Jun dah datang

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Bulan enam dah masuk hari ke-7. Dah tak sanggup nak menghitung hari2 yang akan datang. Kalau boleh, biarlah ia berlalu tanpa tanggal 20,21,26,27 dan 28. Banyak betul hari yang akan aku tinggalkan, walaupun ia adalah masa depan. Dan tak mungkin kita akan tertinggal masa depan yang pasti! Kecuali kuasa Ilahi yang menidakkannya.

Kesemua tarikh2 tu adalah tarikh yang menggembirakan. Bersama orang yang pernah kita hidup bersama;sedih, gembira, terseksa, menangis,suka dan duka. Melakukan apa yang kita suka dan yang satu2nya kita boleh berbangga dengan diri sendiri; muzik satukan semuanya dan minat menjadikan semuanya realiti.

Semoga pengorbanan ini menjadikan aku ingat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Julai menjanjikan semula ceria.