Sokongan

Mengalami fasa adaptasi merupakan suatu perkara yang agak rumit. Sangat kompleks dan memerlukan agent sokongan yang kuat. Bukan setakat kuat, malah haruslah jitu, padu dan effektif.

Ingat lagi masa dulu-dulu, kalau ada masalah dan konflik dalaman, tentu akan ada ramai penyokong yang akan sentiasa memastikan setiap detik adalah bermakna. Sampai tak sempat nak ada konflik dalaman. Atau sekurang-kurangnya ada konflik dalaman, tapi dianggap suatu pemangkin yang akan menjadikan kita semakin kuat untuk mengharungi cabaran. Dan hidup diteruskan dengan langkah berani.

Pernah sekali aku mengalami masa-masa yang amat sukar. Semakin dekat degan Spm, semakin takut untuk aku meneruskan perjuangan. Sampai masa, semua apa yang aku belajar, tak masuk dalam kepala otak, ambil masa lambat untuk diproses, dan ambil masa yang lama untuk ditelan.

Masa-masa tu adalah masa dimana aku merasakan cukup, cukuplah dengan segala apa yang aku ada dan aku taknak lagi mengharungi segala dugaan yang mendatang. Proses menerima diri sendiri dan kepercayaan yang ada dalam diri semakin menipis, sampaikan aku ragu-ragu dengan kebolehan dan keupayaan sendiri untuk menghadapi setiap ujian dan cabaran.

Untuk suatu masa yang lama, tiada siapa yang dapat memahami. Sokongan dan dorongan 6 teman rapat masih dianggap sedikit, walhal kalau sebelum ni diorang cakap aku boleh, tiada siapa dapat menafikan yang aku tak boleh.

Sampai tahap, aku tak lagi turun riadah petang, aku tak lagi pergi bilik band melepak, aku tak lagi buat bising masa prep malam. Sampai tahap, aku tak tau dah mana kewujudan aku masa tu.

Dalam pada itu, aku datang makmal fizik, aku ambil semula segala kekuatan, aku lontarkan segala rasa yang terpendam, aku luahan segala fikiran, aku tangisi segala pahit jerih kehidupan dihadapan seorang guru yang aku sanjung, aku percaya dan aku sayang.

Kalau saya percaya dengan diri kamu, kenapa kamu taknak percaya dengan diri sendiri?

Andai kepercayaan itu adalah mukjizat yang kau turunkan kepadaku Ya Allah, aku ikhlas.

One Response so far.

  1. adiputra says:

    sudien..klu ko rase susah,
    igtlah aku..aku lagik susah kowt..Y_Y

    jgn terus bermurung wahai sudien
    bermurung tu x slesaikan ape2

    go sudien~ chaiiyook!! >.<\m/