Salam.
Makin lama cuti, makin banyak masa yang digunakan (untuk melagha'). Alangkah baiknya kalau masa yang ada tu digunakan sebaiknya, demi peluang dan harapan mengejar cita2 di masa hadapan. Puke.
Makin tua, makin rindu zaman kanak2, kan? Zaman kita boleh ponteng prep malam dengan menyorok dekat bilik band. Kalau rasa dah mengantuk, atau malas nak buat kerja sekolah, atau rasa rindu dekat jambu sendiri dan perlukan masa dan tempat yang selesa, bilik band akan menjadi mangsa. Eh terkantoi pulak.
Bila rasa rindu nak main clarinet datang balik, memang youtube menjadi tempat luahan hati rasa dan perasaan. Apatah lagi sekarang memang musim budak2 orkestra SBP mengawan. Eh maksud saya bertungkus lumus memantapkan lagi persembahan sempena pertandingan akhir Wind Orchestra Competition SBP la kan. Padahal dah habis semalam. :'(
Sedih sebab dah bertahun2 tinggal, tapi bertahun jugak tak dapat datang tengok dan memberikan sokongan kepada pelapis baru apatah lagi nak ajar diorang tiup biar bunyi trumpet keluar bunyi trumpet, bukan tuba. Wahh tetiba baru sekarang la tetiba feeling presiden band pulak kan. Dulu orang suruh mengajar, kau kedekut kan. Sekarang, tiup ntah keluar bunyi angin jer.
Takpe, Ross Roy memang lagu favorite sejak dulu lagi. Sejak dulu lagi. Sejak form 4 kot! (ke 3?) Kau tengok, dah berapa kurun lagu ni aku dengar, sampai sekarang masih segar di ingatan. Dah boleh main, bawak sampai final memang dah cukup bangga. Dulu kau main 4 tahun, jangan kata final, menghampiri final pun tak. Mentang2 duduk Perak, asyik nak dapat perak je kan?. Makan dalam.
Masih banyak yang perlu di perbaiki. Tapi janji Cikgu Rosman nak masuk final at least 3 tahun lepas kitorang blah, dah tercapai. Sampai sekarang still final, kan? So tak mustahil Juara boleh capai jugak dalam masa terdekat. InsyAllah.
2:10 wajiblah suka kan?
3:09 haruslah diabaikan, kan?
4:04 pasti menjadi rebutan. kan?
tapi dalam ingatan memang bermula dari 0:00 lagi kot!
Rindu~!
Catat Ulasan