Basah Lencun

Salam.

Panas sungguh malam ni. Dan malam2 sejak kebelakangan ini. Malah, bukan sahaja malam, pagi tengah hari dan petang apatah lagi. Dan bila panas macam ni, jangan bayangkan apa yang berlaku sewaktu aku tengah menaip post ini. Bilik yang dah macam sauna, berpeluh yang macam tengah ujian saraf dengan dr.P. Sekarang dah tak main laa berpeluh sebab main volley, kita main berpeluh sebab kena buli okay.

Al-kisah berpeluh seperti babi , ops maaf ini bukan ayat carutan mahupun makian, tapi sekadar menterjemahkan peribahasa omputih jer *mata nystagmus* sewaktu tengah ujian saraf. Ya ampun hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku takde la cuak sangat ke, tremor sangat ker, cuma saraf simpatetik ni jer yang terover stimulate. Malu i.

Masa dapat tahu penguji ujian ialah dr.P, memang hidup tak tenang lah. Dia takdelah scary sangat, garang sangat ke hape, cuma agak skema dan urm.. skema? Yelah, kenangan buat thesis dulu dengan dia pun macam takkan luput dari ingatan. Cewah. Kalah kenangan Futurisme aku kan. Okay, abaikan, kita teruskan tajuk utama.

Sehari sebelum exam, kononnya kenalah menghadap penguji untuk tunjuk muka yang sayalah yang bakal diayamkan dr untuk hari esok.

Aku: Doc, kami yang ujian sama dokter besok.
Doc: Oh yaa. Besok kan? Sekitar jam 9an lah.
Aku: Terus, pasiennya yang pasien bangsal ya doc?
Doc: Oh iya. Di bangsal aja.
Aku: Terus, pasiennya kami yang cari duluan atau doc yang tentuin.
Doc: Ya tentu saya dong!
Aku: *dalam hati nak je menjerit*

Terasa la jugak dalam hati macam terasa-rasa je yang dr.P tu nak pakai pasien aku sendiri. Pasien yang konon-konon patutnya adik minggu yang follow-up tapi aku rampas sebab nak kiasu. So hasilnya, seminggu la kena follow-up pasien tu. Diagnosis dia Gullian-Barre Syndrome (GBS). Okay, kalau agak2 dah seminggu follow-up mestilah dah haslak kan? Dah dihujung jari gittew.

Tapi u know, sejak bila la pulak selama ini aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghafal semua pathogenesis, types, treatment, classification etc etc tu kan. Ya memang ada baca, tapi sekadar baca secara langsung tetapi yang terhafal hanyalah step TheBoys pulak. Apa kes?

Hasilnya, instinct aku betul. Hari ujian tu, memang dr.P tu masuk je bangsal terus die pergi kamar 9 bed tengah di sebelah kiri. Damn it. Mula laa terasa menyesal tak sudah kenapalah aku tak belajar GBS malam tadi.

Dalam keadaan Jogja yang sememangnya panas, jam pulak masa tu lebih kurang 9.30 pagi, nak pulak masa pasien semua tengah segar bugar dan keluarga pasien ramai yang macam menanti di setiap katil nak tunggu kalau-kalau ada koas, koas dan koas yang datang nak periksa pasien, memang bertambah panas la suasana ujian tersebut.

Kamu periksanya 20 minit dari mula sampai edukasi. Apa? Mana cukup doc 20 minit. *sambil buat muka manikom*

Selamat pagi pak. Saya dokter muda hafiz dan ini dosen pembimbing saya. sebelum itu, nama bapak siapa? Umurnya berapa? bla bla bla. Dalam hati, mesti bapak ni macam menyumpah-nyumpah padahal dah seminggu kau follow-up dia, takkan la sekarang masih nak tau nama siapa umur berapa. Takpe, aku kena buat muka tebal je demi ujian yang sedang aku tempuhi.

Memang sewaktu itu, entah tetiba anak bapak ni yang tak pernah jumpa, ada pulak datang join sama. Dah la dr.P sebagai penguji tu amik kerusi terus duduk tepi sambil silang kaki. Amboi, ni pressure ni, pressure! Takpe Judin, you can do it *sambil mengeluarkan kopi, teh dan tembakau dari dalam kotak ajaib*

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa saraf hidu bapak. Ini bau teh, ini bau kopi bla bla bla. Dalam pada aku nak periksa segala pemeriksaan yang perlu dan harus untuk membuktikan kekompetenan aku, mulalah peluh ni terasa macam mencurah-curah. Ish tak boleh jadi ni, ada jugak yang menitis dan mengganggu konsentrasi serta sikap profesional aku nanti. Satu dua titis peluh dikesat.

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa refleks tangan sama kaki bapak. Tangannya dilemasin ya. Okay, yang kanan boleh la macam biasa, time nak buat yang kiri dan terpaksa membongkokkan diri, terasa macam alamak, berapa banyak titis peluh ni nak menitis. Satu dua titis terjatuh ke pasien. -.- Ya ampun.. Memang tak boleh fokus laa, aku tak kira profesional ke amature ke, aku kesat jugak peluh di dahi menggunakan kedua tangan semacam baru habis menyangkul ubi dibelakang rumah.

Fuh fuh, baju memang jangan cakap lah, basah lencun. Dalam aku kelam kabut nak siapkan semua pemeriksaan cepat-cepat, okay dah selesai. Tetiba dr.P boleh cakap kat pasien, pak ngga ada soalan? Ngga ada doc. Coba bapak tanya, sakitnya bisa sembuh ngga? Sebabnya kenapa? Obatnya apa aja?. Dalam hati *ada yang kena makan peluh aku ni karang*

Selesai tamat pemeriksaan bersama pasien, ujian dilanjutkan dengan sessi diskusi. Kebetulan koas yang ujian dengan dr.P ada 2 orang, jadi bila dia pulak yang pergi bermandi peluh, aku kat luar kena tunggu sambil membuat status lengkap pasien tadi.

Omg omg, yon, aku dapat Bapak GBS, apa nak buat ni? Boleh sembuh tak? Apa obat dia? Apa sebab dia? Mengadu domba dengan yon sambil tangan kanan tulis status, tangan kiri kipas kipas diri yang lencun tadi. Tu la kau, aku suruh study GBS semalam taknak, nah kau copy je status lengkap aku ni. Pastu kau hafal bla bla bla sebab semalam dr tu tanya benda ni. Memang takkan sempat lah nak menghafal kan. Jadi, segalanya bergantung kepada muka tebal dan keyakinan diri yang tinggi kalau dokter tu tanya, jawab je lupa dengan yakinnya.

Bila kawan yang sorang tu dah selesai, masa untuk berdiskusi @ diayamkan pula. Awak tunggu diluar, dan awak masuk duluan. Cis, skemanya dokter ni. Apa salahnya diskusi dua-dua masuk sekali. Boleh la jugak tolong back up kan kalau tak tau jawab. Langkah dihayunkan masuk ke bilik diskusi. Awak tunggu sekejap ya. Urm, mau kopi ngga? Eh eh, skema skema pun baik hati jugak. Eh takpe doc, ngga usah. Dengan harapan kalau tak dapat kopi, dia takdelah nak tanya-tanya sangat. Huh, you wish!

Apa yang awak buat sebulan di department saraf? Ni kalau ada pasien GBS, awak masih ngga boleh nak rawat ni.

Sedih memang sedih. Kalau nak kata sedih sebab markah dapat 83.9 jer lepas buat bersungguh-sungguh compared dengan budak lain yang cuma maju status, gebang-gebang sikit terus dapat 100 markah, sedih lagi kawan aku yang sorang tu sebab dia dah la sehari sebelum exam pergi periksa semua pasien kat bangsal sebab takut nanti tak tau kes, cuma dapat markah 78 jer.

Tapi lagi sedih sebab kecewa dengan diri sendiri sebab tak belajar betul-betul. Sampai sekarang kecewa kenapa tak study GBS walaupun sepatutnya senang je boleh dapat 100 kan? Urm, tipikal Judin. Menyesal dia sekejap jer, lepas tu buat lagi. Lepas kena perli dengan dokter interna Apa yang awak buat 11 minggu di interna? Kalau Diabetes mellitus (DM) pun awak ngga boleh rawat, Saya hantar kamu balik ke stase endokrin nanti. kena perli pulak dengan dokter saraf. Okay, besok masuk DV, kita tengok ujian nanti kena perli lagi ke tak?

:'(

One Response so far.

  1. "aku kesat jugak peluh di dahi menggunakan kedua tangan semacam baru habis menyangkul ubi dibelakang rumah."

    Sudin.. Sudin..
    Sakit perut pqa gelak sorang2. Hee