripada sekecil2 perkara tentang cuti sem sekali pun. Tapi, saya bukan seorang yang serkap jarang. Mengulas, mengutuk dan memberi komen tanpa usul periksa dan sebab musabab yang kukuh. Saya melihat sesuatu daripada pengalaman saya sendiri (mungkin tak semua)

Ingat tak tulisan saya tentang Doc, Dok atau Dog?. Dengan itu, tanpa sengaja dan terlupa, samaada awak atau saya, rupa2nya ada ulasan yang secara terperinci dek kesilapan reporter itu sendiri di akhbar yang sama, 2 mei yang lalu. Ini pun, saya dapat daripada nota seseorang di FB.

[Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka]

Maaf kepada mereka yang saya salahkan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Saya tak pernah mempertikaikan profesionalism seorang doktor, tapi yang saya agak terkilan adalah sikap mereka yang terlibat sama dalam profesion ini.

Daripada penulisan di akbar, ditambah dengan cerita masyarakat dan ditokok dengan apa yang saya lalui, saya memang agak bersimpati dengan mereka; doktor dan pesakit. Kenapa? bukan semua doktor itu tak bertanggungjawab dan bukan semua pesakit itu bongok!

Cuma saya hanya melihat dalam konteks ini adalah dimana saya adalah seorang pesakit dan saya juga bakal seorang doktor (cewahh!)

Seorang doktor yang ditugaskan dan diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab yang sangat besar, memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan ikhlas dan beusaha membantu dari apa yang mereka tahu. Penat wei belajar 5/6 tahun.. Bukan senang nak dok mengadap buku jer, hafal nama2 ubat, anatomy lagi, pathology lagi.. Mereka yang mengalaminya tentu faham.

Tapi sekarang paradigma masyarakat dah berubah. Mereka anggap sekarang kalau demam dah tak perlu jumpa doktor, kalau sakit perut dah tak perlu jumpa, kalau rasa sakit sikit2 tu dah tak payah la jumpa doktor. Sebab apa? biasalah, sentuh pun tak, anamnesis pun tak, senyum pun tak, last2 bagi paracetamol jer! Saya pun kadang2 malas nak jumpa doktor kalau sakit, nak2 kalau pergi GMC. Tak payah la. Baik berharap dengan kompetensi immune system jer.

Dan ada juga sebenarnya masyarakat sekarang yang dah 'berpelajaran'. Mereka sentiasa berjaga2 dan nak menyibuk tepi kain orang. Setiap kesalahan doktor akan di ambil kira. Tak kira awak tu Pakar ker, Residen ke, apatah lagi HO. Yang paling menakutkan sekarang ni, dah ada juga Medical Lawyer. Salah sikit, saman. Cucuk sikit, saman. Aku cucuk betul2 karang..

Jadi, dah tau cerita dia?

An orgasm a day keeps the doctor away
~Mae West~
Eeiii.. gatal!

Still standing?!

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam...

Apabila anda jatuh dan tersungkur, bangkitlah kembali. Kerana itu adalah peluang. Jika anda mensia-siakan peluang, bermakna anda mensia-siakan masa depan. Aja-aja fighting! =p


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com


Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

....................

Failure is nature's plan to prepare you for great responsibilities
~Napoleon Hill~

Walawei~

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

salam.

INSOMNIA, ke? (tak pernah aku stay up malam2 kat koleq dulu semata2 nak study.. ngeh)



Inilah balasan berhibernasi dengan sangat kusyuk dan tawaduk petang tadi sampaikan solat asar pun kene 'kodok'.. MasyaALLAH. Anak siapa la ni? nak buat camne, namapun khusyuk tadi.

Takpe lah, asalkan hajat nak abiskan lecture notes week 1 tercapai (setelah hampir 1 minggu tak habis2 lagi). Dont worry be happy. 30 more to go. Haish~

Happy studying everyone. ^_^

Melayu mudah lupa?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Ingat tak sedekad dua yang lalu apabila kecoh satu Malaysia tentang slogan "Melayu mudah lupa'?
Ingat tak sedekad dua yang lalu apabila kecoh satu Malaysia tentang "Bahasa Jiwa Bangsa"?
Ingat tak sedekad dua yang lalu apabila kecoh satu Malaysia tentang "Bahasa Rojak"?

dan semua perkara berbangkit hatta dua-tiga hari yang lepas di sebuah akbar di Malaysia sendiri.

Pinda perlembangan Umno hujung tahun ini: Najib

dan kini, mengapa ini semua terjadi?

udienjai kata : kenapa masih ada kesalahan mengeja di tajuk utama akhbar berbahasa Melayu kita?