Jun dah datang (4)

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Cerita 3:


Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 26-28 Jun 2009
[click here]

* haish~ kecewa. Siti, buat la DVD. Please..

Jun dah datang (3)

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Cerita 2:



Tahniah korang :)
Terima kasih Cg. Rosman kerana dah tunaikan janji.

E to the X to the A.M

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Ya Allah, menggeletar kepala lutut nak jawab soalan exam PA (pathology anatomy) tadi. Balasan orang yang malas nak study dan study last minutes. Sudah tentu bekalan ilmu yang dibawa tak cukup untuk menjawab dengan sempurna, sekurang2nya yakin dengan jawapan sendiri. Mungkin macam ni juga balasan orang yang dah nak mati tapi tak bersedia dengan bekalan2 yang cukup; iman dan amal. Subhanallah!


kawan2, mana satu Benign Prostate Hyperplasia, mana satu Prostatic Adenocarcinoma?

Perjalanan masih panjang. Tarikh 11 julai ni macam tak berapa menarik disebabkan beban2 exam yang berat ni!

22 jun - Exam PA
24 jun - Exam Block 2.6 (sessi 1)
26 jun - Exam Block 2.6 (sessi 2)
29 jun - Exam Remedi Block 2.3 (*sigh*)
1 julai - Exam Remedi Block 2.5 (double *sigh*)
9/10 julai - OSCE

* Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hidup ini. Kaulah yang Berkuasa atas tiap2 sesuatu.

Abahjai

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.


Jarang aku bercerita tentang abah. Sebab memang aku agak jarang berborak dengan abah kalau nak banding aku borak dengan mak. Kalau telefon rumah pun, aku jarang cakap dengan abah, dan aku lebih suka telefon hp emak daripada hp abah. Mungkin sebab abah sibuk. Abah selalu sibuk. Mak pun kadang2 cakap, abah tu suka sangat menyibukkan diri. Tak boleh nak duduk diam kat rumah. Tapi bila abah ada kelas hari sabtu, ada pula abah kat rumah, haha' kantoi!

Tengok je muka abah, dah dapat tahu abah memang garang. Dengan misai lentik mcm A.Galak. Memang masa kecik2 dulu, kami semua pun takut dengan abah. Tapi kalau nak banding dengan murid2 abah, diorng lagi takut daripada kami. Masa tu la kami boleh berlagak yang konon2nya kami la hero xD

Sebelum aku bocorkan semua rahsia tentang abah, baik berhenti sampai sini jer. Hihi'

Abahjai, Happy father's day :D

Jun dah datang (2)

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam...

Cerita 1 :


Guys, goodluck n enjoy~

Kecewa?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah ayat-216

Kita hanya mampu membuat yang terbaik, menyukai yang terbaik dan mengagumi yang terbaik, tapi hanya yang paling-sungguh-amat-sangat Terbaik yang mampu mengiya dan menidakkan adakah itu yang teramat baik.

Jun dah datang

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Bulan enam dah masuk hari ke-7. Dah tak sanggup nak menghitung hari2 yang akan datang. Kalau boleh, biarlah ia berlalu tanpa tanggal 20,21,26,27 dan 28. Banyak betul hari yang akan aku tinggalkan, walaupun ia adalah masa depan. Dan tak mungkin kita akan tertinggal masa depan yang pasti! Kecuali kuasa Ilahi yang menidakkannya.

Kesemua tarikh2 tu adalah tarikh yang menggembirakan. Bersama orang yang pernah kita hidup bersama;sedih, gembira, terseksa, menangis,suka dan duka. Melakukan apa yang kita suka dan yang satu2nya kita boleh berbangga dengan diri sendiri; muzik satukan semuanya dan minat menjadikan semuanya realiti.

Semoga pengorbanan ini menjadikan aku ingat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Julai menjanjikan semula ceria.

Solo

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Minggu lepas, kami AJK Kelab UMNO Yogyakarta sessi 09/10 membuat lawatan ke Solo, Indonesia. Bukan nak cakap pasal politik, apatah lagi nak buat laporan aktiviti kat sana. Kalau nak tau lebih lanjut, kena tunggu laporan daripada AJK Multimedia kat Blog Rasmi UMNO Jogja.

Sekarang ni nak tunjuk gambar kami bersuka-ria kat Pendawa Water Park. Dan gambar2 kat
bawah ni lah sebagai bukti betapa jakunnya kami bermain air. Hihi' Enjoy~







































































*Gambar aku paling tak lawa sebab ambil sendiri. Diorang semua tengah khusyuk sangat mandi sampai lupa nak tolong ambilkan gambar.

*semua gambar yang dipaparkan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Harap maklum.

*gambar2 lain boleh usha kat sini