Terima kasih atas anugerah ini

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Urm, minggu yang agak memenatkan. Banyak lecture start jam0700. Ditambah dengan Independent learning; skills lab untuk OSCE. Dan pagi tadi pula ada Klinik Sabtu Sehat. Fuhh.. cuak sehh.. Olok2 pesakit pertama dalam hidup la konon. haha' Tapi secara jujur, benda ni best juga tau. Comey2 je atuk2 ngan nenek2 tu. :)

Dan yang paling sengalnya bermula apabila gatal tangan nak baca blog Yon. Siot itu minah, ada ke patut dia tag aku suh buat ini kerja. Tapi disebabkan malam ni panas semacam, nak tidur pun tak boleh, jadi, aku buat la juga benda ni. Bukan senang aku nak kongsi cerita peribadi ni tau!

Untuk menjawab tag ini. anda perlu :

a) Copy badge “2009 Cute’s 3logPger Award” untuk diletakkan di blog anda.


b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Ucapan ini ditujukan khas kepada saudari Khairul Izzati aka Yon, nasib kau baik. Aku ada terfikir nak letak tajuk "YON YANG SENGAL", tapi... aku kan baik.. =P

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag):

1. Kalau ada yang tak tahu, aku pelajar perubatan. kalau kat Indonesia, diorng panggil kedokteran umum. Tapi, yang peliknya, subjek yang paling aku benci masa sekolah dulu ialah BIOLOGI. *teetttt*

2. Masa kecik2 dulu, keluarga panggil Hafiz. Tapi masa tu, aku suka sangat nangis. Asyik nangissss je. Adalah kalau orang dulu2 cakap, mungkin nama tu tak sesuai kot. Jadi, diorng tukar la nama. Jadilah nama manjaku = udien.

3. Seorang yang suka duduk rumah kalau takda apa2 hal nak buat kat luar. Sorry la. Home Sweet Home. :)

4. Agak pelat dalam menyebut 2 perkataan/huruf. R dan rho'(jawi). Jadi, kepada yang bercakap dengan aku tu, jangan ingat aku saje je nak ikut slang Mat Salleh ok.. Ni asli punya Tok Janggut.

5. Sangat2 tidak suka kepada asap rokok. Tapi jangan salah faham. Bukan perokok. Dalam konteks yang lain, kalau nak hisap rokok tu, pergilah jauh2 dari aku. Kalau nak nyorok dalam lubang jamban semata2 nak hisap rokok pun aku tak kesah.

6. Agak tidak gemar menonton cerita yang berkaitan dengan alien, robot, kuasa halilintar dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab cerita yang agak tidak boleh diterima akal dan dipraktik dalam kehidupan seharian. Tapi suka tengok cerita Harry Potter :)

7. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Sebagai contoh, layan cerita korea. Haha' kadang2 benda tu datang bila ada nafsu nak tengok jer. Lepas tu, terus bolayan...

8. Peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza. Hah' yang ni aku tak bosan lagi. Kalau boleh nak tiap2 hari ada cerita pasal dia kat surat khabar. Tapi, buat masa ni baru ada 3 album dia termasuk 2 daripadanya adalah pemberian orang lain. Peace!

9. Antara kebolehan aku ialah main bola tampar dan alat muzik Clarinet. Bercita2 nak belajar main piano dan violin. Huh' rindu gileerrr nak main volley ngan orkestra! T_T

10. Last but not least, sekarang ni rindu sangat2 dengan mak,abah,kak ain, ima, ikah dan kimie. Nak balikkk!!! dan tak lupa juga kawan2 malay-college-bukan-gay-gay-school. Dah lama tak jumpa korang. Dah lah tak dapat nak join 20hbjune ni.. :'(


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya.
Dan mangsa2nya adalah:
1) Imran Azwan Ali (kuang3x)
2) Ain Zubaidah bukan-emak-betulku
3) malina Raihan Ramlan
4) mereka2 dari UGM
5) mereka2 dari MCKK
6) mereka2 yang dah baca dan view blog ni.. yeah~ anda semua.. lalala~

*benda ni bukan wajib pun, apatah lagi wajib fardu ain. Nak buat tak dosa, tak buat pun tak dapat dosa juga.. baik tak yah buat camtu! cis..

Dah3.. pergi la tidur. Esok pagi.. (esok ke??) ada aktiviti dengan Anak2 Yatim Panti Asuhan lagi (lupa nama panti apa). Fuhh, tak sempat basuh baju lagi la ni.. Daa~

One Response so far.

  1. ~yon~ says:

    hahaha...padan muka kau udien..tau xpe kalo x wat pn xpe..tp dsebabkn ak hanya memilih org2 tertentu je, ak rsa ko ptut wat..kuikuikui..