Bu Bidan Buyung Kurang Asam

Salam.

Ini masuk minggu ke tiga di Banyumas untuk Stase Obsgyn. Bala tentera penyelamat pun dah sampai untuk membantu mengurangkan jatah jaga kami di sini. Yup. Sudah tentu ada ada pros dan cons laa untuk setiap sesuatu tu kann.

Tapi sekarang ni, aku nak cerita sesuatu yang membuatkan tetiba gejala depression datang menjelma ke dalam diri ini. Walaupun penegakkan diagnosis masih belum pasti, sebab ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu dan masih belum memenuhi kriteria depression, tapi yaa bodoh amat. LOL

Aku orang yang moody, dan bila dah terlahir sifat marah dan nak emo tu, memang sebijik laa macam tanda-tanda PMS. Walaupun secara jujur aku tak pernah mengalaminya. Sebab itu, aku cuba untuk kontrol diri sendiri, perasaan diri sendiri supaya jangan too involved dengan suasana yang boleh merosakkan mood. Senang jer, selagi kau takde masalah dengan aku, selagi tu aku still boleh cool down dan buat lantak korang laa nak apa kan. Kena belajar berhati kering dan mengurangi kerja fungsi hati.

Kesah nya bermula begini.

Kononya seperti biasa, setiap kali akan ada waktu pergantian shift jaga, konon-konon kami (koas) pun akan memulakan operan, sama seperti perawat/bidan. Walaupun secara teori itu ialah memberikan dan menginformasikan pengganti seterusnya keadaan dan apa yang perlu di bua, tapi kalau dah namanya koas, operan apa pun aku tak jelas. Yang pasti, haa kau buat lah apa pun kau nak kalau jaga nanti. Lebih kurang camtu.

Dan kononnya untuk menunjukkan rasa hormat dan berterima kasih, sebelum pergi aku cakap laa kat mbak/ibu bidan. "Mbak, saya pulang dulu yaa. Ini teman saya yang ganti jaga". Tapi jawapan seperti "Mau pulang, pulang aja, Ga usah bilang-bilang!"dengan nada yang agak poyo dan tanpa senyum, aku hanya menganggap oh mungkin dia cuma nak bergurau, tanpa senyuman.

Namun apabila berlakunya kejadian di mana, aku bersama Yon (bukan nama sebenar) sedang berborak-borak di nurse station di VK (kamar bersalin) tanpa ada kerjaan yang jelas, sebab pasien pun takde yang perlu pengawasan, tetiba bu bidan tu cakap "Eh ngomong apa sih kalian? BRISIK!" (brisik: bising)  kami yang mula-mula menganggap oh nak gurau, tapi bila ayat terakhir itu keluar terasa macam WTF kan.

Dan lebih panas bila boleh pulak dia borak-borak dan gelak macam orang tak siuman kat situ. Kitorang terus blah cari pot lain.

Inilah suasana VK bila kosong, dan nurse station tempat kejadian berlaku. LOL

Dalam panas penuh amarah itu, aku pun pergi laa bangsal untuk follow up pasien. Tetiba dapat call dari IGD suruh datang buat admissi sebab ada pasien baru, aku pun pergi dengan langkah longlai. Nak pulak memang betul-betul lalu depan VK, tetiba bu bidan tadi panggil dengan gaya gedik Imran sedunia 'Mas masss, sepertinya tadi di VK IGD ada..." terus aku potong cakap dia "Saya tahu!" dengan meninggalkan jelingan panjang dan terus berlalu pergi. Dalam hati, puas!

Mati laa kau kalau jaga dengan dia lagi. Aku dah pasang niat dan siapkan dialog apa aku nak cakap nanti. Awas kau bu bidan buyung. Kau bersalin kat VK tu time aku still ada kat Banyumas ni, siaplah kau aku nak touche. Kau tak kasi, aku mintak izin dr Dradjad, SpOG. Siaplah kau!

Obstetrics & Gynecology

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.

Hampir 2 bulan jugak tak update post baru kan. Kalau dulu ada alasan takde internet nak update susah, sekarang nak buat alasan sebab hamil, mual muntah tak boleh update rasa macam sangat tak logik pulak kan.

Sekarang aku di Stase Obstetric & Gynecology. Tempat di mana ibu-ibu mengandung dirujuk dan dipujuk rayu untuk di vaginal touche (VT). Like apa? Yaa seperti itu lah nampak gayanya. "Ibu maaf bu, saya periksa va-jay-jay nya yaa. Ga pa pa yaa. Ga sakit koq, cuma rasa  kurang nyaman aja. Kalau ibu malu, saya panggil perawat perempuannya masuk aja. Atau ada keluarganya?". Haa lebih kurang macam tu laa gaya pujuk rayunya. Dan itu dalam skrip jer. Sebab aku belum pernah VT. APA???

Eh ga ding. Pernah lah sekali. Masa tu ada pasien di ICU. Hamil aterm dengan Oedema Pulmo, PEB (Pre-Eclamsia Berat). Aku yang sok sok rajin nak kena follow up ni, terpaksa laa follow up kan. Dan sebab masa tu takde orang, either perawat ataupun keluarga yang tunggu. Haa apa lagi, aku pun memulakan aksi memecahkan dara tanganku sendiri untuk VT. Dan dan, lepas tu aku pun tak sure aku periksa apa sebab dekat 5 minit jugak aku periksa, tapi tak jumpa pun serviks dia. "OMG apa yang aku dah buat dan harus aku lakukan lepas ini?" Bentak hati kecilku sambil meminta izin ibu tadi untuk mengundurkan diri.

Sejak dari hari pertama menjejakkan kaki ki Stase O&G ni, aku dah rasa yang dunia ini bukan dunia aku sebenarnya. Wah gittu. Sejak bile aku mampu beli dunia kan? *abaikan*.

Rasa macam tak sanggup nak tengok ibu-ibu ni menanggung kesakitan nak melahirkan. Cuba bayangkan lah kan, dah laa mengandung 9 bulan lebih, bawa baby seberat 3 kampit gula 1kg kehulu kehilir, lepas tu nak tanggung sakit yang yaa ampun sehari suntuk kot perut mules-mules. Macam bayangkan kau sakit perut sebab konstipasi/sembelit then tak boleh e'ek sehari apa rasa?

Lepas tu nak kena meneran sepenuh tenaga dan usaha untuk keluarkan bayi dari dalam uterus. Oh tak sanggup den kalau kena jadi perempuan kan. Kesian sangat tengok. Sebab tu lah Allah janjikan kalau meninggal sewaktu melahirkan di kira sebagai mati syahid. Wallahualam. Kalau salah tolong betulkan.

Ada beberapa kasus yang menarik jugak laa tapi sekarang ni aku just nak kongsi 2 kes jer.

Pertama: masa ni kat poli. Ada pasien 15 tahun datang di bawa makciknya untuk kontrol pregnancy. Pasien ini ada tertutup, dan belum menikah. Dia tak cerita secara detail tentang kisah dia. Mak dia bekerja di Malaysia, dia tinggal dengan bapak dan makcik dia. Tapi sepanjang yang makcik tu tau, dia sekarang hamil 5 bulan. Tak kenal siapa lelaki yang menghamilkan pun. Sebab pasien ni cakap, dia tak kenal langsung lelaki tu, kenal pun masa di GOR (gelanggang olahraga) sebab ada acara something masa tu.

Dan kesah kedua: di kamar bersalin tadi. Pasien, 13 tahun, datang ke IGD (emergency room) atas rujukan daripada bidan sebab hamil. Berdasarkan anamnesis, tak sure umur kehamilan dia berapa sebab pasien tu tak tau last mense dia bila. Pasien ni pun belum menikah, tapi dia hamil atas perbuatan bapak dia. Dia 3 beradik, dan paling sulung. Berdasarkan cerita, kalau dia tak ikut kata bapak dia, nanti dia kena ugut. Ugutan apa aku tak berapa nak sure, dan sekarang bapak dia lari somewhere bila tau anak dia hamil.

Bila renung balik cerita ni, teringat kat rumah. Adik-beradik sendiri ramai perempuan. Rasa sedih sangat kalau perkara macam ni berlaku dekat keluarga sendiri. Rasa macam nak balik rumah then protect adik-adik sendiri supaya perkara macam ni takkan berlaku. Dan rasanya sikit sangat yang aku buat untuk jaga adik-adik sendiri. Rasa macam belum pernah lagi aku jadi abang yang betul-betul jaga keluarga dan adik sendiri. Rasa macam useless sangat. Rasa macam arghhh. Dan hanya dapat berdoa dan berharapa semoga mereka semua dilindungi-Nya. Itu jer yang aku mampu sekarang.

Dan bila call mak dan cerita kat dia pasal kesian dekat ibu-ibu nak bersalin ni, mak pun cakap memang sakit pun. Mak pun ngeri dan sakit sangat masa nak lahirkan kitorang but still wonder macam mana mak yang penakut dan cepat menangis tu masih boleh lahirkan 5 orang anak dia yang chomel but nakal tu?. Mak kita hebat sangat kan? Mak awak pun hebat jugak! Tapi mak kita paling hebat lah!

Baiklah disini sahaja ngomel ga jelas aku buat masa ni. Seriously capek dekat O&G ni sebab kena tunggu ibu nak melahirkan tapi tak jelas bila, dan padahal dah seminggu tapi aku belum dapat partus sama sekali. Ayam sangat. Ibu-ibu ni sajer jer kontrol rahim sendiri biar takkan lahirkan kan? Ke sebab bila dia tengok aku, terus tenang dan lega rasa di hati sampai baby pun tak jadi keluar. Apekah?